Sunday, July 13, 2008

DEMI SAUDARA ISLAM KITA


Sudah acapkali kali aku sentuh isu ini. Sudah beberapa kali juga aku jentik lubuk hati kengkawan yang rapat perihal topik ini. Ada juga rakan-rakan yang menjauhkan diri hanya kerana aku menegur perbuatan mereka yang pada aku bukan setakat menzalimi diri sendiri tetapi juga orang lain. Isunya tak lain tak bukan adalah.....menghisap rokok.

Seorang sahabat aku beri alasan, Islam terbina atas kemampuan diri. Maksudnya, dia membina Islamnya sesuai dengan keupayaan diri, masih belum berupaya meninggalkan tabiat buruknya itu dan merasa tidak apa jika meneruskannya kerana pada pendapatnya Islam tidak pernah memaksa seseorang itu meninggalkan perkara makruh jika masih tidak mampu selama mana dia masih lagi mengamalkan sisi Islam yang lain.

Aku juga pernah berpeluang mendengar satu ceramah dari seorang tokoh agama berkaitan perkara ini. Beliau mendiskusikannya dengan sebaik mungkin.....termasuklah klasifikasi hukumnya: harus, makruh dan haram. Memang pun, hukum asal segalanya harus selama mana tidak ada dalil mengharamkannya. Dalam kes ini, harus menghisap rokok jika bermanfaat, makruh seandainya tidak mudarat dan haram jika jelas ia memberi mudarat pada manusia. Atas dasar itu, dia menyambung hujahnya dengan memberi contoh bergunanya rokok pada seorang alim dan profesor, yang mana dengan bantuan rokok ini, barulah kedua-duanya dapat menjawab maslahat yang timbul dan melakukan kajian. Baginya, dalam situasi ini, rokok telah memberi kebaikan buat individu-individu berkenaan. :)

Soalan aku, tidakkah ini sebenarnya menunjukkan bahawa besarnya mudarat benda alah itu sehingga kelompok profesional ini hilang punca ilmu dalam melaksanakan tanggungjawab mereka? Tidakkah ini juga satu contoh yang amat jelas bahawa hebatnya kesan rokok pada mereka sehinggakan kepakaran tidak dapat dimanfaatkan tanpa rokok di sisi? Adakah ini contoh yang sesuai untuk membuktikan bagusnya rokok pada manusia? Bayangkan, orang yang berilmu pun boleh jadi hamba rokok....inikan pula manusia yang lemah iman dan dangkal ilmu dari mereka.

Pada aku, hujah tokoh agama ini dalam membahaskan isu rokok terlalu lemah. Tapi, apa boleh buat, mungkin dia terlepas pandang 1001 macam keburukan dan kejahatan rokok buat manusia sepertimana yang telah dianalisis oleh pakar-pakar perubatan. Mungkin juga maklumat tentang 10 protokol Yahudi laknatullah dalam menghancurkan umat Islam tak termasuk dalam pembacaannya selama ini. Atau barangkali dia tidak tahu agaknya yang puak Yahudi ini tengah 'sedap' hentam saudara Islam kita hasil sumbangan wang dari orang Islam yang dengan bangganya hisap rokok. Yang kita ni pakatla berkokok mengutuk dan memaki hamun mereka yang memijak Islam sambil berdemonstrasi jalanan sedangkan kita yang pi huluq kos operasi mereka.

"Wahai orang-orang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" (Surah Muhammad: 7)

Allah dah janji, kalau kita bela Islam, dia akan teguhkan kedudukan umat kita dimuka bumi ini. Tapi camana nak perjuangkan Islam ye kalau sikap dan pemikiran kita sendiri yang menyumbang kepada keruntuhannya? Nak membela agama Allah konon....jangan mimpilah kalau benda nie pun takleh nak tangani. Kerana itulah, aku benci pada rokok. Aku benci kerana Yahudi berjaya mencapai matlamatnya. Aku benci kerana saudara Islam disiksa dan ditindas oleh umat Islam tanpa sedar. Aku kecewa pada orang agama yang tidak nampak keburukan rokok ini. Aku sedih kerana sahabat-sahabat aku memberikan pelbagai alasan untuk tidak berhenti merokok. Demi Allah.....tidakkah mereka sayang pada saudara Islam di Palestin, Sudan, Afghanistan, Lubnan dan lain-lain lagi? Kerasnya hati mereka dek rokok yang masih 'harus' dan 'makruh'. Haram? Mana boleh, kalau fatwakan hukum haram dan umat Islam tak mematuhinya, kan memalukan Islam itu sendiri? Alasan!

Hakikatnya, kajian oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2006 menunjukkan rakyat Malaysia sendiri membelanjakan RM8.59 juta sehari untuk 33 juta batang rokok. Kelompok besarnya dari kalangan remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun. Takpelah, hukumnya harus pada mereka sebab bebudak ni tensi belajar dari pagi ke petang. So, kalau dorang hisap sekadar sebatang berkongsi sesama dorang hanya untuk bertenang boleh beri manfaat pada otak dorang.

Selain daripada itu, kajian juga mendapati 422,710 perokok adalah lelaki manakala 45,807 pula wanita (dan semakin bertambah demi memajukan ekonomi negara) telah membelanjakan RM272,132.oo untuk rokok sehari. Dianggarkan juga, hampir 2 juta orang dewasa di Malaysia adalah perokok. Pun tak kisahlah, duit depa lantak pila nak buat apa pun.

Almaklumlah, harus sebab manfaatnya ada bagi sesetengah orang, kalau takde manfaat pun hukumnya makruh jer. Tapi kalau pening, barulah haram. Heheheheh...maknanya memula jer haram, maklumlah kapla pusing pun awal-awal jer....lepas 2, 3 minggu, hukumnya jadi makruh la pulak sebab dah tak pening. Pastu, esok-esok bila dah tak boleh buat kerja tanpa rokok, nak keluar hukum pun sangkut...dia 'transform' jadi harus kan? Pekena sebatang dulu baru la idea datang mencurah-curah. Bermanfaatkan?

Bilalah kita nak berubah ek? Demi Yang Maha Esa, demi saudara Islam kita, sepatutnya bila dah diberitahu hakikat rokok yang sebenarnya, yang tak boleh berhenti pun boleh berhenti serta-merta. Kenapa tak boleh pulak? Korang dah lupa ker sebaik sahaja ayat pengharaman arak diturunkan, umat Islam Madinah dengan perasaan jijik terus menumpahkan dan memecahkan tong-tong arak. Takdela pulak lepas tu ada yang mati sebab ketagih tak dapat minum. Setakat kesan sampingan kalau berhenti merokok ni, apala sangat..... Opss! lupa plak, rokok mana bagi mudarat pada orang yang dah biasa hisap. Silap-silap jadi sunat lak hukumnya. :P

1 comment:

Anonymous said...

salam,
nice post.