Wednesday, July 9, 2008

BARULA IMPAK MAKSIMA!


Malam Isnin yang lalu takde kelas. Maknanya, dapatla aku rehatkan minda yang dah tepu siangnya tadi masa betulkan kiraan bil elektrik yang salah dari tahun 2006 sampai 2007. Selesai mandi dan solat Isyak berjemaah...pekena lak milo panas 'pada suhunya' yang dibuat khas oleh "odek" :P, aku pun isi masa terluang dengan menonton rancangan TV waktu perdana yang rasanya dah lama sangat tak pernah tengok.

Rancangan ape ek waktu-waktu camnie? Ooo.....Impak Maksima. Fuh...banyak betul aksi dalam citer nie. Ada aksi riang, duka, gaduh, drift.....eh, aksi peguam mengamuk pun ader. Aku ingat kat Parlimen jer peguam menunjukkan belang hitam putihnya. Kira, best betul la citer ni....sesuai dengan tajuknya "Impak Maksima".


Mana taknya...habihla penonton diimpak maksimakan dengan jalan citer yang memang...err...memang impak maksima la senang cakap. Boleh pulak yer peguam wakili adik dia sendiri? Apsal tak leh lak...kan Impak Maksima namanya. Sejak bila pulak la dalam sejarah perundangan dunia seorang peguam leh wakili ahli keluarganya sendiri. Isy....isy...isy....sian, isteri Razak Baginda yang dah lama practice jadi lawyer tu pun tak boleh nak buat benda alah nie. Amboi, mesti bestkan abang leh represent adik sendiri.....langsung takde 'conflict of interest' kan. Yang bestnya, peguam nie memang brutal......kat balai polis pun leh tunjuk belang hitam putih dia.....memangla Impak Maksima betul.

Tak habis lagi, babak dimana seorang gadis yang meniaga kat depan bengkel kereta tu pun best gak. Bagus! Bagus! Harapnya ramai lagi la remaja wanita yang sanggup berniaga halal camtu daripada dok sibuk jadi tukang urut 'batin'. Aku kagum betul dengan semangat gadis dalam citer nie...tengah dok sibuk-sibuk goreng nasi (agaknya kut), bila mai jer kawan dia yang lelaki tu jual untung nasib diri + luahkan perasaan yang terpendam dalam hati selama nie, sigadis tu rasa sedih la pulak sebab teringatkan kekasih lama yang dah pergi. Apa lagi, dalam kesedihan yang berpanjangan tu, dia blah camtu jer tinggalkan gerai dan pelanggan (tak salah aku adela sorang). Nasi goreng dia? Ala, jap lagi mamat bertopi tue sambung la goreng. Memang la citer nie, Impak Maksima betul.

Eh, ade lagi.....kesilapan dalam perhubungan antara suami dan isteri orang pun ade ek. Yela....dorang tak sengaja, kena perangkap orang lain..nak buat camanakan. Aisey, ada pulak kawan dia eksiden sebab brek tak makan. Err......odek cakap ada banyak lagi kes eksiden dalam citer nie. Tu yang si abang peguam tadi wakili adik dia, pasal eksiden jugak la tue. Mmmm.....citer drift kan, kalau tak eksiden...tak Impak Maksima la.

Entahla, rasa malas betul nak tengok citer yang memang memberikan Impak Maksima tak habih-habih nie. Otak yang tepu dah rasa macam nak pening la pulak hasil pukulan drift mamat + minah yang dok seronok pusing-pusing keter kat jalanraya (mcm jalan dia lak ek....selamba jer cantas keter org). Daripada buang masa tonton drama tak berkualiti nie, baik aku gi layan drift dengan basikal pegun kat balkoni rumah. Dapatla workout 30 minit...hilang lenguh-lenguh kat sendi yang dah berkarat. Ini barula Impak Maksima namanya. :P

No comments: