Thursday, July 24, 2008

SEMANGATNYA KUSERU!


Jam menunjukkan pukul 6.10 petang. Aku lak tengah tutup pc sewaktu Am masuk ke pejabat. Dengan langkah yang 'pantas' dari biasa, dia terus menerpa kemeja aku. Muka dia macam cemas-cemas gitu...ala, muka orang ada masalah. Tapi, bukan muka 20 sen ek...sebab Am nie 'cute' orangnya :P. Aku cuba-cuba meneka apa yang dia nak sampaikan. Hmmm.....selalunya, pasal masalah keter dia yang dah melalui proses modifikasi yang 'melampau'. Hari tu dia citer keter dia ada masalah kat sistem injeksi lepas dia lawan 'drag' ngan mamat mana ntah. Hei....budak2 bujang sekarang nie, takde keje pi dukung biawak, apa kejadahnya! (Ele...hang pun macam la tak pernah lalui benda nie :P)

"Bang.....ada masalah skit la."

Kan dah cakap dah...mesti ada benda yang tak kena punya sebab dia nie jenis 'happy go lucky'. Kalau ada yang tak kena mesti jelas terpampang kat muka..lebih-lebih lagi masalah dengan 'awek'.

"Masalah apa Am? Keter rosak lagi? Ker...pasal 'budak' tue?"

"Bukan bang....ni lagi berat nie...." Dia membalas sambil dok pusing kepala tengok kiri kanan depan belakang.

"Cuba citer...apa yang berat sangat....kalau leh pikul abang tolong pikulkan sekali. Kalau tak, ko campak jer biawak hidup tue."

Dia pun mengeluarkan sesuatu dari koceknya.

"Ni ha....saya jumpa kat dalam bakul motor. Ada orang letak...."

Aku ambil buku tu dari tangannya. Tajuknya Akhirat, kecik jer saiznya...gambar depannya macam sebuah menara tapi dari masjid mana tak pasti la pulak. Aku pun belek helaian muka suratnya satu persatu. Menarik, pandai benar penulis buku nie jalinkan antara Al-Quran, Hadith Rasulullah S.A.W dan Bible. Aku pun dah dapat agak buku nie jenis apa lepas aku tebuk-tebuk baca penutupnya. Hampeh betulla pendakyah Kristian nie....boleh lak dia lapik hujah-hujah dorang ngan menggunakan Al-Quran dan Hadith.

Memang si laknat nie tak peduli pun pasal benda yang berlaku kat sekeliling....citer DSAI meliwat ker, kerajaan nak tukar kerusi meja ker, Mercedes jimat dari Perdana ker, muqabalah PAS UMNO ker....saman fitnah RM5 juta ker....apa-apa je la yang sensasi mutakhir ni, apa kena-mengena ngan dia. Lagi kalut negara nie, lagi kondusif suasana buat dorang bermaharajalela mempromosikan Jesus sebagai penyelamat kehidupan di zaman fitnah ini.

"Berat ke masalah nie?" Saja jer aku tanya kat Am pasal kes ni. Sekadar nak tahu kenapa dia rasa macam tu.

"Berat bang.....walaupun saya ni jahil, tapi benda-benda nie bahaya. Kalau dapat kat orang yang tak tentu hala, nanti dia ingat betul la apa yang tertulis kat dalam tu."

"Habih...kenapa bagi kat abang buku nie?"

"Nak suruh abang masuk dalam blog....suruh dorang berhati-hati dengan benda-benda camni."

Hmmmm........memang betul pun cakap dia. Kalaulah yang membaca nie puak-puak jahiliyyah, yang Islamnya persis embun pagi, habisla tersejat iman dek terbitnya matahari. Tapi, aku kagum dengan Am....dari satu sudut dia memang cawan yang kosong tersusun kat rak, tapi dari sisi yang lain....dia telaga azam yang tak kering malah beri manfaat pada yang memerlukan. Aku teringat arwah Ahmed Deedat. Terkenang keberaniaannya menempelak pendakyah Kristian yang dulu, kini dan selamanya tak pernah putus asa dalam memburukkan Islam. Kagum dengan semangatnya 'to reason with the most learneth people among the Christian community'. Ketokohannya telah memotong lidah-lidah bercabang dan tangan ketiga itu dari terus mengotori papan putih serta memadam contengan 'permanent marker' mereka....hanya dengan menggunakan 'whiteboard marker' milik mereka sendiri.

Patutla beria benar nak pakai nama Allah dalam produk bacaan dan makalah terbitan dorang. Buktinya, dalam buku kecil nie, bukan setakat nama Allah, nama Rasulullah....firman dan hadith semuanya diadun sebati supaya kita yang membacanya sepintas lalu tak akan perasan niat jahat yang tersembunyi di sebalik puji-pujian mereka pada Allah dan Rasulullah S.A.W. Sebabnya, umat Islam akhir zaman nie ramai yang jenis Islam baka. Merasa cukup dengan seciput ilmu yang ada. Walhal, "he that nothing questioneth, nothing learneth".

Akhirnya, jadilah kita seperti daun yang dimakan ulat. Walaupun tak rosak keseluruhannya, namun permukaannya berlubang di sana-sini dengan perimeter sisinya yang semakin hari semakin mengecil dimamahnya. Dan sebahagian besar dari kita kat Malaysia masih lagi berbangga dengan rupa yang cacat itu.

Agaknya, bila la kita nak cantas daun yang rosak nie ek?

No comments: