Monday, July 21, 2008

SUDAHKAH ANDA MELANTIK PEGUAMBELA?

Jika anda membaca Utusan Malaysia semalam, pasti anda sedia maklum bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah pun memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan polis yang mendakwa beliau dan peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadapnya semasa menjadi tahanan polis pada tahun 1998. Saman tersebut difailkan melalui firma peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dalam kes ini, tiada jumlah ganti rugi dinyatakan dalam writ saman tersebut. Pun begitu, cakap-cakap mengatakan nilainya mungkin RM 5 juta.

Tak kisahlah berapa pun jumlahnya, pada aku kalau rasa diri berada di pihak yang benar....teruskan berjuang memelihara maruah. Aku pun tak nak jadi hakim dalam menentukan siapa yang benar, siapa yang salah. Sebab 'i have no proof to boost the truth'. Cuma, dalam setiap perseteruan, yang baik boleh jatuh tersungkur kalau tersilap langkah manakala yang jahat pun adakalanya bisa menang hasil kelicikan berhujah juga berpencak. Adakah ini menunjukkan tiadanya keadilan dalam bidang perundangan dunia? Emmm....tak la sampai ke tahap tu...cuma...lebih kurangla. :) Tapi, jangan risau, buat mereka yang beriman kepada qada' dan qadar, yakinlah keadilan itu ada di sisiNya walaupun diri lebur di dunia fana ini.

Kita pun telah banyak kali menyaksikan ketidakadilan hukum dunia baik di dalam mahu pun luar negara. Perhatikan sahaja contoh terbaik yang sedang berlangsung sekarang ini......tak payah melalui proses bicara pun masing-masing dah punya keputusan sendiri. Dan mereka ini kuat berpegang dengannya biar pun ia sesuatu yang tidak pasti. Lumrah dunia memang begitu, malah semasa Ummul Mukminin A'ishah r.a difitnah pun, ada di kalangan Muslim yang mempercayai tuduhan itu lantas menjatuhkan hukuman secara senyap. Mujur Allah membelanya secara terus. Jadi, apa sangatla nak dibandingkan dengan situasi semasa yang sedang berlangsung.

Untuk menyaksikan pembelaan sebegini...pada zaman ini...boleh dikatakan sesuatu yang mustahil walaupun tiada yang mustahil pada Allah. Buat masa ini, usah fikir langsung tentang keajaiban seumpamanya kerana Allah tetap akan menolong mereka yang teraniaya. Lebih baik kita bersedia dan berusaha dengan segala macam kudrat yang ada. Kita boleh saja melantik berpuluh peguam membela diri di dunia.....buat melepaskan diri dari segala macam pertuduhan tetapi ingat, kalau benar kita adalah pelaku jenayah, lambat laun kejahatan itu pasti akan terbongkar juga. Kita juga boleh mendakwa sesiapa sahaja sepanjang kehidupan ini perihal diri yang 'berak darah' tetapi yakinlah, balasan Allah tak mengenal 'ufti' dan 'jersi' politik jika segalanya dusta.

Masalahnya, kita yang disibukkan dengan isu ini....yang menyibukkan diri dengan menyelak kain orang hari-hari ni....dah lantik peguam ke belum? Ye...lantik peguam. Nun, kat akhirat esok....dah ada ker peguamnya yang nak membela kita? Hari dimana sesiapa pun tak memberi manfaat, siapa yang korang nak lantik untuk berhujah bagi pihak diri sendiri tatkala mahkamah paling adil bersidang? Apa, korang ingat kat sini jer nak pakai peguam? Ish...tula sebabnya jangan sibuk hal orang sampai lupa kat diri sendiri. Ini tidaklah bermaksud kita dilarang ambil tahu perkembangan semasa, tapi cukuplah setakat baca dan faham apa yang tersirat sahaja. Yang kita nak jadi hakim, peguam, polis, wartawan, ahli politik, pengawal keselamatan, mangsa liwat, doktor dan lain-lain lagi watak sampingan...pastu siap keluarkan pendapat dan pandangan tak berdalil, sape suruh?

Hakikatnya, beruntung sangat orang yang dah memulakan langkah untuk melantik peguam di sana. Jangan main-main, kat sana esok...tiada siapa pun tahu kesudahan dirinya. Jadi, mulai sekarang, banyakkanlah membaca Al-Quran. Tak reti? Belajarla. Kesuntukan masa? Eleh, yang dok mengadap komputer, baca suratkhabar, majalah hari-hari boleh pulak. Tengok TV, dengar radio yang melalaikankan tu ada lak kesempatannya.

Al-Quran itu nanti akan menjadi salah satu dari dua perkara bagi kita di Hari Akhirat kelak. Sebagaimana yang terdapat dalam hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:

"Al-Quran itu boleh menjadi hujah untuk membela kamu, atau untuk menentang kamu” (HR. Muslim)

Nak jadikan Al-Quran sebagai pembela diri kita...syaratnya, kita mesra-mesrakanlah diri dengan sering membacanya, memahami isi kandungannya dan menterjemahkan ia dalam kehidupan kita. Barulah dia akan menjadi peguambela yang berkaliber dan dijamin menang, insyaAllah. Tapi, jangan seronok dulu, sebabnya Al-Quran juga boleh menentang kita dengan menjadi pendakwaraya di sana. Yela, kita tak pernah cuba untuk mendekatinya, kalau baca pun main hentam keromo jer. Jauh sekali nak jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kat dunia ni. Itu yang sampai sanggup mengenepikan hukum Allah yang terkandung di dalamnya. Kalau Allah kata, mangsa rogol dan liwat kena kemukakan empat saksi untuk menguatkan pertuduhannya, dikatanya undang-undang Islam zalim dan tak masuk akal. Walhal, suruh belajar sampai habis tak nak la pulak.

Ingatlah, hujah dari Al-Quran adalah hujah yang putus yang tidak ada keraguan tentang keputusan yang diberikan. So, tak payah susahkan diri jadi peguam orang yang dah ada peguam. Lebih baik lantik peguam anda saat ini juga!

No comments: