Semalam, ada orang bertanya...kenapa aku terlalu jarang tulis pasal politik dalam blog nie? Aku tanya dia, kenapa mesti aku tulis bab tu? Katanya, barulah bernyawa skit blog nie..sebab sekarang nie ramai orang suka baca pasal politik. Tambah lagi, hampir tiap-tiap hari ada jer isu baru dan sensasi diperkatakan. Dia komen lagi, aku nie asyik tulis citer cinta jer....macam 'Mat Cintan' la pulak :P . Aku sengih jer la.
Nak buat camana lagi, memang dia betul pun....aku nie banyak sangat tulis kisah cinta. Kalau nak kata aku ni romantik....alahai...jauh panggang dari api (eleh..takdelah jauh sangat pun). Tapi dia pun tak betul seluruhnya. Aku cuma leh jawab, yang aku maleh nak kupas pasal isu-isu terkini pun sebab 'cinta' jugak. Dia pelik.....ai, tak tulis pasal politik pun ada kena-mengena ngan cinta gak ker? Ko ni....giler cintan ke aper?
Ish....ke situ pulak perginya. Aku sebenarnya bukan tak nak tulis pasal isu politik yang tengah panas sekarang nie. Aku akui, terlalu banyak bahan yang boleh diperbahaskan dari sudut itu...mentelah lagi dengan iklim politik sekarang ni. Semakin menghampiri penghujung tahun, semakin hebat permainannya....dengan tuduhan liwat, bunuh, konspirasi, skandal...macam-macam lagila isu yang hangat diputarkan oleh segala macam bentuk media.
Pada aku, cukuplah mereka-mereka yang lain 'perangatkan'. Sisi aku, lebih baik mendengar dan melihat sehingga selesai. Biarlah aku mainkan peranan lain, terutamanya dalam menyampaikan kisah-kisah 'cinta' yang tak ramai ingin baca. Matlamat aku, ingin mendidik mereka yang kebetulan 'tersesat' keblog aku nie supaya menghargai dan memupuk rasa cinta yang bertunjangkan cinta pada Allah. Tak kisahlah cinta pada 'siapa' atau 'apa', yang paling penting semuanya kerana mengejar rahmat dari 'Cinta Pertama' manusia.
Macam yang aku uar-uarkan awal tadi, penolakan diri dalam mengulas citer politik terkini pun kerana cinta pada saudara Muslim. Bukankah cinta pada saudara sama macam cinta pada diri sendiri? Tak tahula pulak kalau korang sanggup mensensasikan fitnah pada diri sendiri, pukul canang bawa mulut ke sana sini. Ala, kalau korang selidik betul-betul, terlalu sikit sangat statement yang berasas, yang banyaknya 'personal opinion' yang ntah dari mana sumbernya. Tu yang jadi fitnah tak habih-habih tue. Sekadar mendengar keluhan rakan-rakan, atau mungkin bacaan dari media perdana yang belum tentu sahih 'sumbernya', atau dari blog-blog pendokong parti masing-masing, pun belum boleh memberi izin pada aku untuk menukil sebarang cerita.
Dan kalaulah aku juga sanggup menghasilkan tulisan yang menarik dan penuh tanda tanya hasil kompilasi fakta-fakta (ye ke?) tadi, semata-mata nak mengundang minat pembaca....lantas turut mendorong hati kecilnya memikirkan sesuatu yang tak pasti, maknanya aku telah menjadi sebahagian dari tentera syaitan dalam menimbulkan perpecahan di kalangan saudara-saudara Muslim aku. Tentu ramai yang pernah mendengar firman Allah dalam Surah Al-Maidah, ayat 2 berikut:-
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan."
So, kenapa aku mesti menolong syaitan laknatullah dalam hal ini. Pada aku, cukup-cukuplah dengan kebejatan minda mereka yang rasa diri sedang memperjuangkan keadilan negara tatkala ini. (Opss! Penyataan ini bersifat umum yer, tak ditujukan kepada mana-mana pihak :P) Kenapa? Kerana puak-puak ini tak rasa malu dengan mendabik dada mengaku laskar kebenaran sedang dalam masa yang sama menjaja sesuatu yang haram? Melaksanakan tranksaksi dan urusniaga 'daging' saudara sendiri demi melampiaskan kepuasan yang tak akan berpenghujung? Ala, tak payah pegi jauh, kat tempat aku keje ni pun dah berlambak-lambak 'ahli politik' yang buat kerja part-time meniaga daging hangus...mana taknya, pagi rebus, tengahari nanti goreng...petang nak abis keje salai lak daging tue.....akhirnya, untung hapa pun tak dapat.
Realitnya, sekarang ini terlalu ramai yang berdiri atas jalan yang tak pasti sedangkan penyelesaiannya ada. Itupun kalau mereka masih lagi memiliki rasa cinta pada saudara Muslim Mukmin yang lain. Ala, takkanlah mereka-mereka yang dah besar panjang nie tak tahu 'fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh'? Tetapi nak buat camanakan, dunia fitnah amat mustahil dibendung selagi ada tentera-tentera syaitan dari kalangan manusia yang sanggup mengekploitasi cuka menjadi keju.
Apapun, benda telah pun berlaku dan tak siapa pun dapat meramal bagaimana kesudahannya. Pada aku, sebaiknya kita ikuti saranan Rasulullah S.A.W:-
"Sesungguhnya Allah meredhai daripadamu tiga perkara: menyembahNya tanpa mempersekutukanNya, bersama-sama memegang tali Allah dan tidak berpecah-belah, dan memberi nasihat kepada para pemimpin yang diamanahkan oleh Allah untuk mentadbir seluruh urusanmu." (HR. Ahmad, Malik & Muslim)
Yang seronoknya, pihak-pihak yang berkenaan telah pun mengikut nasihat Junjungan Besar kita ini dengan berani memberi peringatan kepada masyarakat agar tak hanyut dalam arus fitnah dunia ini. Kita dapati ada dikalangan golongan mufti, para pendakwah, ahli politik, karyawan, rakyat marhain tampil menyuarakan penyelesaian yang menepati kehendak syari'at Islam. Mufti Perlis misalnya, memberi respons yang sangat praktikal dengan menganjurkan mubahalah walaupun ada pihak lain merasakan tidak perlu. Selain itu, penerangan secara jelas dan terperinci tentang implikasi pertuduhan palsu dan tanpa bukti dari kacamata Islam oleh pihak media macam TV3 (siap dengan ayat Al-Quran lagi) juga dapat meredakan 'sok-sek sok-sek' masyarakat yang tak jelas pangkalnya.
Cuma, kita masih menunggu bilakah masanya Islam kembali bersinar buat menyelesaikan segala kemelut permasalahan manusia, terutamanya dalam menyelesaikan kes-kes sebegini. Yang pasti, si penuduh perlu membuktikan pertuduhannya. Bagi yang dituduh, anda punya pilihan dan cara terbaik untuk menangkis pertuduhan ini. Yang suka membuat andaian tersendiri pula, hentikanlah tabiat itu serta-merta, sebab anda pasti akan diminta pertanggungjawaban atas setiap perkataan yang masih tersirat jua yang telah tersurat diakhirat kelak.
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah S.A.W bersabda: "Seseorang boleh berbohong walau hanya dengan menceritakan semua perkara yang dia dengar." (HR. Al-Hakim)
No comments:
Post a Comment