Silau mentari terbias dek rimbunan dedaun yang tersusun indah membumbungi tempat pertemuan mereka. Kicauan burung layang-layang jelas kedengaran, barangkali turut merasai bahang panas yang bertebaran.
"Dari mana Sara nak mula ek?"
"Mulakan dari Bismillah dulu….. "
"Sara tak tahu camana nak cakap…. "
"Gunalah mulut….. "
Sara menggigit bibirnya, sedikit geram. Boleh tahan loyar buruk mamat ni. Dia terus mendiamkan diri, rasa geram dan marah bercampur baur dalam kerajaan hatinya. Malu dirinya diperlakukan sedemikian. Kenapalah dia sanggup terima cadangan Asma untuk luahkan masalah pada mamat yang tidak dikenalinya ini?
Amar masih menanti. Dia sedikit pun tak peduli perasaan Sara yang terguris dengan tindakannya. Hakikatnya, dia tak bermaksud untuk mempermainkan perasaan gadis itu, cuma itulah sikapnya. Dia cepat membalas….membalas kata-kata orang. Itulah kelemahannya yang amat ketara.
Asma menjegil matanya pada Amar. Geram rupanya dia. Amar buat bodoh, seolah-olah tak perasan pun reaksi spontan Asma. Segera dia mengeluarkan Mentos. Dia mengoyak pembalut dan mengeluarkan 3 biji gula-gula berkenaan. Satu ditelannya dan selebihnya diberikan kepada Asma.
“Maaf kalau tersinggung.” Amar berbicara sebaik saja Sara menerima pemberian gula-gula tersebut dari Asma.
Sara mengangguk perlahan. Dia sedikit lega mendengar kata-kata Amar tadi. Baginya, lelaki yang mudah meminta maaf tentu seorang yang luhur hatinya. Mungkin dia masih belum kenal Amar, akan tetapi Amar telah menganggapnya sebagai kawan dan kerana itulah Amar terus berinteraksi sebagaimana dia berbicara dengan Asma. Kalau betullah Amar ini menjengkelkan, Asma pun tentu tidak akan besahabat dengannya.
“…..kalau tak ada apa-apa, aku gerak dululah” Amar bangun dari duduknya. Beria-ria dia mengibas belakang seluarnya yang dilekati dedaun kering dari pohon tempat mereka berteduh.
Sara bungkam. Dia terkejut dengan tindakan Amar yang dirasanya tidak cuba memahami bebanan yang sedang dipikulnya. Sememangnya dia malu untuk meluahkan masalahnya pada seseorang yang dia sendiri tidak kenali. Namun, ajakan Asma yang mendorongnya menemui jejaka tersebut. Segera dia memandang Asma, yang dilihatnya sedang tersenyum. Senyum?
Amar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia turut tersenyum sambil memandang Asma.
“Eh! Ma dah cerita kat Amar ke?” Sara memecah kesunyian, mukanya merah menahan perasaan malu. Dia memaku pandangan ke arah Asma yang masih tersenyum. Hatinya kecewa yang amat sangat kerana Asma tidak berpegang pada janji. Semalam, sudah berkali-kali dipesannya agar jangan menceritakan masalahnya kepada Amar. Biar dia sendiri yang meluahkan segalanya.
“Sara!” Terkejut Sara mendengar namanya dipanggil. Segera dia berpaling melihat Amar.
“Ceritalah, mana tahu ada bahagian yang boleh aku gelakkan”, Amar tertawa kecil sambil menjeling Asma.
Lega Sara mendengarnya. Dia kembali bertenang sambil melurut rambutnya yang panjang separas bahu itu. Perlahan dia berjalan ke arah Asma dan merangkul lengan sahabat baiknya itu. Rasa bersalah menjalari hatinya kerana menganggap yang bukan-bukan pada Asma sebentar tadi.

2 comments:
Salam ustaz, semoga karya ini dapat dteruskan kelangsungannya agar momentum penceritaannya dapat dikekalkan dan tidak menjadi ketagihan untuk pembaca mengetahui kesudahannya seperti karya2 yg terdahulu.. ibarat menunggu durian yang tak gugur-gugur..:D
salam. maaflah yer...memang saja pun bagi ketagih. :)
Post a Comment