Semalam takdirnya aku kena demam selsema. Memang beberapa hari sebelum tu aku sakit tekak...rasa gatal jer. Hati aku memang berat kata nak selsema ni, pastu dengan berpandukan nasihat orang-orang tua, aku pun bancuhla air garam nak berkumur, nak matikan kuman kat tekak kononnya. :P
Tetapi, tindakan tu tidak berhasil barangkali dek terlambatnya aku mengambil langkah berkenaan. Ini kerana tekak aku dah membengkak sekaligus menyebarkan virus ke rongga nasal lantas mencetuskan letupan bersin bertalu-talu. Pening dibuatnya. Apapun, hari ni aku gagahi juga ke tempat kerja kerana ada beberapa perkara penting yang perlu dibereskan. Lagipun, semalam aku pegi jumpa doktor dan sudah pun dibekalkan ubat buat merangsang penghasilan antibodi bagi membunuh virus yang sedang bermaharajalela dalam badan aku ni.
Memang kalau nak diikutkan hati rasa cam maleh jer nak pegi keje tetapi kesian pula pada 'sayang'. Yela, siapa lagi nak membantu memudahkan kerjanya kalau bukan aku lelaki Melayu Muslim yang...errr......prihatin. :) Aku yakin, niat yang baik akan senantiasa memberi kekuatan pada diri setiap individu Muslim dalam menunaikan segala kewajipan yang terpikul dibahunya. Prasyaratnya, pastikan segala langkah-langkah sewajarnya telah diambil serta dilaksanakan seoptimum mungkin. Kemudian, tawakkal atas segala konsekuens yang mungkin terjadi.
Aku jadi teringat pada satu hadith yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi, bahawa Ibnu Abbas r.a berkata:
Suatu hari, aku menumpang di belakang tunggangan Nabi S.A.W lalu Baginda bersabda,"Wahai budak! Aku akan mengajar kepadamu beberapa kalimah: Peliharalah ALLAH, pasti Dia akan memeliharamu. Peliharalah ALLAH, pasti engkau akan dapati DIA berada di hadapanmu. Apabila kamu ingin meminta sesuatu, mintalah daripada ALLAH. Jika kamu ingin meminta pertolongan, mintalah daripada ALLAH.
Ketahuilah, sekiranya seluruh umat manusia ini sebulat suara sekali pun ingin memberi manfaat kepadamu, pasti mereka tidak akan dapat memberi suatu manfaat pun kecuali apa yang memang telah ditetapkan oleh ALLAH mengenai takdirmu. Begitu juga jika seluruh umat manusia ini sebulat suara sekali pun ingin memudaratkanmu, pasti mereka tidak dapat memudaratkanmu walau sedikit kecuali apa yang memang telah ditetapkan oleh ALLAH mengenai takdirmu. Telah diangkat semua qalam (pen) dan telah kering (dakwat) di atas segala lembaran (ketetapanNYA tidak boleh diubah)."
Hmmm.......segalanya memang telah ditakdirkan. Mulanya, aku bertegas nak ke pejabat, tetapi atas nasihat doktor aku terima saranannya; MC bagi mengelakkan tersebarnya virus selsema di kalangan teman sepejabat. So, bila dah cuti ni, banyakla keje2 peribadi yang penting berjaya diselesaikan. Chayyooo! Alhamdulillah atas penyakit yang dikurniakan sebab aku tahu inilah ujian buat menghapus dosa2 seraya meningkatkan lagi martabat aku dimataNYA. InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment