Wednesday, April 23, 2008

YA USTAZ! (2)

Kelas malam tadi memang memenatkan fizikal dan minda. Mana tidaknya, terkejar-kejar nak balik ke rumah menyebabkan aku main redah je hujan yang masih tak berhenti muntah dari kelompok awan hitam yang memayungi bumi Dataran Maybank petang semalam. Seusai 'bermain' hujan, berselimut pula dengan hawa dingin kereta sepanjang pemanduan pulang ke rumah. Memang menggeletar luar dalam.....pastu dengan tak mandinya aku terus ke kelas; bersihkan diri seadanya dan solat Maghrib. Murid-murid aku pula ramai yang dah melepak di kaki lima kelas, menanti dengan penuh sabar Ustaz mereka membuka pintu bilik darjah. :P

Aku bersyukur sangat pada Allah. Sebabnya, memang asal fizikal penat sesangat tetapi sejurus melihat wajah-wajah mereka, hilang lemah longlai yang berpaut di setiap sendi anggota tadinya. Entahla, semangat mereka seakan 'booster' yang mengubah capek diri ini 360 darjah. Seakan tak terasa masa berlalu dengan pantas. Maklumlah, sibuk melayan karenah pelajar-pelajar cilik yang antaranya hiperaktif. Tergelak besar aku sampai berair mata bila mereka memberi jawapan spontan pada soalan yang diutarakan; jawapan yang memang tak betul tetapi disuarakan penuh yakin. Mana tidaknya, aku tanya "apa makna postman?" Dorang boleh jawab "postman tu macam superman". :) Aduh, senak perut menahan gelak. Pastu dorang tanya balik, "Kenapa Ustaz gelak?". :) Itulah jiwa kanak2, sedikit pun tidak tersentuh apalagi tersinggung dengan tindakan aku.

Cuma biasala, ada juga yang jenis 'pelik'. Pelik camana? Maunya tak pelik, siap boleh bercangkung atas kerusi masa belajar. Bila aku tanya kenapa duduk camtu? Jawapannya sebab sejuk. Ishhhhh????? Ape kena-mengena sejuk dengan duduk mencangkung? Macam-macam la dorang nie. Satu lagi, time nak solat Isyak.....memang aku angin satu badan. Nak suruh ambil wuduk punyalah lambat. Padahal bukannya ramai pun. Tu yang tak habis-habis kena marah ngan Ustaz tu. Sabar Ustaz...sabar. Yang besar-besar sekolah menengah pun lebih kurang sama jer. Kalau tak suruh tak bergerak punggung nak ke Musolla. Pun begitu, ada juga antara mereka yang amat memahami. Sebaik sahaja aku suruh dorang siapkan diri untuk solat, terus je dia tutup buku, kemas beg dan ke bilik air mempersiapkan diri. Tak cukup dengan itu, siap bentang sejadah lagi untuk pelajar lain. Bagus betul budak ni....anak sape ek?

Apapun, alhamdulillah....kelas selesai dengan baik. Cuma perasaan sendiri sahaja yang tak berapa baik. Kenapa yer? Agaknya terlalu penat kut. Penat dek 'last minute jobs', walhal semuanya dah berjalan dengan lancar awalnya. Tu yang maleh keje ngan orang nie. Bilalah agaknya aku boleh membebaskan diri dari belenggu keje makan gaji nie. Apapun, manusia hanya punya asa, Allah jua yang memiliki kuasa menentukan segalanya. Tapi, Dia dah berjanji....diri sendiri sahajalah yang mampu mencetuskan perubahan. InsyaAllah.

No comments: