Sunday, April 6, 2008

KEJAHILAN SI 'BIJAK PANDAI'


Sahabat terbaikku menyatakan "orang yang berilmu akan disusahkan dengan ilmunya, manakala orang jahil akan senang dengan kejahilannya". Aku tanya dia balik, dari mana dia dengar frasa tu? Dia membalas..dari seorang kawan....yang kebetulan mendengarnya dari seorang Ustaz dalam satu sesi ceramah di kawasan perumahan dia.

Emmm....barangkali dia salah dengar kut? Sebab pada aku orang yang berilmulah yang akan senang hidupnya berbanding yang jahil. :P Logiknya begitukan? Cuba tengok orang2 yang banyak ilmu, dan ilmu itu pula alhamdulillah memberi manfaat pada dirinya....mereka berjaya menjadi orang yang berharta, dengan kereta besar, rumah besar, isteri besar, keluarga besar..pendekata semua besar2 la.

Dia membalas, yang Ustaz tue maksudkan, orang yang banyak ilmu agamanya akan dibebani dengan ilmunya...yela....nak makan kat luar kena fikir halal ke haram.....nak beli barang kat pasaraya kena check halal ke tak, nak berziarah ke rumah kawan Non-Muslim pun risau jer, takut nak minum + makan guna pinggan mangkuk dorang.

Aku katakan padanya, kalau itulah yang dimaksudkan, pun tak betul juga sebab orang yang memiliki pengetahuan dalam bidang agama lagi senang nak menjalani kehidupannya di dunia ini. Tak betul? Ish.....aku yakin itu terlalu betul. Sebabnya, aku tak nampak pun susahnya kita nak hidup dalam dunia nie kalau kita mengetahui dan memahami pelbagai sudut ilmu agama. Beginilah, kalau diberi antara benda yang baik dan buruk, yang mana korang pilih? Mesti yang baikkan? Itu baru disuruh memilih antara yang baik dan buruk.

Kalau korang tahu agama, lagi senang hidup korang sebab skang nie pilihan dibuat untuk memilih yang terbaik dari yang baik. Nah, rupa-rupanya Islam mengajar umatnya untuk lebih teliti serta belajar menerima hakikat bahawa tak semua yang baik itu halal lagi suci, buka main mentedarah je mana-mana yang terasa berkenan dijiwa. Mesti pastikan segalanya menepati kehendak Syarak, supaya kelak yang tersirat dan tersurat dari sisi diri dan keturunan adalah biasan pelangi Islam, Iman dan Ihsan.

Aku ingat lagi masa hangat kes pelajar perempuan bergambar dengan babi yang tersebar luas dalam internet. Fuh...macam-macam orang cakap, minah tu mencabar budaya Melayu, main pegang babi ngan anjing suka-suka hati jer, sampai tak tahu halal haram. Aku pun pelik gak....tang mana yang dorang tak tau hukum ni? Seingat aku takdela pulak hukum kata sentuh najis berat atau ringan nie haram...yela, kalau dah pegang najis haram, camana kita nak beristinjak.....asal sentuh je haram, berdosa? Yang haram nie makan anjing ngan babi juga keturunannya, tapi kalau sentuh atau tersentuh babi, anjing ngan keturunannya takdela pulak haram. Cumanya, menatang ni najis so cara nak sucikannya kena la samak. Tapi biasala, bila tak tahu hukum, itu yang semuanya melatah tak tentu hala kata budak-budak nie menghina Islam.

Yang betulnya, bebudak tu telah menzalimi diri mereka sendiri dengan mendedahkan diri kepada kesusahan yang nyata. Mana taknya, kalau asyik menyentuh najis berat, tentulah kena lebih teliti cara bersucinya. Syaratnya, tujuh kali cucian dengan basuhan pertama adalah air bercampur tanah. Tak ke menyusahkan diri sendiri namanya tu! Buatnya menatang tu pi jilat pipi ke baju ke..pi sondol sana sini...ha, kan susah nak siapkan diri bila tiba waktu bersolat. Jadi, lebih baik la dorang 'study' menatang tu elok-elok, daripada sibuk berposing ngan makhluk Allah tu.

Tapi, aku lagi pelik sebab tang sentuh menatang khinzir ngan anjing nie Melayu Muslim jadi begitu sensitif, macam la benda tu paling teruk dalam Malaysia ni. Padahal, yang berlambak remaja Muslim berpeluk bergomoi dok pegang tangan depan mata...tak kisahla kat dalam lrt ke, taman bunga ke, pasaraya, pasar budaya, pasar tani, pasar malam, pasar Payang.....takde la pulak nak menegur ....walhal yang tu jelas2 haram. Tapi biasala, Melayu Muslim ni, agama dibina atas sentimen....emosi tak bertempat dan tak kena tempat. Tu yang senang2 je kena 'klepet' ngan Non-Muslim tu. Tu yang senang nak diperkotak-katikkan dalam kancah politik tue. (Ish...dah ke lain la pulak isunya!) Na'uzubillahi min zalik.

No comments: