Wednesday, August 20, 2008

KITAR SEMULA

Entah kenapa sejak kebelakangan ini, timbul satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Mulanya, aku ingatkan ia hanyalah satu mainan jiwa kosong yang minta diisi. Aku pun buat 'dek' jer dengan sentuhan yang datang tak pernah dijemput tu. Namun, semakin dibiarkan...semakin jauh pula hati ini tenggelam ke dasarnya. Ish....takkanlah semudah ini aku ditewaskan oleh anasir-anasir dunia.

Aku kembali menilai kehidupan kebelakangan ini. Rasanya, semua 'cantik' sahaja walaupun ada beberapa kes dimana langkah tergelincir walaupun berjalan di permukaan 'tiles' yang kasar. Kenapa agaknya ia datang pada masa aku begitu ingin sekali menikmati cintaNya? Aku dah mencuba sebegitu banyak kali untuk meraih perasaan ini...tup tup....ada pulak yang ingin berlari seiring dengannya. Kenapalah ia hadir pada masa aku begitu asyik dengan kehidupan baru yang 'best giler' sekarang ni. Mmmmmm.....lemah sangat ker aku nie? Aku ukur dan turas iman yang separas buku lali ni.....dan konklusinya memang tak patut pun aku hanyut dalam arus yang berpusar 'sedikit' bawah dari paras iman tu.

TETAPI......MASALAHNYA.......aku leh tergolek 'dog' pulak dalam arus kecil ini? Adakah kerana aku terlalu memandang enteng dugaan yang mengalir bersamanya.....atau barangkali lumpur dunia yang menepui arus ini telah berjaya menjerluskan aku sedikit demi sedikit hinggakan akhirnya aku terjerat dalam larutan nafsu yang dinginnya telah berjaya mematikan deria rasa imanku.

CUMA.....aku tertanya-tanya sendiri, bolehkah aku mengitar semula situasi yang sedang aku lalui ini? Menerusi pemeriksaan yang aku jalankan sendiri dengan kanta minda, aku ingin sangat keputusannya memberi jawapan positif.....bukan sekadar teori tanpa hipotesis. Kebarangkaliannya memanglah besar ke arah membenarkan tindakan itu atas alasan dunia memerlukan wira setiap tika dan masa. Tapi, kanta minda 'power'nya amatlah diragui. Kalau setakat nak pastikan corak yang terdapat atas 'rama-rama hitam' bolehlah. Lebih dari itu, samalah seperti solat secara hakikat tanpa syariat. Mana taknya, memanglah solat itu zikrullah...mengingati Allah. Namun, tanpa syariat yang menggariskan terbangunnya solat itu dengan takbirnya, rukuk, sujudnya dan lainnya, tidaklah bersolat individu itu walaupun ia bertafakur menghayati wujudnya Allah. Senang citer, dia sesat dalam beribadah.

Sekarang ini, aku masih lagi memikirkan jalan penyelesaiannya. Aku arif benar, hakikat mesti bersatu dengan syariat. Justeru, tindakan penyudah dan penamat cerita ini mesti ada kedua-duanya. Soalnya, mampukah aku meneruskan perjuangan yang baru bermula ini? Perlukan masa lama? Kalau tengok dalam filem, pasir jerlus ni kalau kita bergerak banyak lagi cepat dia serap kita ke dasarnya. Tapi, dalam kes ni...aku rasa lagi lama aku berdiri statik kat situ.....lagi pantas aku larut ke dalamnya. So.....nak buat ape ek?

2 comments:

Ummu Abiha said...

Amboi... indahnya mainan kata2 abang... terpesona saya membacanya.. hinggakan tak ter faham langsung maksud penyampaiannya..hahaha.. musykil benar...mungkin org yang setaraf dgn sasterawan negara je kot leh paham..kuang kuang kuang...
Btw,sharing is caring... if u really want to share, voice it loud and clear..:D ni dah jiwang bangat.. susah mau komen daa..
tapi, saya tau abang ada masalah cinta ni...
tu la.. banyak sangat spare gf ni.. be careful BRO..:)

Amir Syahrom bin Aris said...

Wah wah wah, tekaan tu melencong jauh sangat....takde kena mengena langsung ngan spare gf. Apapun makasih atas keprihatinannya :)