Tuesday, January 8, 2008

LELAKI MEMAKAI GELANG?

"Mir, aku dah tanya Pak Imam kat tempat aku dah aritue", seorang teman memulakan perbualan waktu sarapan tadi.

"Dia cakap ape?", balasku sambil mengunyah capati bergaul sardin.

"Ok jer, dia kata nak pakai..pakai je la, tak salah pun sebab aku niat nak berubat ngan gelang nie", bersungguh-sungguh dia membalas. Seolah-olah dah bertemu jalan keluar atas pemasalahan yang aku timbulkan minggu lalu.

Bukannya ape, aku nampak dia pakai gelang magnet kat tangan kanan dia. Mulanya berat juga nak meluahkan kebenaran....biasala, nak jaga hati kengkawan. Tapi, kalau aku tak bagitau 'lagi tak guna punya kawan'. Nampak kemungkaran tapi memilih untuk berdiam diri atas nama persahabatan. Apa jenis sahabat macam tue?

Daripada Abdullah bin Amr R.A., Nabi S.A.W bersabda: "Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya."

Secara kasarnya, apa yang Pak Imam sampaikan padanya betul kalau hanya didasari Hadith berikut:-

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab R.A, Aku mendengar Nabi S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu." (HR. al-Bukhari dan Muslim)

"Takkanla Pak Imam tu nak kelentong aku lak. Bukan main-main, Pak Imam tu Hafiz tu!".

Fuyyoo, bergegar gak kepala dengar 'sound' dia. Senyum je la. Bukan ape, tak semestinya Pak Imam tu hafaz Al-Quran, semua yang dia sampaikan tepat. Ada kemungkinan dia kurang arif tentang isu-isu tertentu. Tambah pula, kat Malaysia nie pelik sikit. Sepatutnya gelaran Hafiz tu terpakai pada golongan Muhaddisin, yang menghafaz Hadith2 Rasulullah S.A.W. Takpela, isu gelaran nie ikut suka la nak label kat sape pun asalkan tujuannya baik.

"Bagaimana kalau aku kata ada Hadith Rasulullah S.A.W khusus untuk isu yang aku timbulkan ini?" Sengaja aku tembak 'akal' dia supaya jangan ambil mudah dalam mengaplikasikan setiap Sabda Baginda.

"Ada ke?" duganya.

"Ada, malah alasan untuk berubat nie memang dari Zaman Jahiliah dulu lagi dah ade. "

Daripada Imran bin Hussain R.A, bahawa Rasulullah S.A.W telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini?" (iaitu yang dipakai oleh lelaki tersebut dipergelangan tangannya). Lelaki itu berkata, "Ia adalah gelang perubatan." Tegas baginda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya benda itu (gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) selama-lamanya." (HR. Imam Ahmad)

Dia tergamam. Lama, antara percaya atau tidak agaknya. Itulah masalah generasi kini, kurangnya keazaman untuk memperkasa jati diri dengan ilmu-ilmu Fardhu Ain telah mendedahkan diri mereka dengan perancangan musuh Islam yang tak pernah jemu mencari jalan untuk menghancur lumatkan kita.

"So, camana... ko nak pakai ke lagi gelang 'magnet platinum' ko tue?", selamba aku bertanya.

"Boleh ke?" Sudah.....aku ingat dah faham maksud tersirat soalan aku tue.

"Boleh, apsal tak boleh lak." Aku tengok berkerut dahi dia. Agaknya pening kut sbb kejap boleh kejap tak boleh.

"Boleh pe kalau nak pakai. Tak de sape nak larang pun, tapi 3 jenis gelang nie je dibenarkan:-

1. Gelang pesakit semasa berada di hospital. Ia ditanda nama pesakit dan wad. Juga termasuk gelang pesakit tertentu yang diwajibkan pemakaiannya oleh doktor (medic alert) seperti pesakit sawan, pesakit alah ubatan tertentu dan lain-lain lagi.

2. Gelang penjenayah/pesalah. Ia dipakaikan oleh pihak polis apabila tangkapan dibuat.

3. Gelang kaki bagi pesakit gila.

Maknanya, kalau ko nak pakai jugak, cubalah jadikan diri ko salah seorang daripada 3 golongan ini." Sambungku sambil ketawa kecil.

Dia pulak, terkulat-kulat sambil merenung gelang 'platinum'nya yang wajib dikorbankan kerana jelas dan nyata, hukum pemakaiannya adalah haram.

Kebetulan pula minggu nie, bertemu Dr. Azahar bin Yaakub semasa Kuliah Zohor dan dia ada bahaskan isu ini dalam buku terbarunya;
HUKUM LELAKI MEMAKAI GELANG. Jadi, sahabat-sahabat sekalian boleh dapatkan buku ini dengan harga RM 6.00
(termasuk Bayaran Pos), untuk menambahkan ilmu pengetahuan atau hadiah buat 'mereka-mereka' yang liat nak menerima kenyataan yang hak; maklumla dah lama kena tipu bulat-bulat dengan taktik puak Yahudi tentang perubatan menerusi pemakaian gelang. Caranya adalah:-

1. Debitkan bayaran ke akaun RHB : 1-14062-00189798

2. Emelkan maklumat ke skizoid143@yahoo.com atau SMS ke 013-2819990 nama, masa, alamat dan tarikh tranksaksi yang tercatat pada resit sebagai bukti pembayaran.

InsyaAllah, saya akan poskan buku tersebut ke alamat yang diberi. :)

1 comment:

Anonymous said...

eh maaf saya kira ada artikel gelang magnet silahkan kunjungi situs kami bila berminat dengan gelang magnet di www.gelangmagnet.net