Monday, January 7, 2008

FITRAH PERKASA (1)



Kursus berakhir, tetapi realiti kehidupan baru bermula. Cara Hidup Islam bukanlah suatu FANTASI tapi REALITI. Mula amalkan dalam masa seminggu. Sebaik BERMULA pasti akan dibantu oleh ALLAH.

Firman Allah S.W.T: "Dan barangsiapa yang bersungguh-sungguh di jalan Kami, nescaya akan Kami tunjuki jalan-jalan Kami. Sesungguhnya, Allah beserta dengan orang-orang yang berbuat kebaikan." (Al-Ankabut : 69)

Hadis Qudsi: "Barangsiapa yang menghampiriKu sejengkal, Aku menghampirinya sehasta, dan barangsiapa menghampiriKu sehasta, Aku menghampirinya sedepa, dan barangsiapa yang datang kepadaku dengan berjalan, Aku datang kepadanya dengan berlari." (HR. At-Tarmizi)

Yakinlah PERUBAHAN boleh berlaku. Hati kita dicelah "jari" Allah. Ia boleh berlaku sekelip mata, sepertimana kisah Ahli Sihir Firaun yang beriman kepada Allah lalu syahid.


HIKMAH

Bukan secara KEBETULAN dan bukan aturan MAKHLUK, manusia. a adalah takdir Allah. Buktinya, kita tidak terfikir sebelum ini; tempat, maksud pertemuan dan siapa yang dipertemukan. Semuanya urusan Allah. TAKDIR mengatasi TADBIR.


JEMPUTAN ALLAH

Untuk hadir ke daerah kebaikan, pertama: diberi kefahaman Islam, kedua: diberi PELUANG melaksanakan KEBAIKAN, ketiga: diberi TEMAN SEALIRAN (atas dasar Islam). JEMPUTAN ALLAH wajib dipenuhi, jika tidak hidup akan menjadi GELAP dari sebelumnya.


MATA HATI

Celik Mata Hati melihat HAKIKAT yang tersirat, bagi mengenal DALAMAN diri untuk "MELIHAT" kebesaran Allah, syurga, neraka, mati dan perkara ghaib yang lain. Inilah kunci dan hakikat sebenar manusia.


HIJRAH

Untuk melakukan perubahan fizikal agak mudah, tetapi yang lebih mencabar adalah merubah dalaman. Buktinya, di dalam kisah Hijrah terdapat seorang lelaki yang berhijrah fizikalnya tetapi tidak hatinya (kerana dia berhijrah disebabkan wanita).

AKAL dari JAHIL kepada ILMU

HATI dari PERCAYA kepada YAKIN

NAFSU dari LIAR kepada TERDIDIK

HIJRAH pastinya susah, sakit dan perit sebab ia umpama MENENTANG DIRI SENDIRI, tetapi yakinlah walaupun sukar, kita boleh berubah.

No comments: