Thursday, December 13, 2007

KETIKA AKU MENCINTAIMU (1)

Ada sesuatu yang sering tidak kita sedari akan kewujudannya, namun justeru kehadirannyalah yang membuat hidup ini terus bergulir dari waktu ke waktu. Sesuatu yang kadang nyaris tenggelam dalam gelombang rutin hidup, dan tidak lagi istimewa. Itulah cinta. Wujudnya yang abstrak membuatnya mudah dilupakan. Namun cinta tetap setia, hadir dan menghidupi siapa pun yang disentuhnya.

Demikian pula cinta antara suami isteri. Masyarakat kita cenderung memandang bentuk cinta suami isteri sebagai sesuatu yang amat sederhana kerana kelumrahannya.

Bahkan kebanyakan suami isteri, setelah sekian tahun berkahwin, malu untuk saling menyapa cinta masing-masing. Seolah tidak tahu lagi dari mana harus memulainya, malah adakalanya antara suami isteri canggung untuk berbahasa cinta.

Padahal cinta adalah keperluan asas manusia. Cinta adalah sumber tenaga yang dahsyat. Tanpa cinta, hidup ini akan hampa kehilangan nyawa. Demikian pula yang sesungguhnya terjadi antara suami isteri. Cinta itu perlu ada dan berbicara, tidak sekadar dimaklumi biar seberapa pun dalamnya pengertian yang ada. Juga perlu senantiasa disuburkan kesedaran akan apa yang menghidupkan cinta itu serta bagaimana seterusnya ia tumbuh berkembang.

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu dan darinya Allah menciptakan isterinya dan dari keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.

Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain dan peliharalah hubungan silaturrahim.

Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An-Nisaa' : 1)

Dan sesungguhnya cinta itu, adalah lebih kasih dari sekadar rasa.

1 comment:

Ummu Abiha said...

Syurga Rumahtangga....

Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi
Naluri semulajadi yg. pinta diisi
Kerananya 'jejaka' rela menjadi suami
Kerananya 'perawan' rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yg. satu tapi jalan berliku
Destinasi sama kaedah berbeza
Lalu bermacam-macamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(gah! suamiku seorang jutawan)
Tak kurang yg. merasakan
Bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan
(wah! isteriku seorang jelitawan)

Sesetengahnya berkeyakinan
Bahagia itu pada nama
Dibaja gelar yang glamour
(ah, isteriku seorg. celebrity)

Ramai jua yg. merasakan
Bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
(wah, suamiku seorang negarawan)

Pelbagai jalan menimbul delima
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu ada pada harta
Kalaulah bahagia itu ada pada nama
Kalaulah bahagia itu ada pada rupa
Kalaulah bahagia itu ada pada kuasa

Kenapa Charles & Diana berpisah?
(seorang putera & seorang puteri)
Kenapa Elvis & Priscilla berpecah?
(seorang seniman & seorang seniwati)
Kenapa Onasis & Jackie bertelagah?
(seorang jutawan seorang celebrity)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI
Bertakkhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah
Bila gagal tak resah

Bahagia itu KESYUKURAN
Bila kaya pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tak alpa

Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN
Bila hati mengingati Tuhan
Firman Allah "Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketengan
pada hati"

Suami isteri sama-sama mengerti
Maksud terseni takdir Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuliskan niat luruskan matlamat

"suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi"
"isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti"

Muktamadlah akad sahlah nikah
Dengan nama Allah
Gerbang perkahwinan pun terserlah
Diatas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian

"Isteriku, taatilah hukum Allah"
"Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah"
Binalah hidup di neraca makruf
Rumah jadi sambungan madrasah
Serinya kerana solat
Indahnya oleh munajat

Tapaknya.........iman
Jalannya...........syariat
Natijahnya............akhlak

Tiga penjamin segala
Kunci kebahagiaan rumahtangga
Dan terciptalah: "setia dan penyayang suami"
"cinta dan kasih isteri"
Lalu berbuahlah: 'mahmudah demi mahmudah'
Yang melahirkan 'soleh dan solehah'