Aku pun bukanla jahil sangat. Memang aku bukan peminat Siti, tetapi adala jugak hari tu masa tengok TV3, dorang promo lagu-lagu yang masuk 'FINAL' Juara Lagu. Tak sempat nak tangkap lirik tapi yang pasti lagu dia rancak dan mesti cerita pasal org yang tengah 'happy' bercinta. Sebabnya? Sebab aku dengar ada bunyi 'Yea..Yea...' kat hujung lagu tu. :P
Begitulah, orang muda yang bercinta memang sentiasa gembira. Kalau ada yang tak gembira, 'anggap' je ujian buat mereka demi menguji kesetiaan; kononnya. Orang yang sedang 'merasai' memang macam tu. Rasa - sedap telan, tak sedap luah. Lain benar dengan orang yang sedang 'mengasihi'. Mereka tidak 'menganggap' tetapi sebaliknya 'menerima' kesedihan itu sebagai satu dugaan. Kasih - sedap telan, tak sedap pun kena telan..errr, buat ubat.
Secara kebetulan, Destinasi Cinta adalah tajuk sebuah lagu....tetapi genrenya Nasyid, bukan Pop seperti yang dinyanyikan oleh Datuk Siti kita. Lagu nasyid itu dikumandangkan oleh MESTIKA dengan suratan lirik yang tersirat maknanya:-
Menyingkap tirai hati
Dulunya, semasa begitu aktif menulis Diari di Melayu.com, aku menerima pelbagai respons dan pertanyaan. Majoritinya berkisar atas paksi cinta; gagal, kecewa, gembira, menyesal, sedih, terkorban, berkorban, dikorban, mengorban...macam-macam lagila bentuk korban. Cuma, takdela pulak Hamba Allah yang nak tolong 'sponsor' korban untuk aku waktu tue. :P
Dan aku dapati, kebanyakkannya tidak memahami pengertian cinta yang sebenarnya. Barangkali tidak menyedari bahawa cinta sejati terbina atas satu (1) elemen sahaja, malah adakalanya ia hanya menguntungkan orang yang dicintai. Hmmm..... kita menyintai, tetapi keuntungan dan kenikmatan hanya dikecapi sidia yang dicintai. Dan begitulah sebaliknya yang terjadi, orang yang menyintai kita akan mengorbankan dirinya demi kebahagian kita "jika" dia juga turut membina cintanya bersandarkan elemen yang sama. Formulanya satu, pelakunya dua, mungkin juga tiga, empat atau lima. Persoalannya, mampukah kita melakukannya? Mampukah kita memberi tanpa meminta, bahagia meski sengsara, berkorban walau terkorban, memaafkan biarpun berulang, tersenyum sedang diri dipinggirkan?
Daripada Anas bin Malik R.A., bersabda Rasulullah S.A.W.: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman. Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada orang lain, siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api (neraka)." (HR. Muslim)
Dan aku amat pasti, ketika pesona cinta hadir di sisi kalbu, ramai yang mengharapkan jabat eratnya cinta akan mengikat segala molekul kasih yang bertebaran di udara, lantas memampatkannya di ruang cinta hati masing-masing. Sedangkan mereka terlupa, cinta hanyalah makhluk yang tercipta, punya upaya yang terhad jua hayat yang terbatas. Dan manusia memang akan terlupa.....kecuali mereka yang berpesan-pesan tentang kebenaran, dan berpesan-pesan tentang kesabaran. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment