Tuesday, December 25, 2007

CINTA HARI-HARI RUSUHAN :P

Kesibukan bekerja dan komitmen yang bersilih ganti sering membuatkan kita lupa pada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan. Aku laluinya…….bahkan sejak kebelakangan ini, sifat pelupa dan terlupa semakin menjadi-jadi. Dah tua benar aku nie! Mmmmm…bila dicongak-congak, kehidupan aku dah 30 tahun berlalu….maknanya aku sudah menggunakan hampir 43 minit 12 saat hayatku didunia jika dibandingkan 1 hari di akhirat nanti. Aku hanya ada 47 minit je lagi (kalau mengambil kira hayat Rasulullah S.A.W) . Itupun kalau umurku dipanjangkan sehingga 63 tahun, insyaAllah.

Suhuf Ibrahim ada menyebutkan,

“Orang berakal harus mempunyai tiga waktu yang perlu dimanfaatkannya: Satu waktu untuk bermunajat kepada Tuhannya, waktu kedua untuk dia bermuhasabah mengenai dirinya sendiri, dan waktu ketiga untuk dia menikmati kesenangan-kesenangan dunia yang halal bagi dirinya kerana waktu yang terakhir ini akan membantu perlaksanaan waktu-waktu yang lain.”

Aduhai, banyak benar perkara yang belum aku lakukan. Tak berkesempatan, terkejar-kejar rasanya. Penat dan lelah sering jadi teman sejak akhir-akhir ini. Itu tak dikira dengan masalah-masalah dalam hidup yang tak putus-putus menguji diri, sehingga pada satu tahap aku harus mengabaikan perasaan sendiri demi ketenangan dan kebahagiaan jua kelangsungan hidup. Entahlah, penat dengan pelbagai ujian; persahabatan, kerjaya, kewangan……..

Aku teringat pesanan Nabi Isa A.S. kepada sahabat-sahabatnya,

“Masuklah ke dalam dunia, tetapi jangan engkau menyibukkan diri di dalamnya.”

Baru-baru ini, berlaku satu perkara yang cukup mengecewakan. Dituduh ‘semberono’ tanpa diselidiki terlebih dahulu oleh seorang yang bergelar sahabat. Yang menjadi punca pertuduhan pun memakai gelaran sahabat. Sahabat ‘bisu’ yang sanggup membiarkan sahabat lain menuduh sahabatnya; orang yang selama ini berusaha sebaik mungkin memudahkan kerjanya atas nama persahabatan. Aku musykil, inikah persahabatan?

Rasa sia-sia benar bila mengenangkan kesanggupan aku untuk mengabaikan kerja sendiri demi memudahkan urusannya, tak berbaloi langsung bila kenangkan saat-saat dimana nasihat dan keprihatinan diberi padanya setiap kali dia berkongsi masalah. Yang peliknya, bila ditanya secara terus terang, jawapan yang diberi seolah-olah bukan dia yang menyebabkan tuduhan itu timbul, tetapi sebaliknya sahabat yang menuduh itu yang berpendapat sedemikian. Musykil lagi? Macam main wayang pulak. Bermuka-muka? Ish….jangan sesekali biarkan diri diperkuda syaitan. Aku yakin, saat aku hamburkan kemarahan pada keduanya, saat aku luahkan sindiran tajam, juga saat aku biarkan dzan ini bermaharajalela dalam kerajaan hatiku…..saat itulah si iblis laknatullah bersorak terguling-guling. Aku yakin benar!


Benarlah kata-kata Al-Imam Abu Abdillah al-Haris al-Muhasibi,

"Peliharalah hatimu dari buruk sangka terhadap seseorang dengan mencipta alasan yang baik.”

Aku memegang kata-kata ini seeratnya, walaupun hijab syakku mengatakan sebaliknya. Siapalah aku untuk menilai beza antara permata dan kaca, kerana jauhari pun adakala tertipu dek sinar kilauannya.

No comments: