Monday, June 16, 2008

SAHABAT SMAKL

Ini kali kedua aku jumpa Muzir. Lokasinya masih lagi Dataran Maybank. Kali pertama, aku jumpa dia pun kat tempat yang sama selepas balik dari klinik kat KL Sentral..masa tu baru nak mula demam selsema. Cuma, kali ni dia datang dengan Abi....ada hal berkaitan ETIQA takaful kenderaan. Fuh, masing2... sihat-sihat belaka, termasuklah aku. :P Alhamdulillah, tak sangka masih lagi berpeluang bertemu sahabat2 SMAKL yang sememangnya dah lama terputus hubungan. Mmmm...kalau dihitung secara kasar..adala dalam...erk! hampir 15 tahun. Memang lama benar tak jumpa, sebab dorang berdua nie kluar dari SMAKL ke MRSM selepas habih SRP. Aku dan 8 orang lagi jer yang teruskan persekolahan kat SMAKL sampai selesai SPM.

Yang pasti, masing-masing dah berkerjaya. Juga punya cerita kehidupan yang tersendiri. Abi, sekarang bekerja sebagai Software Consultant..semestinya dia tu banyak 'berperang' dengan diri sendiri...sebab keje consultant nie aku rasa ada waktunya suka tak suka terpaksa ikut telunjuk klien. Muzir lak, dari seorang Engineer kepada Financial Advisor Takaful Ikhlas...dia nie bukan setakat berperang dengan diri sendiri jer...siap bertempur 'baling bom' dengan klien pun mesti ada punya. Aku? Cam besala.....curah idea 'syok sendiri' kat dalam blog nie...

Banyak gak yang kitorang bualkan, tapi jalan ceritanya banyak berkisar tentang sahabat-sahabat yang lain. Masing-masing saling men'update'kan berita terkini member-member yang pernah ketemu sebelum ni....dia tu keje nie, dia nie anak banyak tue, mamat tue buat bisnes nie, mamat nie keje kat situ....bila difikir-fikirkan, alangkah seronoknya kalau ukhwah yang terbina dulunya masih segar dan berkekalan sehingga kini. Tentunya jaringan masyarakat Islam yang lahir dari SMAKL itu sendiri dapat mewujudkan satu konsortium atau dewan perniagaan Islam yang jitu (ceh! berangan jauh nampak). Paling-paling kurang pun, tertubuhnya Alumni yang kemungkinan besar dapat menyumbang sesuatu pada pembangunan Islam.

Tetapi, kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh ditetapkan perjalanannya. Kita hanya mampu menstrukturkan sahaja......manakala hasilnya pula sudah pasti tak akan dapat mengikut spesifikasi yang telah ditentu ukurkan oleh insan. Pun begitu, mencapai 80 ke 90 peratus perencanaan itu sudah amat memadai. Sebab itulah, seerat dan semesra mana pun persahabatan yang dibina dulu, pasti tak akan dapat dikekalkan sepenuhnya. Cukup hisabnya, masing-masing tanpa sedar akan melebarkan jarak perhubungan yang kononnya tak akan putus. Mungkin awalnya dulu, masing-masing yang pernah bergelar 'teman baik/sejati' akan saling menghubungi dan berkirim khabar. Namun, bila beban dan tanggungjawab berubah, ditambah pula dengan peralihan fasa kehidupan dek faktor usia dan status kehidupan....apa yang tinggal hanyalah cebisan kenangan yang beku dalam minda bawah sedar.

Itu sesuatu yang pasti.....sebab......sejumlah mana pun mereka yang bergelar sahabat, hanya yang Allah takdirkan, samada menerusi ikhtiar sendiri atau kebetulan sahaja yang akan terus kekal sebagai sahabat. Kalau dikira sepanjang berpuluh tahun kehidupan ini, rasanya dah beribu orang yang aku berkawan, tapi yang masih berada di sisi tak sampai berapa orang pun. Itu tak 'filter' lagi antara benar dan palsu, ikhlas dan bermuka-muka, baik dan 'sengal'.....macam-macam lagi lah. Pendekata, yang sentiasa menempel kita saat ini belum tentu sahabat yang boleh menjadi cermin buat diri mengetahui keaiban sendiri.

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda:"Seorang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain. Dan seorang Mukmin adalah saudara kepada Mukmin yang lain." (HR. Abu Daud dan Al-Bukhari)

Pun begitu, aku bersyukur pada Allah sebab masih memberi peluang dalam melalui usia separa emas ni, dapat juga bertemu mereka yang pernah mewarnai kehidupan satu masa dulu. Setidak-tidaknya, ada juga penduduk dunia ini yang masih mengingati diri serta mampu bergelak ketawa atas perilaku 'nakal' dan 'sengal' yang telah terkunci rapat dalam minda aku ni sepanjang 15 tahun lepas.

Bertemu dan mengurai kembali tenunan sejarah lewat usia remaja dulu bersama Muzir dan Abi hanya mengingatkan aku pada seorang sahabat baik yang dah lama benar tak dijengah khabarnya. Rasa bersalah kerana telah melupakan insan itu yang telah mengorbankan kepentingan dirinya untuk aku semata. Aku sebenarnya amat beruntung, kerana pada saat aku merasakan sukarnya bertemu sahabat sejati, Allah kurniakan dia buat aku.

Daripada Abdullah bin Amr R.A., Nabi S.A.W bersabda:"Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya." (HR. Ahmad dan AL-Tirmizi)

Dan aku amat bersyukur, kerana sepanjang kehidupan di dunia ini.....akhirnya bertemu juga aku dengan seorang sahabat sejati bernama Rahman yang telah banyak membantu aku tatkala dunia serasa menghimpit diri ini dengan fitnahnya. Semoga Allah akan menemukan aku lagi dengan sahabat sepertinya....agar kematian aku esok tidaklah sepi dan sunyi.....dan semoga ada yang sudi mengenang 'keelokan' diri ini sejurus fana kelak. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

No comments: