Tuesday, June 10, 2008

NILAI KEHIDUPAN (3)


Aku tengok TV minggu lepas, rancangan Exchange... pasal perbincangan tentang kenaikan harga minyak yang ditimbal balik dengan subsidi kepada sektor-sektor lain bagi mengurangkan beban rakyat. Menteri yang berkenaan, telah berusaha sebaik mungkin untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukan. Aku punya pendapat, kalaula dia boleh melihat kekalutannya menerangkan setiap isu yang dibangkitkan, rasanya dia pun pasti malu menonton keletahnya yang tidak telus dalam memberi jawapan.

Seorang panel lagi, pakar ekonomi dan pelaburan kelihatannya seperti malas-malas jer nak memberi pandangan kerana hakikatnya jawapan yang diberi pasti menemukan dia kepada satu kesimpulan, kenaikan minyak negara dek pasaran global hanya menyusahkan rakyat. Hinggakan pada satu ketika, si menteri memberi jawapan bahawa isu tentang penderitaan yang akan menimpa segenap golongan rakyat dek perkembangan terkini dan tiba-tiba itu adalah isu yang berbeza dengan topik yang sedang dibincangkan. Berbeza? Betul ker ini jawapan dari seorang menteri yang berpandangan luas sepertinya? Aku jadi keliru yang amat sangat bila dia cuba mengasingkan isi dan kulit dalam proses kehidupan yang sedang berlangsung penuh dramatik sekarang ni.

Mana taknya, pergantungan kepada bahan api bukan kehendak tetapi lebih kepada keperluan yang mana tidak boleh tidak akan mempengaruhi taraf sosial masyarakat Malaysia. Tubuh ini telah terlalu lama dilapisi dengannya hinggakan isi badan kita secara tidak langsung akan disakiti bila lapisan kulit ini dihiris secara langsung atau tidak. Maknanya, faktor intrinsik (dalaman) dan ekstrinsik (luaran) yang melingkari kondisi 'emas hitam' itu pasti akan turut mempengaruhi kekuatan ekonomi setiap rakyat.

Jauh dalam hati, tatkala menulis ini adalah perasaan geram yang sedang bergumpal-gumpal dengan kejelekan pada pemikiran-pemikiran 'simple yet annoying' hasil lontaran beberapa orang golongan 'aristokrat' kerajaan. Amboi! Beras naik...kurang makan beras...kawal perbelanjaan. Minyak naik, korang nak suruh kurang pakai minyak gak? Suruh naik pengangkutan awam yang tak efisien langsung.....yang letak duduknya pada tahap ntah keberapa ntah dalam dunia? Dei! Mana letaknya akal bernas anda wahai bapak2 menteri, wahai pakar2 ekonomi? Anda sememangnya bukanlah pemimpin berjiwa rakyat seperti Umar Al-Khattab, yang sentiasa responsif atas segala keluh-kesah rakyat, yang jaganya lebih dari tidur dek memikirkan kemaslahatan rakyat.

Sepatutnya, kurangkan dahulu perbelanjaan anda semua wahai golongan yang diberi mandat memimpin. Kamu tak lain hanyalah 'ajir' bukannya 'amir'. Kamu adalah golongan yang diberi upah untuk memimpin dan mentadbir kami semua ke arah memakmurkan negara serta melestarikannya. Namun, kesempitan hidup dan penderitaan yang terpamer di wajah rakyat tak akan berjaya menerobos hati yang sememangnya batu kerana kelompok kamu lebih pandai dalam memikirkan cara2 memenuhi tembolok masing-masing dengan harta yang sebenarnya tak berguna satu sen pun di akhirat sana.

Tak apa, berseronoklah sekarang ini dengan membeli-belah di London, bertransit dari satu negara kenegara lainnya atas nama lawatan, mengadakan pelbagai majlis dan keraian di kediaman sendiri, silalah habiskan semua wang peruntukan untuk mengadakan program, nyanyian dan kebudayaan dan fesyen di'mahligai' anda.....silakan, silakan. Aku yakin.......Allah Maha Adil lagi Maha Mendengar. :)

No comments: