Peribadi sebenar seseorang dapat diketahui menerusi kegemarannya. Emmmm…… camana nak kupas kata-kata bistari nie ek. Bukannya apa, seorang kawan baru saja melontarkan ‘statement’ yang sememangnya tepat.
Seperti aku, melukis adalah minat dan kegemaranku sejak dulu. Aku ingat lagi, sekitar tahun 1997 – 2000, kegemaran itulah mendorongku untuk menjejakkan kaki ke pejabat Ujang sambil membawa hasil lukisanku, kononnya nak menjadi seorang artis. Malangnya, bintangku tak bersinar di sana kerana lukisanku lebih ke arah komik yang dulunya tidak popular.

Berlainan dengan situasi sekarang, pelukis komik mendapat tempat yang istimewa. Lihat sahaja Gempak, Starz dan pelbagai lagi komik yang terdapat di pasaran. Kadang-kadang, terbayang juga diri menjadi seorang kartunis. Kalaula dulunya jiwa ini sedikit tabah dari putus asa, tak mustahil aku juga mungkin berdiri dan duduk sebaris dengan mereka. Pun begitu, memikirkan ‘kalau’ itu sememangnya tidak baik, malah ia merupakan warisan masyarakat jahiliah yang tidak akan pupus selagi adanya manusia di dunia ini. Na’uzubillahi min zalik.
Aku tergerak untuk memikirkan, apakah menerusi kegemaranku itu, ada rahsia tentang peribadiku yang boleh dikenal pasti? Seseorang yang suka melukis, akan cenderung untuk memilih sesuatu sebagai tema lukisannya. Sering memilih subjek yang berupaya menghidupkan tema lukisannya. Macam aku, tema yang sering aku pilih adalah manusia. Subjeknya pelbagai, di antaranya raut wajah seseorang. Kadang-kadang, rasa seronok melakar raut wajah gadis dan pemuda yang membangunkan kerajaan Islam dalam dirinya.

Seorang gadis yang bertudung melabuhinya ke bawah paras dada, dengan mekap ala kadar, berjubah atau kurung longgar bercorak alam atau geometri atau simbol, namun wajahnya memancarkan senyuman meyakinkan; seolah-olah puas dengan penampilannya sedemikian.
Seorang pemuda yang sederhana, tidak mempedulikan jenama apa yang terjahit dipakaiannya, tidak berminat mengenakan seluar jeans ketat yang mempamerkan lekuk punggungnya, tiada rantai atau gelang dipakai yang jelas haram hukumnya, cuma cincin dijari manis dan kelingking bagi mendapat pahala Sunnah Rasulullah S.A.W. namun wajahnya cukup segar dengan iltizam, untuk memimpin generasi Mukmin demi mengulangi ketamadunan Islam.
Pun begitu, aku lebih percaya bahawa peribadi seseorang itu bisa saja ditelah dengan menilik siapa sahabatnya. :P. Tak setuju? Terpulang...yang penting apa yang terzahir dari lidah Rasulullah S.A.W ada hikmahnya yang tak terjangkau dek akal biasa.
Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W bersabda: "Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat." (HR Al-Tirmidzi dan Al-Hakim)
Ini realiti.....akan tetapi ramai yang tidak mempedulikannya dalam membina peribadi kendiri.
No comments:
Post a Comment