Sunday, March 23, 2008

KITA TIDAK SEKUFU?

"Perkara yang paling sukar adalah memulakan sesuatu", itu yang diberitahu oleh seorang 'bakal' sahabat aku masa kitorang mula2 berkenalan.

Cadangnya, aku ingin melanjutkan hubungan kami ketahap yang lebih serius, akan tetapi dia telah mematahkan hasrat itu dengan memberi alasan tadi yang 'kelihatan' munasabah. Awalnya, bibir kelu nak membidas 'statement' yang dilontarkannya. Memang, dia berhak mengatakan sedemikian kerana dia memiliki pelbagai sebab yang mendokong hujahnya.


Salah satu daripada alasannya adalah ketidaksekufuan kami :) Tidak sekufu....tidak setaraf? Emmm....jenuh gak fikir apa yang tidak sekufunya kami berdua; harta? keturunan? pendidikan? pergaulan? rupa paras? kematangan? Ish..kalau nak senaraikan satu-satu rasanya ada banyak ciri2 yang menunjukkan ketidaksekufuan kami. Abih kalau camtu, sampai bila2 pun susah nak cari titik persamaan. Bukan ke perhatian utama wajib diberi pada sudut agama dulu...sebelum analisa 'keserasian' itu dilanjutkan ke cabang pergaulan yang lain? Atau mungkin, dia tidak berminat untuk meneruskan hubungan kami kerana desas-desus kedengaran dia telah bertemu seseorang yang jauh lebih baik dan berketerampilan? Kalau itulah ceriternya....tahniah diucapkan seikhlas hati. :P

Apepun, perkara sedemikian tidak langsung mempengaruhi kehidupan aku yang 'mungkin' masih jauh berliku dan penuh ketidaktentuan. Kenapa? Kerana pada aku, yang paling sukar bukanlah memulakan sesuatu perkara sebaliknya permulaan adalah salah satu di antara perkara yang paling mudah dalam hidup ini. Mana tidaknya, memulakan apa sahaja termasuklah yang dinamakan "cinta" tersangat mudah. Manusia, hari2 bisa jatuh hati....jatuh cinta. Kalau mcm tu, apa yang susah? Setakat nak 'bermula'.....mmmmm......pada aku di antara perkara yang susah di dalam hidup ini adalah mengekalkan momentum apa yang telah pun bermula. Bahasa mudahnya, memastikan kelangsungan sesuatu perkara yang telah dilaksanakan sentiasa berjalan lancar adalah perkara yang lebih susah berbanding memulakannya.

Ada orang yang tidak bersetuju...termasuklah sidia 'bakal' teman aku tue. Well, terpulang....pada aku kalaupun korang rasa permulaan paling susah..yela...macam nak bina bangunan, kalau tak betul kiraan dan rekaannya tentu susah nak membangunkan premis tersebut TETAPI kalian harus ingat, membinanya lagi susah kerana implementasi memerlukan lebih banyak tumpuan, tenaga dan kepakaran. 'Contingency approach' boleh saja berlaku sepanjang tempoh pembinaan malah pengawasan 24 jam sehari amat dituntut bagi memastikan ia terlaksana mengikut jadual. So, yang mana lebih susah?

Begitu juga dalam sesuatu perhubungan. Tidak sekufu boleh sahaja jadi alasan, malah agama juga menyuruh mencari yang sekufu untuk dijadikan pasangan. Soalnya, dari sudut mana kita melihat 'kesekufuan' itu? Nah, kalau kita semua meletakkan agama sebagai 'standard' sekufu....aku memang sokong 100%. Tapi, kalau pasangan yang korang dambakan selama ini 'compang-camping' agamanya, lebih baik korang fikir banyak kali sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga kerana kelestarian binaannya selama '40' ke '50' tahun nanti memerlukan 'kejituan iman' pasangan yang bakal mendiaminya.

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya."

Surah Ali 'Imran : 159

No comments: