Monday, March 10, 2008

DO YOU MIND? (2)


Jam sudah menunjukkan pukul 6.10 minit. Michelle kembali meneguk 100 Plus yang dibelinya di 7-11 tadi. Cadangnya, kami hanya ingin berbual sekitar 20 ke 25 minit...tapi nampaknya sudah melebihi 50 minit "perdebatan" ini berlangsung. Nak kata perdebatan rasanya tak tepat...mmmmm.....diskusi intelektual lebih sesuai kut.

"Ok, tell me...what do u mean by ur statement just now?"

"Which one?"

"The last statement, the one that u say the same thing happened to us, Christian believers...."

Ish....susah jugak nak terangkan dalam BI nie :P bukannya aper, aku ni lidah tebal, bila speaking jer slalu terkorner lebih, kekadang nak 'parking' ayat2 tertentu pun leh tersasul. Tapi, aku rasa seronok berbual ngan Michelle nie sebab dia tak terkesan dengan kesilapan pertuturan aku. Cuma, ada gak sekali dua dia bantai gelak pasal aku tersalah sebut... :) Cis, buat malu org Islam jer aku nie!

"Emmm......camniela......boleh tak saya tanya satu soalan?"

"Of course", dia tersenyum.

"Do you eat pork?"

"Sometimes."

"Well, do you know that your religion prohibits you from eating that?"

Dia seakan terkejut lantas berpaling sambil memandang aku tajam.

"Mmmm...nop, but r u sure that?"

Aku garu kepala.

"Nah, awak kena baca Bible betul2. Satu lagi, awak tahu tak yang dalam Bible ada kata mana2 perempuan yang tidak menutup kepala, cukur kepala mereka."

Dia terkesima. Aku tahu, dia mesti tak pernah terjumpa apa yang aku cakapkan tadi dlm 'Biblos' yang sering dibacanya. Apa nak heran, umat Islam sendiri pun bukannya rajin baca Al-Quran. Kalau setakat khatam jer tapi tak cuba nak memahami tafsirannya...memang sampai mati la tak faham Al-Quran. Serupa la macam minah yang sedang termenung jauh kat depan aku nie.

"Because of that, many Muslims do not understand yet practise the beautiful of Islam in their life. Well, what u see and hear mostly does not present the Islam itself. I mean, do not explore Islam through Malay's way of life." Amboi, ntah hapa ntah aku punya cakap. Tapi aku tengok dia mengangguk seakan bersetuju dengan kata-kata aku.

"I tak pernah tahu pun apa yang u cakap tadi. Selama ni, I pun jarang baca Bible...". Dia membalas perlahan.

"Errr....saya rasakan, daripada awak baca Old & New Testament dalam awak punya Bible....lebih baik awak baca Last Testament." Aku memberi saranan. Dia keliru.

"Last Testament...what do u mean?"

"Al-Quran."

"What?"

Aduh, dia mula dah! Bila nak habih diskusi ni aku pun tak tahu. Yang pasti, aku kena stopkan perbincangan nie sebab aku kena bergegas untuk 'dating' bersama Dia yang tercinta.

No comments: