Wednesday, March 18, 2009

MEDAN KERJAYA BARU

Sudah terlalu lama aku tak menaip sesuatu dalam blog ni, sibuk benar dibuatnya sejak berpindah ke tempat keje baru. Malah kesibukan tu makin bertambah-tambah amplitudnya bila aku diamanahkan untuk mengawal selia prestasi keje semua syarikat2 penyelenggaraan yang sedang memberikan perkhidmatan disetiap premis milik syarikat aku. Err....bukan aku punya syarikat ek, tapi syarikat tempat aku keje sekarang ni.

Memang, kalau nak dibandingkan dengan tempat keje sebelum ni, jauh lebih berat bebannya. Tapi, rasanya tak adil mencari-cari perbezaan antara keduanya kerana ruang lingkup dan medan perjuangannya tidak sama dari pelbagai sudut terutamanya dari perspektif pengurusan dan tanggungjawab. Senang cakap, ada perubahan besar yang perlu ditangani, perubahan yang memerlukan teknik pengurusan yang sama sekali berbeza dengan skop keje dulunya. Ala....bahasa omputihnya...Change Management.

Aku perasan, ada banyak perkara baru sedang diperkenalkan dalam jabatan harta ini namun begitu matlamat perlaksanaannya mungkin sukar dicapai seandainya majoriti orang bawahan seperti aku sering menyalahkan 'top management' yang datang dengan pelbagai idea, gagasan juga wawasan baru. Memang, bila ditimbang tara dengan akal manusia, ia nampak seakan-akan lebih menguntungkan mereka. Tapi, aku tak nak jadi kelompok yang menggunting dalam lipatan masa, so...setiap kali ombak perubahan ini melanda, seboleh mungkin aku paksa diri berenang-renang mengikut arusnya. Alhamdulillah, mula-mula tu cam tenggelam timbul la jugak, tapi lama2 leh buat kuak lentang lagi....walaupun adakalanya kena pakai 'pelampung' la.

Mungkin akan ada yang melabel aku sebagai "Pak Turut" atau "Kaki Bodek"...... :) nampaknya silap besarla dorang sebab aku jenis orang yang pasti akan bersuara bila nampak tak betul duduk letaknya sesuatu perkara itu. Acapkali juga aku sarankan mereka, kalau tak puas hati, lebih baik luahkannya pada pihak berkenaan supaya mereka tahu arahan yang diberi tidak bersesuaian dengan perlaksanaan kerja. Masalahnya, masing-masing lebih rela menjadi lilin yang membakar diri, malah dalam masa yang sama turut menggunakan lilin tersebut untuk menyalai daging saudara2 Islam lainnya buat "breakfast, lunch & probably dinner".

Entahla, pada aku memang susah untuk menggembirakan hati semua pihak, selagi mereka tidak berusaha untuk keluar dari zon yang menzalimi diri mereka sendiri. Kadang2, bila mendengar cerita2 dan sembang sumbang tentang individu2 tertentu, jadi kesian pun ada pada yang menjadi subjeknya. Dan terlebih-lebih simpati pula pada 'pengumpat2' yang Rasulullah S.A.W sebut sedang membakar pahala amalan masing2 sepanjang sesi forum itu berlangsung. Soalnya, sukar sangat ke nak berkata benar dengan makhluk Allah yang sama2 makan nasi tu? Bila aku timbulkan isu mengumpat, ada pulak yang kata; kalau camtu susahla nak cakap ape2......hampeh betulla korang ni. Dah kalau berani sangat cakap belakang2, pegila tunjukkan semangat juang berdegar-degar tu dengan meluahkan segala isi perut pada si dia.

Pun begitu, aku tak salahkan mereka 100% sebab pihak yang satu lagi juga harus tahu bagaimana mendekati khalayak kakitangan bawahannya. Mana mungkin dalam masa yang begitu singkat dan mendadak, segala pembaharuan dilempar sepenuhnya atas bahu mereka yang bertindak selaku pelaksana selama ini; sebabnya perkara yang telah diaplikasi dulu pun masih tak dapat difahami sepenuhnya. Aku sendiri pun perasan kecelaruan dalam pembahagian kerja antara 'staff' hinggakan ada yang memikul begitu banyak tanggungjawab berbanding rakan lainnya. Malah, ada yang sepanjang masa melayari internet sambil mengudap. Musykil gak diri dibuatnya.


2 comments:

muzir said...

Sahabatku,
Apabila pihak pengurusan memberikan tugasan yang banyak kepada pekerjanya berbanding pekerja lain. Itu tandanya:
-Pekerja tu dilihat boleh diberi amanah.
-Pekerja itu diakui kemahiran dan kebolehannya.
-Pekerja itu boleh diharap (reliable).
-Pekerja itu lebih bernilai berbanding lainnya.
-Hasil kerja pekerja itu memenuhi kehendak. Jadi sebab itu boss suka bagi kat pekerja tu. Kerja tip-top. Bagi kat orang lain, hampeh.

InsyaALLAH, lebih banyak kita memberi, banyak pula nanti kita akan diberi.

Biarkan orang lain yang berkata. Komen buruk mereka seharusnya tidak melemahkan sikap positif kita. Memang sifat muslim, sentiasa memberikan yang terbaik di setiap tempat dan ketika.

Selamat bertugas di tempat baru :)

Amir Syahrom bin Aris said...

Makasih atas nasihat yang diberi. Bukannya apa, kadang2 tu penat sebab terlalu banyak sgt keje sampai tak sempat nak buat benda lain yang jauh lebih wajib.

Takpela, aku sabar je. InsyaAllah, satu masa nanti jadi cam hang gak kut. :p