Tuesday, May 27, 2008

NILAI KEHIDUPAN


"Blurrrrrp!" Member aku sendawa panjang lepas pekena 'Beriani Gam'.

"Amboi, panjangnya sendawa. Mana syukurnya?" balasku tersenyum.

"Alhamdulillah, kenyang giler." Dia tersengih sambil mengurut perutnya.

"Alhamdulillah......dapat gak ko makan nasi Beriani ni ek.....cuma......"

Dia berhenti menjilat jarinya seraya memandang aku.

"Cuma..aku teringat hadith daripada Abi Juhaifah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada seorang lelaki yang bersendawa dalam satu majlis:

Bataskanlah sendawamu. Sesungguhnya orang yang paling banyak kenyang di dunia ini ialah orang paling banyak lapar pada hari akhirat.
"


Thursday, May 22, 2008

MENGAPA PERLU SANGKA BURUK?

Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda :-

كُلُّ بن آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Ertinya : "Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)

Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah. Ia bertepatan dengan apa yang disebut di dalam sebuah hadis

ثلاث لازمات لأمتي : الطيرة ، والحسد ، وسوء الظن " . فقال رجل : ما يذهبهن يا رسول الله ! ممن هو فيه ؟ قال : " إذا حسدت فاستغفر الله ، وإذا ظننت فلا تحقق ، وإذا تطيرت فامضه

Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "Apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?" Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)

Terdapat sebuah lagi hadis yang mempunyai erti yang sama dengannya iaitu :-

ثلاثة لا يسلم منهن أحد : الطيرة ، والظن ، والحسد ، فإذا تطيرت فلا ترجع ، وإذا حسدت فلا تبغ ، وإذا ظننت فلا تحقق

Ertinya : Tiga perkara yang tidak seorang Muslim pun dapat melepaskan diri darinya; sial menyial, sangka buruk, hasad dengki; maka apabila kamu berasa ada sial, jangan kamu pulang dan mengendahkannya, bila kamu hasad, jangan melampau (hingga bertindak) , dan bila kamu bersangka jangan kamu membenarkannya" ( Musannaf Abd Razzak : Ibn Hajar : hadis mursal, Albani : Dhoif)

Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu sudah membenarkannya.

SANGKA BURUK YANG HARUS

Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar'. Mudahnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk' apabila melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak berdosa.

Demikian juga dalam proses majikan ingin mengambil kakitangan baru. Biasanya pihak majikan akan membuat survey rambang dengan menghubungi beberapa orang yang yang mengenali calon, bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan kemampuan dan lain-lain informasi berguna berkaitan calon. Saya masih ingat, saya pernah menerima Curriculum Vitae (CV) sewaktu bertugas di institusi kewangan dahulu, CV calon ini cukup menarik sekali.

Namun mengikut prosedur, sebelum pihak kami memanggil interview, saya perlu menghubungi seseorang yang diyakini mengenali si calon untuk mendapatkan komen beliau, akhirnya kami tidak jadi memanggilnya interview kerana rupanya calon tersebut mempunyai masalah mental. Kami daptkan komen beberapa orang lagi demi memastikan info yang diberi benar serta tidak berniat jahat. Namun info yang sam a diperolehi.

SANGKA BURUK YANG HARAM

Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya. Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara.

Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.

JENIS PERTAMA : KERANA ALIRAN POLITIK

Sangka buruk jenis pertama ini didasari oleh permusuhan politik kepartian. Sangka buruk ini juga sangat popular di masa ini terutamanya di zaman isu politik sentiasa hangat. Memang benar, setiap orang politik kerap mempunyai agenda disebalik segala tindakannya, biasanya adalah untuk kepentingan masa depan politiknya. Namun tidak wajar dinafikan ada antara mereka yang benar-benar berniat membantu dalam sesuatu tindakannya.

Hasilnya, apabila ada saja seorang ahli politik PAS melakukan satu tindakan yang patut dipuji pada zahirnya, akan wujud sebahagian kumpulan dalam UMNO yang mentakwil apa yang tersirat dan tujuan sebenar dari setiap tindakan baik yang dibuat, sehinggalah ia AKAN dilihat jahat dan tidak layak mendapat pujian, penghargaan dan terima kasih.

Demikian juga sebaliknya, apa sahaja tindakan politik yang baik dibuat oleh pemimpin UMNO, akan sentiasa dilihat jahat oleh sebahagian pihak pembangkang. Saya tidak kata semua, namun saya kata ada sebahagian mereka. Sebagai contoh apabila kerajaan Pak Lah mengumumkan pembayaran Ex-Gratia kepada bekas-bekas hakim yang terlibat dalam kes 20 tahun lepas, maka ada yang tetap tidak mahu menghargai tindakan itu lantas berkata :-

"Mengapa baru sekarang? Nampak sangat ia dibuat dengan agenda tertentu"

Individu dalam kategori ini biasanya akan merasakan diri mereka bijak, sukar diperdaya serta mampu melihat dari dimensi yang luar biasa (kononnya). Namun jika ada pimpinan mereka atau rakan mereka yang melakukan kesilapan yang terang-terang tersalah dan tidak boleh ditakwil lagi, mereka akan bersangka baik pula demi membela segala tindakan tersebut atas dasar maslahat katanya. Bagus, ia memang satu sifat yang baik, tetapi boleh menjadi buruk jika tidak betul cara kendaliannya.

Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia seolah-olah menjadikan sangka buruk sebagai satu keperluan politik. Tatkala itu, dosa menjadi mainan diri. Sangka baik pula adakalanya digunakan bukan pada tempat yang sepatutnya sehingga menjadikan diri taksub kepada team mereka.

JENIS KEDUA : KERANA ALIRAN PEMIKIRAN DAN ANUTAN

Kali ini ia didasari oleh aliran pemikiran pula. Manusia tidak boleh lari dari perbezaan aliran pemikiran. Tidak perlulah dikesali hal ini kerana ia satu hal yang normal. Namun yang dikesali adalah permusuhan dahsyat antara satu kumpulan dengan yang lain.

Sebagai contohnya aliran Salafi, Wahabi, Khalafi, Pondok, Sufi, Syiah Malaysia, Hizb Tahrir, Ahbash, Liberal, Hadari dan lain-lain. Masing-masing kelihatan suka kalau pihak yang lain dibenci sehabis mungkin, malah mungkin wujud mereka yang akan sujud syukur jika pimpinan kumpulan sebelah sana meninggal dunia.

Tatkala itu sangka buruk sentiasa menjadi idaman dan ruh perjuangan masing-masing. Jika ada sahaja tindakan yang baik dilakukan oleh pimpinan atau ahli aliran yang bertentangan dengan mereka. Akan ditakwilkan sejahatnya.

Sebagai contoh yang saya kira paling nyata adalah apa yang berlaku kepada S.S Mufti Perlis. Akhir-akhirnya ini S.S Mufti Perlis semakin berterus terang mengkritik beberapa dasar kerajaan yang kurang tepat sebagai contohnya ISA. Akhirnya, pelbagai sangka buruk timbul antaranya:
Kononnya ia bersifat demikian hanya selepas pilihnraya 8 Mac, iaitu setelah dilihat kerajaan lemah dan pakatan rakyat kuat, lalu barulah dia bersuara untuk ‘membodek' kerajaan pakatan rakyat untuk melantiknya pula.

Kononnya beliau berani kerana ingin memenangi hati pemimpin pakatan rakyat kerana tempoh sebagai mufti di Perlis sudah di penghujung. "Mengapa sekarang baru nak kritik, mengapa tidak dari dulu lagi, nampak sangat ada udang di sebalik batu.?!!" Tempelak mereka. Dan macam-macam lagi.
Saya kerap dengar komen "mengapa baru sekarang!!?" sebagai hujjah untuk membidas segala kebaikan orang lain. Wajarkah komen sebegini? Saya dan rakan-rakan pembaca juga tentu ada penglaman masing-masing dalam hal ini. Bila saya sebut masalah hukum di dalam ASB, Overridding Commission dalam MLM, Pelaburan haram cepat kaya.. muncul orang marah lalu berkata:

"Mengapa baru sekarang ustaz sibuk-sibuk, mengapa tak beritahu awal-awal dulu, ni kami dah join lama dan untung ribu-ribu baru nak sibuk kata haram, jangan dengki la ustaz. Mesti sebab ustaz ni ada join skim lain dan sekarang dah rugi kot" katanya.

Saya menjadi pelik pula. Apa yang perlu dipertikaikan dengan sekarang atau dulu, bukankah kekuatan, hidayah, ilmu dan kemampuan itu baru tiba kini dan bukan dahulu. Justeru apa yang perlu dipertikaikan.? Bersyukur sahajalah jika ia membawa kebaikan. Sama juga dengan keadaan kesihatan, dulu sihat, sekarang sakit, dulu kanak-kanak sekarang dewasa dan lain-lain. Jadi apakah wajar kita beteriak memarahi virus yang menghinggapi kita lalu berkata

"Hei virus, mengapa sekarang mahu kacau, mengapa tidak dulu!!. Lucu juga memikirkannya.

Jawapan mengapa sekarang itu mudah saja, mungkin dahulu belum cukup kajian dan ilmu, sekarang sudah..kerana itu baru bersuara sekarang. Mungkin dahulu ada gangguan, sekarang sudah berjaya diketepikan lalu kerana itu baru bersuara sekarang. Dulu, mungkin belum terperasan kesilapan itu, sekarang baru sedar, kerana itu baru tegur. Justeru, mengapa masih ada juga ingin sangka buruk dalam hal seperti ini?.

JENIS KETIGA : PERTIKAI KEBAIKAN & KEIKHLASAN ORANG LAIN

Jenis yang ketiga adalah hasil dari kesemua jenis di atas. Akibat sudah mendarah dagingnya perangai dan tabiat itu menyebabkan kehidupan seharian akan dipenuhi dengan sangka buruk dosa ini. Saya masih ingat di waktu heboh isu pelaburan internet skim cepat kaya dahulu (Ketika itu, Majlis Fatwa Kebangsaan masih belum memfatwakan haramnya skim ini). Ada individu menghantar link satu forum kepada saya, forum itu membicarakan artikel saya yang menyebut hukum skim haram.

Tiba-tiba mucul seorang former yang berkata :"puas aku fikir dan cari di web zaharuddin ini, apakah niat sebenar si zaharuddin ini sibuk-sibuk menulis isu ini dan menyusahkan kitorang, apa yang dia hendak sebenarnya?

"Akhirnya aku jumpa, rupanya dia nak jual vcd dia!!, hem tak respeklah aku ust nak jual barang dia ni"

Begitulah lebih kurang ayatnya, demikian dahsyatnya manusia di zaman ini. Otak dan mindanya sentiasa memikirkan kejahatan dan muslihat di sebalik segala jenis kebaikan, baginya mustahil ada orang sanggup bersusah payah tanpa ganjaran dan agenda DUNIA. Ini bolehlah saya kelaskan sebagai kumpulan orang sangka buruk jenis ketiga yang wujud di dalam masyarakat kita.

Sebagai contoh lain, ada yang menghantar sms, email atau melalui system sms 33221 bertanya sambil bersangka buruk berkenaan orang di sekitarnya:-

a- "Ustaz ada dengar tak slot Dr Zainol Hadja pengasas ayam organik di radio ikim. Cara cakapnya macam dia sorang yang halal, dan semua yang tanda halal JAKIM tidak boleh pakai. Apa pandangan ustaz tentang dakwaan Dr Zainol dan perjuangannya memartabatkan makanan yang betul-betul halal kononnya tu?.. boleh caya ke. Nampak macam nak perkayakan diri sendiri jer"

b- "PPIM ni sebenarnya ustaz bukan nak perjuang isu kepenggunaan Islam, mereka nak jual nama persatuan mereka, lepas ni senang nak dapat budjet"

c- "Ustaz ni dah buat tebiat apa? Dalam banyak-banyak urusan umat yang begitu kritikal, sempat pula dia menulis buku cinta(n)!", simpul seorang pemerhati jarak jauh. (petikan dari web saifulislam.com)

d- "Eleh ustaz-ustaz TV ni, hanya layak mendapat gelaran ‘pelawak' dari penceramah, asyik buat lawak aja. Depa ni sebenarnya sedang jual agamanya untuk popular di televisyen"

e- "Saya benci dengan ustaz yang tak jelas parti apa ni, bagi saya mereka ni munafiq dan hanya pentingkan perut mereka saja, kerana itu tidak berani berterus terang"

f- "Kecewa dengan ustaz. Mengapa ustaz tak aktif lagi dalam perjuangan jemaah Islam, ustaz dah futur dan tergelincir dari perjuangan dakwah ke?" Tanya seorang bersangka buruk kepada saya melalui ruang komentar.

g- Seorang isteri dinasihatkan oleh seorang penulis artikel bahawa : "jika suami anda tiba-tiba baik, spoting, romantik, ketahuilah sebenarnya ia ada benda jahat yang sedang disorokkan"

Banyak lagi contoh-contoh yang tidak larat saya kumpulkan, ia cuma beberapa contoh betapa budaya sangka buruk berbaur dengki dan hasad begitu meriah dalam masyarakat kita hari ini. Tidak bolehkah kita bersangka baik terlebih dahulu. Semua punyai peranannya, samada seseorang itu ikhlas atau tidak, itu bukan urusan kita untuk bersangka buruuk mereka tidak ikhlas atau punyai agenda lain.

Bersambung........

(ARTIKEL OLEH USTAZ ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN-
www.zaharuddin.net)

Wednesday, May 21, 2008

KEHIDUPAN YANG MATI

Benda yang sama berulang lagi......bosannya! Aku dah cuba sehabis baik menangani masalah yang bertamu. Ingatkan dah selesai......tapi....perempuan (tidak semua) tetaplah makhluk yang penuh emosi. Susah benar nak bertemu dari kelompok ini mereka yang berfikir dan bertindak secara rasional.

Salah aku ke? Habih...takkan aku nak diam angguk setuju atas kesilapan orang lain. Kerana orang tu kawan baik korang maka aku boleh dikambing hitamkan....aku pula dituduh jadi punca pada isu yang berbangkit. Kenapa selama ni boleh je bincang secara baik, tapi bila aku bersuara lebih sikit jer terus leh lupa segala hubungan yang terbina atas nama Islam. Hampeh betul puak2 nie!

Karang tak pasal-pasal ada yang kena 'potong'.....saja-saja jer nak jadi pemangkin kemarahan aku. Aku tahu benar malah dah masak sangat dengan 'line' wanita macam nie. Cumanya, aku tak sangka akan jumpa spesis ni lagi di kalangan mereka yang aku 'respek'. Nampaknya, perasaan hormat tu dah semakin tumpah dari piala persaudaraan yang aku junjung sepanjang bekerja kat tempat baru ni.

Masalahnya, kenapa la tak nak terima teguran aku dengan baik? Apa, aku tak berhak langsung untuk membela diri? Korang sape yang menggubal hukum sebegini? Langsung tak reti camana nak memberi teguran....sentiasa emosional, macam berdendam pun ade bunyinya. Cubalah berhikmah, lagipun kitorang nie bukannya budak-budak.....dan kesannya pun korang boleh rasa...bilamana cara teguran yang sama diaplikasikan pada diri korang. Macam yang aku buat sekarang nie...terasa menyucuk ke dalam sanubari kan?

Pada aku la, kalau sampai boleh keluar 'statement' seolah-olah selama ni kitorang dah banyak menyusahkan kerja korang, nampak sangat korang jenis yang tak tahu bersyukur. Korang pun dah sampai hati menjustifikasikan perkhidmatan dan kerjasama yang diberikan selama ini teruk (worst). Walhal sebenarnya.....yang paling teruk adalah bilamana korang sendiri yang tak tahu membezakan antara kerja dan peribadi....makan garam tapi sibuk nak rasa manis. Alamatnya, sampai bila-bila dan dimana-mana pun korang pergi, pasti tak akan dapat mengecap nikmatnya persaudaraan. Bahasa mudahnya.....kehidupan kalian sedang menuju kematian dan hanya kembali bernyawa bila pintunya dibuka dengan akhlak terpuji.

Daripada Abu Zar R.A., Rasulullah S.A.W bersabda: "Bertakwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada. dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya (kejahatan tadi). Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang baik." (HR. Imam Ahmad)

Monday, May 12, 2008

DO YOU MIND? (3)


Pertemuan yang tidak dirancang.....aku terserempak dengan Michelle yang sedang makan mi sup hokkien kat mall. Dia dan beberapa orang kawannya duduk mengelilingi meja bulat yang terletak di penjuru restoran. Sambil tersenyum, dia mengangkat chopstick ke atas...seolah-olah menyapa serta menjemput aku makan. :) Aku membalas dengan lambaian tangan sambil menganggukkan kepala.

Mata aku meliar memerhatikan tempat yang sesuai untuk menikmati makan tengahari. Sebetulnya pagi tadi, aku tak sempat alas perut pun sebab nak kejar masa ke tempat kerja. Takut kalau-kalau terlewat lagi. Juga nak elakkan dari sangkaan buruk orang-orang yang tak pernah cuba untuk memahami situasi aku yang agak berbeza dari mereka. Dek kerana itulah perut dah mula berkeroncong lewat pukul 10.00 pagi. Biasanya, aku pekena juga nasi lemak atau nasi goreng buat sarapan pagi, tapi hari ni....entahla....tak berselera. Puas meneliti dari satu kedai ke satu kedai, aku memilih untuk melepak di restoran utara, teringin rasanya nak makan asam pedas puak-puak sana. Ish....meleleh pulak air liur nie. :P

"Hi dear....where's ur friend?" seseorang menyapa. Terkejut gak dibuatnya. La....Michelle rupanya, ingat siapa tadi.

"Sorang jer....ada hal tadi kat sini. Awak...mana kawan-kawan yang lain?"

"They're still at the restaurant. Saya tinggalkan mereka sekejap sebab nak jumpa awak". Dia membalas mesra. Aku cuma mampu tersenyum. Sejurus mempersilakannya duduk, segera aku bertanya kalau-kalau dia ingin minum. Michelle menolak, alasannya dia dah kenyang. Pun begitu, aku tetap memesan segelas Barli Ais, minuman kegemarannya.

"Buat pemanis senyuman", kataku padanya. Dia tertawa kecil.

"Adakah senyuman saya tidak cukup manis buat awak?"

"Bukan begitu, cuma minuman tersebut akan menggantikan kilojoule tenaga yang hilang bila Michelle tersenyum pada saya. Jadi, lepas ni Michelle masih lagi boleh tersenyum manis bila jumpa rakan-rakan yang lain", aku membalas spontan.

Dia ketawa besar sambil menekup mulutnya. Benar-benar gelihati agaknya dengan jawapan aku. Aku pulak yang rasa malu bila menyedari tawanya menarik perhatian yang lain untuk menoleh kemeja kami. Dia pura-pura menarik nafas, seolah-olah tindakannya tadi telah mengurangkan bekalan oksigen dalam peparunya.


"Ok...ok.....maaf. Awak memang selalu begini ke?"

"Maksud Michelle?" Aku pula yang musykil. Rasa kelakar pun ada gak. Sebabnya, aku ingat lagi dulu masa awal perkenalan dia selalu menggunakan I dan U sepanjang perbualan. Sekarang nie, macam dipaksa-paksa pun ada bunyinya bila dia kerap menggunakan kata ganti diri saya dan awak.

"Mmmm....what I mean is.....r u always....awak, selalu bergurau dengan wanita sebegini?" Soalnya sambil menikmati Barli Ais di hadapannya. Wajahnya kelihatan sedikit kemerahan sebaik sahaja dia melontarkan soalan tadi. Dari ekor mata, aku dapati dia seakan-akan gusar dengan pertanyaannya. Beria-ria dia mengacau minuman yang sememangnya telah sebati. Agak lama aku mendiamkan diri, masih tercari-cari jawapan yang sesuai untuk mengelakkan salah faham antara kami.

"Oklah.....just forget what I've asked just now," dia memecah keheningan yang membelenggu atmosfera hati kami sedang kelilingnya hingar-bingar dengan manusia yang sibuk menjamu selera.

"Sebenarnya, saya suka....dan senang bersahabat dengan Michelle, sebab itu saya suka bergurau dengan awak....seperti kawan-kawan saya yang lain. Malah, Nabi Muhammad S.A.W pun suka bergurau dengan warga Muslimin yang lain." Segera aku memintas kata-katanya. Seboleh mungkin, aku tak mahu ada lintasan yang bukan-bukan dari 'khannas' menyelubungi minda bebasnya.


"Really? U mean ur Prophet like to play a joke....what a surprise? Selalu kalau saya lihat dalam TV, this religious person.....what they called....ulama'.....they look serious when they talk, when the reporters ask them? How come ur Prophet is different from them?"

Amboi, bersungguh-sungguh dia bertanya, sampai naik sebu telinga aku dengar dan silau mata melihat pipi gebunya bersinar dek pergerakan mulutnya yang bertali arus melontarkan soalan. Camana nak jawab pertanyaannya ek?

"Tentang sikap ulama' tu, saya rasa perilaku mereka sesuai dengan situasi. Mungkin pada waktu itu mereka sedang membincangkan isu-isu besar dan penting, jadi...perlulah serius dan tegas. Saya yakin, mereka seorang yang mudah didekati. Sebabnya, mereka adalah pewaris para Nabi kerana kelebihan dalam memahami agama. Rasul kami, Muhammad S.A.W memang biasa bergurau dengan ahli keluarga dan para Sahabatnya. Kalau Michelle nak, saya boleh pinjamkan buku-buku tentang kehidupannya. Dalam salah satu hadithnya....er....kata-katanya yang lahir dari wahyu Allah....dia telah berkata:

Aku adalah ketua atau pemimpin istana di pinggir taman syurga bagi sesiapa yang meninggalkan sifat riyak (menunjuk-nunjuk) walaupun hakikatnya dia begitu. Aku adalah ketua istana di dalam syurga yang berada di pertengahan bagi sesiapa yang meninggalkan pembohongan walaupun sebagai gurauan. Aku adalah ketua istana di dalam syurga paling tinggi bagi sesiapa yang memiliki akhlak yang paling baik."

"Maksudnya?"

"Maksudnya....Muhammad S.A.W juga biasa bergurau, tetapi dia tidak pernah berbohong dalam gurauannya," balasku puas.

"Maksudnya....awak tidak berbohong bila mengatakan senyuman saya manis?" dia membalas sambil tersenyum. Sejurus kemudian dia tertawa kecil lantas melarikan pandangan ke arah rakan-rakannya yang sedang menuju kemeja kami. Sudah.....boleh tahan juga dia kenakan aku. :)

Thursday, May 8, 2008

YA USTAZ! (3)

Alhamdulillah! Kelas habis lebih awal dari biasa dek kerjasama para pelajar. Sebaik sahaja aku arahkan mereka persiapkan diri untuk solat, semuanya bersegera kemas barang dan ambil wuduk tanpa lengah. Sementara menunggu yang lain sempurnakan wuduk, aku sempat berbual ngan beberapa orang pelajar. Macam-macam soalan dorang tanya.....dari soal ibadah hinggalah kepada masalah 'personal'. Ish..cam guru kauseling la pulak aku nie.

Apapun aku rasa seronok sangat sebab dah ramai dikalangan dorang ni yang dah mula menghayati teguran aku dulu. Aku ingat lagi, memula dulu ramai yang ntah hapa ntah ambik wuduk, main ikut suka ati jer. Bukak air punyalah kuat....walhal sunnah Rasulullah S.A.W begitu teliti bagi mengelakkan pembaziran. Pastu basuh muka, tangan semua2lah.....tak sempurna langsung. Berbuih gak mulut aku mengomel, itu tak kena...ini tak betul.....siku tak sapu, buku lali tak basah....tumit tak selisih air......tapi tula, kalau dah amik wuduk tak betul, camana solat nak diterima. Entahla, susah nak mendidik 'pucuk-pucuk muda' nie, perlukan kesabaran disebabkan suasana yang mengelilingi mereka. Aku mungkin sanggup habiskan masa ntuk menegur apa-apa yang terjadi depan mata aku sepanjang kelas berlangsung, tapi bila dah sampai ke rumah, pergi skolah, ronda kampung...teguran seharusnya datang dari ahli masyarakat lain waktu itu.

Daripada Abi Ruqayyah bin Aus al-Dariy r.a., bahawa Rasululullah S.A.W. bersabda: "Agama itu merupakan nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Sabda Baginda: Bagi Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin orang Islam dan masyarakat semuanya." (HR Imam Muslim)


Maknanya, agama itu teletak pada nasihat kerana dari sinilah mengandungi taat kepada Allah dan RasulNya, beriman serta beramal dengan kitabNya dan sunnah RasulNya. Dalam ertikata lain, nasihat itu adalah keprihatinan hati terhadap orang yang dinasihati.

Cuma, ada beberapa teguran aku mendapat feedback tak baik dari orang lain. Sorang anak murid tue bagitau pak sedara dia kata aku ajar ajaran sesat. Cis, bertuah punya pak sedara! :) Dah kalau tak tahu tue janganla ikut sedap mulut jer kata aku nie mengajar benda-benda merapu. Walhal, apa yang aku beritahu tue berdalil hadith yang sahih dan hassan. Aku cuma suruh dorang rapatkan saf....bahu bertemu bahu, buku lali bertemu buku lali. Aku suruh dorang elakkan 'korner baring' masa tahiyat akhir waktu solat jemaah supaya tak menindih kaki jemaah lain.....kira bertimbang rasa la. Aku suh dorang hidupkan sunnah2 yang matrukah....yang dah ditinggalkan pun ada gak yang tak puas hati. Tapi, tak berani la pulak nak mai jumpa aku.

Memang, aku sendiri pun banyak lagi yang tak betul. Cuma, bila aku dah tahu, terasa kuat nak kongsi ilmu nie dengan orang2 yang aku sayang; pelajar2 aku nie antaranya. Dan aku pun bukannya akan hidup selama-lamanya......so, sekaranglah masanya untuk meninggalkan ingatan dan kenangan buat yang tercinta di dunia sekaligus mengumpul bekalan ke sana.