Monday, September 15, 2008

FALSAFAH SEORANG DRIVER

Hari ni hari yang ke 17 Ramadhan. Semalam, kat masjid aku ada ceramah sempena Nuzul Quran oleh Ustaz Badrul Amin. Best tue. Tapi, yang 'marvelous' lagi, hari ni orang Selangor cuti.....cuma, yang tak syoknya...aku....dok kat kl. So, kena keje la jawabnya. Apapun alhamdulillah, tak dapat cuti pun takpe la. Mana la tahu, esok2 kalau ada perubahan dalam negara (ai...lain macam jer bunyinya) merasa gak cuti Nuzul Quran nie. :P

Lagipun skang nie, kan tengah heboh satu negara pasal DSAI dah cukup kuota nak ambil alih kerajaan. Kalau tengok berita, Pak Lah habaq tak dak apa-apa pun, depa gebang je lebih. Sebabnya, kalau depa berani habaq la sapa dia MP yang nak lompat parti tu. Aduhai.....Ramadhan tahun nie memang gempaq. Aritu, tunggu gak 169, tapi takde apa-apapun yang berlaku. Ala...dah agak dah pun, kalau ada berlaku seperti yang dicanangkan rasanya 2 3 hari sebelum tue dah riuh dah satu negara. Nie tak, senyap jer....alhamdulillah.....semoga urusan dunia yang berlangsung sekarang dan akan datang tak akan mampu menghalang terbentuknya Daulah Islamiyyah, insyaAllah.

Aku berkesempatan berbual dengan seorang driver Datuk/Dato' kat Dataran Maybank ni. :) Nak buat camana, nak borak ngan datuk, depa tak layan....dengan driver datuk pun kira ok la. Tak bincang isu hangat dan sensasi lagi terkini pun, sekadar mengisi masa yang ada tatkala terserempak kat tengah jalan masa nak balik ke opis. Kalau diikutkan, aku memang selalu sangat bertembung ngan Brother ni....pastu setakat senyum dan bagi salam je. Maklumlah, member driver datuk, senior jauh dari aku yang masih 'muda' nie. Ntah camana ntah, dia boleh stop lak ajak aku layan sembang ngan dia.

Biasalah, orang2 senior nie kalau dah bukak meja, alamatnya bertali-temali la boraknya. Dari satu isu ke satu isu, macam-macam yang dia diskusikan...sampai ke bab-bab peribadi pun dia kasi satu kali goreng sama itu dalam kuali muzakarah. Dalam diam, aku memang 'salute' brother nie sebb ceritanya tak merapu meraban tak tentu hujung pangkal. Benar, dia banyak menceritakan perihal dirinya tetapi atas setiap insiden dan peristiwa yang dilalui, dia pasti akan pulangkan pangkal ceritanya kepada Yang Maha Berkuasa. Aku ingat dengan jelas, bagaimana dia menggambarkan kekesalan dirinya kerana tidak begitu menghargai nikmat muda yang pernah satu ketika dahulu dimilikinya. Katanya lagi, betapa beruntungnya aku kerana pada usia yang separuh hayat Rasulullah S.A.W ini, Allah beri kesempatan buat aku tunaikan segala perintahnya dengan selesa. (Kebetulan aku baru balik dari surau).

Alhamdulillah, beruntung rasanya dengan kesihatan yang baik dan kekuatan yang ada aku diberi taufik olehNya berjemaah di surau. Sedar tak sedar, hampir satu jam aku layan borak ngan dia. Dia pun minta izin nak teruskan kerjanya. Sebelum berpisah, sempat gak dia pesan kat aku tiga perkara yang menjadi pegangan hidupnya bila berurusan dengan manusia. Yang pertama, kebencian orang jangan dibuat. Kedua, kemarahan orang jangan dicari. Yang terakhir, kesukaan orang jangan diambil. Hmmm......

Wednesday, September 10, 2008

INSANKAN INSAN

Hujan turun lagi petang tue. Sejak kalendar Hijrah menjengah Ramadhan, hampir setiap hari langit tumpahkan mutiaranya. Ruang pejabat pun semakin dingin dibuatnya.

"Alamak, hujan lagi!", seorang sahabat bersuara memecah kesunyian tatkala kami sama-sama merenung Jalan Bangsar yang sesak dengan kenderaan.

"Kenapa?", balasku.

"Balik lambat lagila jawabnya. Asyik hujan je sejak Ramadhan ni. Ni dah tentu confirm aku sampai lambat, nak kena jemput orang rumah lagi....hish!" Jawabnya dalam nada bosan.

Aku faham, hujan lebat yang turun sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi rentak hidup manusia, lebih-lebih lagi umat Islam yang berpuasa. Segala perancangan harus dirombak sejurus turunnya hujan. Bagi yang sudah berumahtangga, baik suami mahupun isteri pasti akan saling berhubung buat mengatur semula perjalanan pulang ke rumah. Tak terkecuali mereka yang takde rumah dan tangga, saling berSMS dan bergayut demi mengisi masa terluang.

Hakikatnya, aku pun terkena tempias lewat ni sebab aku balik naik lrt. Bila dah hujan, faham-faham jela kesesakan yang berlaku kat stesennya. Itu yang sound mamat mana ntah ari tue, dah tahu orang ramai naik janganlah sandar kat batang besi tengah tu. Menyusahkan orang lain nak pegang.

Kelmarin, tak pasal-pasal aku lak kena sound kononnya halang orang nak keluar sebab berdiri dekat sangat dengan pintu. Aisey Bro. punyalah luas jalan aku bagi keluar, pun korang 'tembak' gak. Kalau orang lain dah penuh bertolak-tolak depan pintu tu tapi aku leh berdiri statik kat situ selagi orang tak habih. Yang ko bijak sangat tak ikut laluan kosong tu sape suruh. Tapi tula, mulut ni pun leh tahan refleksnya.....laju jer aku tembak balik mamat tue. Nasib baik la dah nak naik tren, kalau tak....memang ada yang cari geruh petang tu, na'uzubillahi min zalik.

"Hujan kan rahmatNya", aku balas perlahan.

"Yela, tapi kalau dah hari-hari hujan, rahmat apanya?" Weh, tajam benar ayatnya. Tak 'filter' langsung. Silap-silap kang kena panah petir la pulak.

"Weh, kalau rahmat Allah pun ko dah rasa menyusahkan, agaknya mesti rasa nak mati kan kalau Allah uji ko dengan penyakit cam demam ker, pening ker, sakit perut ker. Mesti teruk giler hidup ko kan?" Saja je aku hangatkan suasana. Aku tengok dia terkejut, barangkali tak sangka aku cakap camtu.

"Ko ingat, Allah cipta dunia nie untuk ko sorang ker? Semua yang berlaku mesti ikut kehendak ko? Mungkin ko tak perlukan hujan ni tapi mana tahu makhluk Allah yang lain perlukannya." Memang bikin panas betul masa tu. Tapi, aku tak berniat langsung nak bagi dia marah pun. Aku cuma nak luku minda dia supaya jangan ikut sedap mulut jer cakap. Lagipun, sape kita nak mempertikaikan jalan kerja Yang Maha Esa.

Sepatutnya, bila hujan turun, kita panjatkan doa berikut sebagaimana yang diriwayatkan Al-Bukhari maksudnya :

"Ya Allah, turunkan hujan yang bermanfaat (untuk manusia, binatang dan tumbuhan)"

Ini kerana hujan adalah sebahagian dari tanda rahmat Allah untuk semua makhluknya. Justeru, memang sewajarnya kita nikmati pemberian ini dengan gembira. Walaupun begitu, tidak menjadi satu kesalahan pada kita untuk memohon kepada Allah agar rahmatnya itu dialihkan ke tempat lain buat sementara waktu sekiranya kita ingin menjalankan program-program tertentu. Ada kenduri ke, sukaneka ke, sambutan kemerdekaan ker...apa-apa je la....maka bolehlah memohon pada Allah menerusi doa berikut:-

"Ya Allah, hujanilah di sekitar kami, jangan kepada kami. Ya Allah, berilah hujan ke dataran tinggi, beberapa anak bukit, lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pokok" (HR. Al-Bukhari & Muslim)

So, maghrib tue...berbuka la aku di Dataran Maybank dengan segelas milo kosong dan sebiji buah limau. Alhamdulillah, boleh tahan gak 'choco orange' nie. :P

Tuesday, September 9, 2008

KISAH RAMADHAN INI

Ramadhan sudah 10 hari berlalu. Sedar tak sedar jer. Apapun, syukur sebab masih mampu berpuasa dengan izinNya, takde rasa nak demam ker....tak larat ker....harap2nya sihatlah sampai ke penghujung Ramadhan. Keje pun sederhana je dalam bulan puasa ni...masing2 nampaknya lebih banyak melayan blues orang kampung. Maklumlah, oksigen dah makin kurang....so, jalan penyelesaiannya adalah berhibernasi di ceruk rantau yang tak diketahui manusia lainnya. Weh! Tidur memang la ibadah tapi bantai tido waktu keje bukan ibadah namanya, tu dah jadi aktiviti haram jadah. Kat opis ni pun, ada masanya lagu-lagu raya dah mula berkumandang. Aisey....memang tangkap syahdu betul la korang nie. :P

Semalam, aku rancang nak pegi bayar loan kereta kat KL Sentral. Lepas je solat Zohor, terus gerak ke sana tapi sebelum tu, aku gi check duit dulu dalam ATM, nak pastikan betul2 ada duit buat lunaskan hutang bulan nie. Nak dijadikan cerita, sebaik sahaja aku kluar dari pintu kaca Dataran Maybank ni, ada la satu mamat India (dalam lingkungan 20-an) kejar aku dari belakang. Memula konfius gak, sapa dia ni? Nak kata kenal memang tak kenal pun. Aku perati betul-betul, orangnya bermisai, muka cam budak2 skit dengan calit merah melintang kat dahi. Pakaiannya kemas, lengkap dengan aksesori asas seperti jam dan telefon bimbit. Cumanya, raut wajah dia cam ada problem la. Sugul. Tapi takpe, jangan sangka buruk. Aku pun berhenti tunggu dia mampir.

"Abang, sori bang. Saya bukan orang jahat bang. Saya Chandran, saya bukan nak tipu abang. Saya dari Johor bang, saya datang untuk interbiu kat Mid Valley. Tadi saya singgah kat kuil sini (memang ada kuil pun kat depan DM ni) saya pun tak tahu itu tiba-tiba saya punya dompet sama saya punya buku bank dengan duit suma sudah hilang bang, kena curi. Bla...bla....bla.... dan seterusnya dia menyambung cerita manakala aku pula menjadi pendengar setia di bawah terik mentari yang sedang membahang petang tu.

Rupanya, dia punya dompet sama itu beg, satu kali sudah kena curi sama sapa tara tau la. Itu pasalla dia manyak sedih lagi mau pegi interbiu tara wang. Bila dia mau kluar itu wang kalu dari bank, itu officer bank cakap kasi satu kali bikin itu repot polis dulu, lepas itu pegi PJ sana buat ic copy dulu bawa mari sini baru boleh angkat itu wang dari lu punya akaun. Dia sudah pegi itu pendaftaran sana PJ punya tempat, sana punya worang cakap "Macha, lu tarak baca itu notis ka kalu satu kali hilang, itu RM 110 kasi angkat mari baru boleh buat IC". Itu pasal la dia mau minta tolong sama aku angkat mari itu RM 110 kasi pinjam sama dia, nanti dia janji ini petang aaa...sebelum pukul 4.30 itu wang sudah kasi angkat mari kalu bayar sama aku dalam bank punya akaun. Fuh, berapa banyak "angkat mari kalu", ini macam kalu aku pun boleh pening dengar crita ini worang.

Aku pun mendengar dengan penuh perhatian masalahnya, sampai meleleh air mata dia menceritakan insiden yang sedang dilalui. Dia cakap, dia dah minta tolong ramai orang tetapi tak seorang pun yang percaya. Malah, masa dia minta pertolongan dari bangsanya sendiri, dia siap kena marah lagi depan orang ramai. Ish...ish...ish, kesian sungguh aku tengok dia ni. Air mata dia masih lagi tak berhenti merembes. Dia kata, mungkin sebab itulah Tuhan Allah temukan aku dengan dia sebab dia nampak aku nie macam orang yang baik-baik, boleh meminjamkannya RM110. Dia siap tunjuk lagi laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Bangsar. Habihla ditunjukkannya tarikh laporan, alamat rumahnya, no. ic. segalanya yang tercatat kat atas report tu. Siap suruh aku tulis lagi semuanya kalau aku tak percaya kat dia.

Ya Allah, ujian ini seharusnya bagaimana ditangani? Aku bukannya apa, bila mohon pertolongan atas nama Allah ni, bisa lembut hatinya. Namun begitu, Islam tak pernah ajar umatnya jadi orang yang lurus bendul. Wajib guna iman dan akal bila berdepan dengan segala macam buah silat duniawi. Dan aku memang nak tolong dia, sebab berkali-kali katanya dia tak akan sanggup memalukan bangsanya sendiri dengan mengemis sebegini melainkan kerana terdesak. Berkali-kali juga dia menyebut Tuhan Allah untuk meraih bantuan aku, cumanya, pertolongan aku bersulam syarat.

"Abang memang nak tolong." Aku tengok wajah dia kembali berseri dengan senyuman.

"Tetapi, sebelum abang tolong, Chandran kena tolong abang dulu. Boleh?" Naik berkerak balik dahinya yang merah melintang tue.

"Tolong apa bang?" Dia nampak cam 'blur' jer. Agaknya, dia tengah fikir pertolongan apa yang aku nak dari dia kut sebab skang nie yang bermasalahnya dia.

"Camni, tolong ikut abg, kita pegi buat ic Chandran sama-sama, ok?" Aku tengok muka dia berubah, cam berat je nak setuju.

"Oklah bang" Lemah je dia membalas.

Aku pun suruh dia tunggu kat situ sementara aku gi ATM. Selesai keluarkan duit, aku pun terus ke tempat pertemuan tadi. Dari jauh aku nampak dia menunggu dengan penuh sabar.

"Bang, saya kena pegi Mid Valley dulu la bang pasal ada interbiu. Macam nie, abang bagi duit tue biar saya buat sendiri, abang kalau tak percaya boleh ambil saya punya no. telefon, no. ic, alamat rumah kat dalam report polis nie. Nanti sebelum pukul 4.30 nanti abang tengok abang punya bank duit sudah ada itu dalam akaun." Dia mengusulkan idea yang amat bernas, ye la..aku pun tak yah la penat-penat gi teman dia sampai ke PJ sana.

Aku senyum sambil menepuk bahu kanannya. Bukannya apa, aku pun tak mahu menyusahkan diri aku, tapi aku juga tak nak menjadi di kalangan umat Islam yang percaya bulat-bulat setiap kata manusia yang baru kukenali. Aku tak nak nanti bila ditipu, kebodohan aku nie akan dijaja di kalangan mereka, dengan gambaran orang Melayu Muslim ni bongok. Tapi, bukanlah aku nak kata dia nie penipu, cuma aku lebih suka mengambil langkah berjaga-jaga. Biarlah diri terbeban kerana berhati-hati, dari ditipu dek sikap ambil mudah dan tak peduli.

"Chandran, abang bukannya tak percaya tetapi pengalaman menyebabkan kepercayaan abang pada Chandran tak sampai pun 10 peratus. Banyak sangat kisah penipuan berlaku dalam masyarakat kita sekarang ni. Beginilah, kalau betul Chandran perlukan pertolongan abang, selesaikan dulu interbiu tu. Lepas tu, baru kita pergi buat ic. Nah, ambik no. phone abang nie, nanti dah selesai call abang ok".

Aku tutup perbicaraan dengan memberi no. telefon bimbit aku padanya. Dia pun terus kluarkan handsetnya dan masukkan no. aku. Selepas itu, aku dan dia pun berpisah untuk melakukan kerja masing-masing. Sempat juga aku ingatkan dia sekali lagi supaya jangan lupa hubungi aku nanti.

Petangnya, aku lepak di opis menanti panggilan yang tak pasti darinya. Malas juga nak pegi mana-mana sebab takut tak sedar, maklumlah telefon aku ni telefon zaman tok kaduk dulu. Nak beli yang berteknologi canggih manggih ni takde kemampuan. Tapi tula, tunggu punya tunggu punya tunggu (cam iklan la pulak) takde pun dia call. Orang lain pulak yang hubungi aku beritahu berita gembira yang tak disangka-sangka. Berita apa? Adela....berita tentang bertambahnya rezeki, insyaAllah.

Apapun, aku fikir positif jer. Mungkin dia dah jumpa orang yang boleh bantu dia. Orang yang dah pun hulur RM110 kat dia untuk buat ic baru tu, ataupun.....ish, tak yah la fikir bukan-bukan. Kalau pun dia khianat dan penipu, lambat-laun kabus pasti akan hilang sebaik mentari muncul. Yang penting malam nie kena Istikharah, minta petunjuk dariNya tentang berita baik itu.

Tuesday, September 2, 2008

JIWA YANG DITINGGALKAN

Kebosanan memanglah termasuk dalam kelompok musuh utama manusia. Sebabnya, bosan tidak pernah mengajar manusia untuk mencari penyelesaian yang berfaedah. Kebanyakan jiwa yang bosan, akan cenderung untuk menghiasi ruang kosong itu dengan segala macam aktiviti 'lagha'. Jarang benar kita mendengar orang yang berjaya memberitahu 'kebosanan' telah mendorongnya untuk mencipta sejarah. Kalau pun ada yang berkata sedemikian, ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana dia tersilap dalam menggunapakai perkataan bosan itu sendiri buat menterjemahkan apa yang terlintas dalam hati dan fikirannya.

Aku teringat kisah umat Nabi Musa A.S. bilamana mereka ditinggalkan selama 40 hari tatkala Baginda dijemput Allah untuk menerima Kitab Taurat. Sebahagian besar dari mereka dihinggapi rasa bosan dalam menunggu kepulangan Baginda. Bagi mengekang gejolak jiwa yang kekosongan itu, mereka telah melakukan syirik dengan menyembah lembu emas hasil pertukangan dan tempaan Samiri.

Lembu yang dikatakan mampu bereaksi dan berbicara itu telah mengubati jiwa tandus mereka sekaligus menjadi alat perantaraan buat menyembah Rabbul Izzati. Hasilnya, ramai yang telah disesatkan hanya kerana melayani kerenah 'bosan' yang bermaharajalela dalam diri masing-masing.

Sekarang, cuba bayangkan sudah berapa lama Rasulullah S.A.W meninggalkan kita? Sudah 1429 tahun sela masanya dan dalam tempoh itu, kita dapat saksikan pelbagai jenis bentuk dan wajah kekalutan jua kekufuran yang terpacul di khalayak umat Islam darsawarsa ini. Sungguh, ini bukan perkara main-main atau cecehan orang tua nyanyuk yang syok sendiri. Semakin lama semakin jelas ia melimpah dari bejana maksiat yang dulunya tersembunyi di bawah timbunan kota batu ini.

Rata-rata pelaku maksiat ini bila ditanya akan menyalahkan rasa bosan mereka. Bosanlah yang telah menyebabkan mereka untuk lari dari rumah. Bosanlah yang menggamit mereka untuk meneguk arak. Bosanlah yang mendorong mereka untuk merasai kehangatan ranjang. Bosanlah yang membelai nafsu untuk mencuba pelbagai jenis pil khayal buat melupai dunia gelap masing-masing. Bosanlah yang memintal mati tali jihad buat merubah segala macam kekusutan dalam masyarakat.

Penangan bosan ini amat hebat sehinggakan manusia boleh saja menyamakan Islam dengan kepercayaan lain. Sebabnya, bosan melihat tingkahlaku umat Islam yang buruk perilakunya menyebabkan mereka berpendapat Islam dan agama lain sama sahaja. Malah, ada yang bosan dengan peraturan Islam memilih untuk berlepas diri dari berpaut pada tali Allah.

Memang benarlah, jiwa yang ditinggalkan akan sentiasa tercari-cari tempat untuk berteduh. Dan sepanjang pencarian itu, ramai yang tersilap dalam memilih dedaun buat menganyam bumbung rumahnya. Ada yang percaya angkasa raya dunia sudah memadai buat naungan. Mereka rasa bebas berbaring di bawah langit yang terbuka luas tak terbatas daripada berada di dalam rumah yang berdiri atas 5 tiang seri, yang dindingnya dibatasi perasaan malu, yang udaranya ditapis dengan 'ionizer' halalan toyyiban, yang anak tangganya cukup-cukup buat menapak ke ruang utamanya tanpa pembaziran batu marmar dan kayu jati.

Kebosanan itu memang satu penyakit yang menakutkan. Penyakit yang boleh saja bermutasi seiring dengan peralihan tahun dan pacuan masa yang tak pernah berpaling. Kita pula terpaksa menelan hakikat bahawa kecelaruan ini akan terus berlarutan dan merebak persis epidemik yang sukar dibendung. Masalahnya, bukan tiada penawar untuk menyekat penularan ini. Cumanya, kita masih tercari-cari siapakah yang akan merancakkan penggunaannya dimuka bumi ini. Kita masih menunggu golongan manakah yang mampu untuk menyebar luaskan penawar tinggalan Baginda S.A.W sepanjang 1429 tahun ini?

Berbalik kepada diri sendiri, kenapa sering timbul rasa malas untuk mendidik diri? Bilakah agaknya aku yang 'banyak cakap' ini akan berupaya menendang jauh amalan dosa membelenggu jiwa dengan iman yang sejak kebelakangan ini amplitudnya 'fluctuate' meski sudah 31 tahun usianya? Bukankah sepatutnya dengan umur sebegitu, graf lurusnya semakin meningkat? Adakah jiwa aku pun bakal ditinggalkan dek dosa aku sendiri? Na'uzubillahi min zalik.

SYUKUR ALHAMDULILLAH!

Hujung minggu lepas memang memenatkan. Aku ngan odek sibuk kemas bilik bacaan, habis semua barang-barang lama dalam kontena kitorang punggah. Segala macam nota-nota belajar, buku rujukan, karya-karya seni yang dah lama bertakung dalam kotak-kotak aku keluarkan....pastu tapis yang mana masih relevan dengan kehidupan sekarang dan akan datang. Hasilnya, 3 plastik sampah hitam + biru penuh dengan kertas A4 dan komik2 lama yang rasanya dah tiba masa untuk dibakul sampahkan. Punyala asyik mengemas sampai tak sedar dah masuk Zohor.

Petang lepas jemaah Asar, odek tetiba bagi cadangan kluar makan 'western food' kat luar. Ai...ingat aku sorang jer yang terfikir camtu....sekali frekuensi leh sama la pulak. Aku pun setuju je la, sebab memang dah lama sangat kitorang tak makan malam kat luar. Bincang punya bincang, aku set masa lepas maghrib dan lokasinya di sekitar Kampung Pandan. Odek cakap, kawan dia kata kat situ makanan barat dia best. Ok gak tu, tak la jauh sangat dari rumah, apa2 hal boleh singgah rumah Pak Lang sebab dorang pun duduk dekat situ jer.

Selesai solat jemaah Maghrib, aku, odek, anas, mimi dan farhan pun lekas bingkas dan bersiap-siap nak ke sana. Sebelum keluar, aku pesan kat odek suruh pastikan semuanya ok. Lepas tue, kitorang semua pun bertolak ke destinasi yang telah dirancang buat mengisi perut yang dah lama berkeroncong. Alhamdulillah, jalan ok....lancar jer. Tak sampai 10 minit dah pun sampai. Anas dan mimi, dari tadi lagi dah bincang nak minum apa....carrot susu. Farhan lak, tak nak minum apa-apa, cuma nak minum milo ais jer. Tak nak minum apa camtu. Tapi yang pastinya, suma nak makan 'chicken chop'. Aku jer yang lain skit, nak pekena 'grilled chicken' yang sememangnya lama benar tak dijamah. :)

Sampai jer, aku cari 'seat' yang agak selesa berhampiran dengan kipas, juga tidak terlalu dekat dengan jalan raya. Takut pencemaran udara dan bunyi, tapi malam tu kenderaan pun tak banyak sangat. Mungkin sebab masing-masing lepak kat rumah menanti pengumuman berpuasa oleh Penyimpan Mohor Besar. Tadi pun aku terfikir gak, esok puasa ke tak? Odek kata jangan risau, nanti leh 'call' rumah tanya pasal tue. Cumanya, aku rasa cam esok tak jadi puasa lagi....so belanja makan malam nie boleh kira cam nak meraikan kedatangan Ramadhan la. (Pandaila hang).

Sambil-sambil menunggu siapnya makanan yang kitorang 'order' tadi, aku pun bukak majlis malam tue dengan perbincangan mengenai kehadiran Ramadhan. Cerita serba sedikit tentang kelebihannya, nikmat yang mengiringinya dan janji-janji Allah buat mereka yang berjaya sepanjang 'training course' ini. Banyak gak soalan dilontarkan pasal bulan puasa nie, tapi tak semuanya terjawab sebab....makanan + minuman dah pun sampai. Hmmm...sedap betul bau kuah cendawan lada hitam ni!

Alhamdulillah, makanan malam ni memang mengujakan. Mungkin sebab dah lama tak rasa ayam panggang kut. Odek pun setuju ngan aku, cuma dia komen kuah 'chicken chop' tu manis sikit. Alahai odek, makan kuah manis banyak pun takpe, biar senyuman odek bertambah-tambah manisnya. :P

Tengah asyik layan borak ngan dorang semua, tetiba jer muncul mamat 'foreigner' mana ntah depan aku. Lepas bagi salam, dia perkenalkan diri dan terangkan serba-sedikit tentang tujuannya. Aku tengok muka mamat tu dan perhatikan penampilannya. Orangnya kemas, dengan serban yang rapi terlilit dikepala....wajahnya manis dengan senyuman. Aku dah boleh agak dah, nie mesti nak minta derma ikhlas. Kitorang pun berbual panjang tentang diri masing-masing, dia rupanya dari Afghanistan dan datang ke Malaysia bersama rakan-rakannya untuk mengumpul dana buat anak-anak yatim di sana. Dia pun tunjukkan pada aku gambar-gambar saudara-saudara Islam kita yang sedang berjuang meneruskan sisa-sisa kehidupan. Bila aku tanya keadaan terkini, dia katakan peperangan masih lagi berlaku dan tak akan pernah berhenti selagi Amerika dan talibarutnya masih berkampung di negara mereka. Jelasnya lagi, 'anak mata' Kandahar tak pernah tidur.

Entahla, aku bab-bab nie memang cukup tersentuh. Mentelah lagi, melihatkan saudara aku ni meminta atas nama Allah untuk membantu saudara kita di sana. Yang membuatkan aku lagi terharu, bila dia mendoakan semoga aku bisa bertemu Rasulullah S.A.W. atas sadaqah yang aku hulurkan. Pergh.....malulah aku kalau pertolongan tak seberapa ini nak ditukarkan dengan temujanji bersama Baginda. Hakikatnya, tak perlulah merayu aku sedemikian rupa sebab hati aku yakin saudaraku ini tak berbohong. Sebabnya mudah, aku dapat melihat sinar wajahnya yang penuh keazaman, tanda-tanda soleh yang jelas memagari indah penampilannya. Malah odek pun sempat menyampuk, bersih betul kuku jari jemarinya.

Aku pun ajak dia pergi jauh sikit dari khalayak manusia yang semakin memenuhi 'food court'. Entahlah, sebaik puasa diumumkan esok (aku sempat dengar kat tv masa makan tadi) makin ramai pulak orang datang makan kat situ. Nampaknya, malam nie tak sempatla jemaah tarawih kat masjid. Takpe, jumpa brother afghanistan nie pun dah kira peluang baik untuk beribadah. Aku bagi kat dia sumbangan yang aku mampu. Dia tersenyum, sambil mengucapkan terima kasih. Tanpa segan-silu, dia terus memeluk aku sambil melontarkan doa moga aku bahagia dan dapat bertemu Baginda S.A.W kelak. FUh....syahdu betul malam tue. Aku lak dah bertahun-tahun tak pernah kena peluk ngan sesapa pun. Dulu, ada gak arwah abah peluk aku bila dia nampak anak dia ni kusut satu macam jer. Lepas bersalaman, aku pun berpaling melihat odek. Bila aku pusing balik, mamat ni dah hilang entah kemana. Aih....cepat benar dia berjalan, sekejap jer kelibat jubah putihnya tak terjangkau mata mencari? Entahlah, maleh aku nak fikir panjang, terus aku ajak odek dan lainnya balik.

Sepanjang perjalanan, odek bercerita tentang lelaki berjubah tue. Katanya, hati tak rasa terganggu pun dengan kehadiran mamat tue. Bukannya apa, selalunya kalau orang mai mintak derma ni, hati kadang-kadang rasa tak tenang. Macam-macam benda buruk melintas; orang menyamarla, penipu la..itu yang nak periksa semua dokumen yang dia bawak tue. Cuma tadi, tak timbul langsung fikiran negatif dan sangkaan buruk. Aku senyum jer sebab aku pun miliki perasaan yang sama. Aku yakin bangat, dia benar-benar berjihad atas jalan Allah.

Kitorang sampai rumah dalam pukul 9 lebih. Aku tanya farhan, seronok tak malam nie? Dia jawab best sebab dapat makan chicken chop. :P Alhamdulillah, semuanya gembira. Tapi, sebaik saja tiba kat depan rumah....Anas tanya kat odek, "bau apa nie?" Aku tengok muka odek terus cemas, segera dia bukak pagar rumah dan terus berlari masuk. Aku dengar odek sedikit menjerit sebut nama Allah. Aku pun panik gak, cepat-cepat masuk ke dalam. Bau terbakar memenuhi segenap penjuru rumah. Aku tengok muka odek pucat. "Kenapa?" Aku tanya odek...cemas. "Api gas tak tutup". MasyaAllah...tak tutup api gas selama dua jam lebih. Biar betul odek? Bukannya apa, rumah kawan aku dulu terbakar teruk sebab dia terlupa tutup api gas semasa memasak. Itu pun sekejap jer. Dia yang kebetulan ada kat rumah pun boleh jadi insiden buruk tue, apatah lagi yang keluar pi jalan tinggal rumah kosong camtue jer.

Aku tengok dapur. Hangus. Odek kata tadi dia tinggal api besar. Ish.....tak hilang lagi kecut perut memikirkan benda nie. Kat luar angin memang kuat, hari tu pun kuat sangat tiupannya sampai leh tercabut pelapik tingkap kat dapur. Tapi tu la, alhamdulillah....tak jadi apa-apa yang tak baik malam tue. Tak berlaku apa-apa pun yang tak diingini walhal sumber nak mencetuskan kebakaran besar berlambak kat dapur tue. Alhamdulillah ya Allah.....semuanya terselamat dengan izinmu. Terus aku teringat pasal mamat tadi.....alhamdulillah ya Allah.