Monday, June 9, 2008

NILAI KEHIDUPAN (2)

Aku keluar dengan seorang teman, pelajar jurusan psikologi. Kami memang dah lama berkenalan dan berkawan semasa belajar di universiti yang sama. Sambil makan, kami berbual pelbagai isu baik yang dah basi mahupun terkini......tak ketinggalan isu kenaikan harga minyak yang meletup-letup dibahaskan kebelakangan ini.

Kebetulan pulak, mamat sebelah tempat aku makan nie pun tengah berapi-rapi keluarkan hujahnya. Tak cukup dengan 'volume' yang boleh tahan bunyinya, dia perkuatkan lagi segala 'point' dengan bahasa badan ala-ala pendebat yang sedang bertanding. Hampir saja gelas besar 'air buah' rakannya terbalik dek ketidakpuasan hatinya dengan kepimpinan PM sedia ada. :)


Hakikatnya, ramai orang yang tengah panas sekarang ni. Tanyalah....baik dari golongan marhain hinggalah beberapa kelompok korporat, semuanya pasti akan melenting membidas tindakan kerajaan yang menaikkan harga minyak dengan kadar yang tidak waras, meskipun ia beralaskan sebab-sebab yang kononnya munasabah. Ye la....munasabah ke harga terpaksa dinaikkan sedemikian banyaknya sedangkan negara merupakan salah satu pengeluar minyak berkualiti tinggi di dunia.

Analogi mudahnya, seorang bapa merupakan peniaga durian yang berjaya. Biasanya, dia menjual 2 biji durian pada harga RM10.00 sahaja. Takdir Allah, permintaan durian terlalu tinggi dari negara luar...maklumlah, pelancong2 yang mai pakat dok mengidam nak makan durian 'sejuk' kat tempat depa. Nak jadi citer, si bapa ni pun 'up' la durian dia sebiji RM10.00. Fuh, berapa punya untung beta hari ini! Kemudian si bapa ni pun berceritalah pada anaknya tentang harga penjualan durian yang semakin meningkat sekaligus turut melipatgandakan pendapatannya. Si anak mendengar penuh gembira akan perkhabaran baik itu. "Ada masyuk", fikirnya.

"Banyakla untung abah yer?" si anak bertanya.

"Mmmmm.....banyak, kalau nak kira pakai jari mesti tak terjangkau, kena pakai kalkulator ni", si bapa membalas penuh yakin.

"Tapi, tu la Mat (nama anak dia mat :P), disebabkan harga durian nie dah naik, abah terpaksa kurangkan duit perbelanjaan kamu bulan ni dari RM2 kepada RM1", si bapa berkomentar.

Si anak terperanjat. "Eh! Kenapa macam tu pulak abah?", dia musykil dengan penerangan bapanya. Terkial-kial dia memikirkan rumus matematik apa yang bapa dia pakai untuk merasionalkan pengurangan belanjanya dengan kenaikan harga durian.

"Eh kamu ni Mat! Kan harga durian sedunia naik, sebab tula abah kena kurangkan wang saku kamu", si bapa menutup hujahnya dengan alasan paling best di dunia.

So, agak-agaknya, logik ker alasan untuk menaikkan harga minyak sedangkan negara menghasilkan minyak dari perut bumi sendiri. Aku termenung panjang bila fikirkan benda ni. Adakah negara yang aku diami sekarang ini para pemimpinnya tidak memiliki sifat adil dan belas pada kaum kerabatnya.....kita la tu sebagai rakyat.

No comments: