Friday, June 27, 2008

SURAT BUAT PM

Ni surat yang nak di hantar kat PM kita. Bukan saya tulis. Ada lah sorang kawan tu fanatik giler kat PM kita. Dia mintak tolong panjang-panjangkan. Jadi saya post kat sini..


Kepada Pak Lah… PM kesayangan ku

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepade Pak Lah kerana menaikkan rege minyak..
Selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..
Saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yang dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering saja..

Saya sanggup berkorban untuk UMNO dan BN..
Anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan BN..
Saya akan merubah bilik-bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik..
Saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
Rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
Apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. Ade untung 21 sen..
Saya tak pakai pon kete… Sebab bile minyak naik.. Saya kene jual datsun kotak mancis saya.. Dapat gak duit..
Anak-anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah sejauh 5 km..
Walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya…

Buat permulaan untuk merubah kehidupan saya.. Saya tidak akan menggunakan gula… tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot..Saya akan menggantikan beras ngan ubi… Setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)..
Saya akan buat minyak masak sendiri. Itu antara care saya merubah hidup..
Ade banyak lagi care
Semuanya kerna UMNO dan BN..

Dan saya ingin meminta Pak Lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
Bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna orang sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia..
Mungkin Pak Lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
Insya’allah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. Pak Lah tandatangan yerk..!

Jgn lupe Pak Lah.. naikkan lagi rege minyak..
Jgn turun kan gaji menteri-menteri dan tuan penasihat 25%..
Saya tetap akan menyokong Pak Lah..
Kerana Pak Lah saya sanggup buat apa saje..ubah itu,ubah ini..

Akhir kata bior Pak Lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO! hidup BN!..

Sekian terima kasih..

p/s : sampaikan salam saye pade KJ dan Patrik Badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat Scomi..oh lupe pulak, juga pada Ezam. Semoga murah rezeki..

Pecah kaca, pecah gelas,
Sudah baca, harap balas.

Yang Benar,
Peminat a.k.a Penyokong mu

Tuesday, June 24, 2008

BILA HATI BERBICARA (3)


Angin menari perlahan awal petang itu. Hembusannya menyapa gemalai pohon semarak yang meneduhi mereka bertiga. Sesekali, bunga-bunga merah bersulam dedaun hijau muda menghujani alam sekitarnya. Amar mendongak....memerhati sunnatullah yang sedang berlaku di hadapan matanya. Dia akur, kehidupan di dunia terlalu singkat usianya. Kudup bunga yang belum lagi mekar kelopaknya pun bisa tewas pabila disentuh bayu lembut. Subhanallah! Amar menghitung dirinya yang kini sudah berusia 17 tahun. Masih belia, namun itu tidak pernah memberi jaminan bahawa dia terselamat dari jemputan Yang Maha Esa.

Asma masih lagi menanti kata-kata dari Amar. Tadi, Sara dengan beraninya telah berterus-terang perihal masalahnya. Seusai meluahkan segalanya, Sara segera memeluk Asma...buat meredakan tekanan yang telah dilalui.

Sara tunduk menatap limpahan bunga semarak api yang berselerakan di kaki pohonnya. Sempat juga dia mengutip beberapa kuntuman mekar dan menghidu harumannya. Pun begitu, rasa malunya masih tak kunjung padam. Itu tak dikira lagi penyesalan kerana berkongsi episod peribadi kehidupannya dengan si dia yang tak 'berkenaan'. Masalahnya, mulut ini begitu lancar dan petah pula melafazkan segalanya tadi. "Ish....kenapa la aku cerita kat dia?" Sara bermonolog sendiri.

Amar memerhati sekelilingnya. Dia mengutip sekuntum bunga yang terkulai layu berhampiran kakinya. Dia teringat sajak ciptaan T. Alias Talib tentang pokok semarak api yang mentamsilkan jerih perih kehidupan seorang tukang gunting rambut. Gugurnya bunga semarak api kebumi mengambarkan begitu banyaknya harapan yang tidak kesampaian. Kudrat dan kemampuan si tukang gunting detik itu tidak berupaya menjanjikan apa-apa, barangkali dek tersalah percaturan ketika memiliki dua kekayaan; usia muda dan masa lapang. Namun begitu, dia tidak pernah putus asa malah menyandarkan ikhtiarnya pada sepohon semarak api kerana yakin, tidak berubah suatu qadha melainkan dengan suatu qadar.

"Kau suka tak bunga semarak api?"

"Emm..suka jugak....warna merahnya memang cantik, kenapa?" Sara berasa pelik mendengar soalan itu. Dia mencongak di dalam hati, apa kaitan bunga tersebut dengan masalah dirinya.

"Yang mana lebih cantik....yang gugur atau yang masih tergantung di dahannya?"

"Emmm.....rasanya yang di dahan jauh lebih cantik." Sara semakin musykil.

"Yang mana lebih mudah untuk dimiliki dan dinikmati.....yang di bawah atau yang di atas sana?"

"Emmm....tentulah yang di bawah,"

"Walaupun yang di atas lebih indah?"


Sara mengangguk perlahan.

"Nah, kalau begitu...kau beritahulah pada dirinya supaya menilai kembali apa yang telah diputuskan. Jangan sesekali biarkan impian menyesatkan hakikat diri....juga bersyukurlah dengan apa yang ada. Nanti...yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."

Asma tersenyum lebar mendengar penjelasan Amar. Sedari tadi, dia sudah dapat mengagak tujuan soalan-soalan itu dilontarkan. Menerusi analogi yang sesuai dengan persekitaran, ia akan dapat membantu individu yang keliru dalam membuat keputusan sewajarnya.

“Sara macam mana…..setuju?” Asma memulang pertanyaan kepada sahabat baiknya.

Sara mengangkat kepalanya. Dia memandang Amar dan Asma bersilih ganti. Kolam hatinya berkocak, ada riak-riak kerisauan terlakar di permukaannya. Dia sedar, menjawab pertanyaan itu secara jujur akan memakan diri sendiri. Akan tetapi, menipu bukanlah salah satu dari sikap yang wujud dalam dirinya. Baginya, berkata benar sekalipun pahit telah lama subur dan merupakan sebahagian dari sikap yang menunjangi akhlaknya. Dek kerana itulah, dia tidak memiliki ramai kenalan hanya kerana dia tidak mahu berpura-pura dalam menilai seseorang.

Sara mengelus perlahan. Ada nafas keras yang masih tersisa dalam esofagusnya. Dia kembali merenung Amar. Lelaki itu hanya sesekali memandangnya meski pertemuan sudah menghampiri 2 jam lamanya. Amar dilihatnya begitu khusyuk mengunyah gula-gula Mentos sambil memicit-micit bahunya. Dia melempar pandangan ke arah Asma. Teman baiknya inilah yang mencadangkan padanya untuk meminta bantuan Amar.


Dia hairan, bagaimana gadis sebaik Asma boleh bersahabat dengan lelaki yang kasar ini. Yang lebih menghairankan, bagaimana Asma boleh meletakkan sepenuh kepercayaannya pada pelajar lelaki ini yang tidak mendapat tempat di sekolah; baik dari segi akademik mahu pun ko-kurikulum. Mentelah lagi, Amar baru sahaja berpindah ke sekolah mereka awal tahun yang lalu.

“Saya hormati dia sebagai seorang guru sahaja,” Sara memecah kesunyian.

“Kalau macam tu, masalah dah selesailah,” Amar bingkas bangun. Dia mengibas belakang seluarnya dari sisa-sisa daun kering. Sara terkedu. Asma mengerut dahinya.

“Berterus-terang……beritahu dia pendirian Sara yang sebenarnya. Lagipun, itukan sikap Sara yang sebenar? Kenapa dalam hal ini tak jadi diri sendiri?” Amar meneruskan pendapatnya.

“Sara….jangan nak jaga sangat hati dan perasaan orang sehingga prinsip diri tergadai. Dalam hal ini, tak jadi satu kesalahan pun kalau kau utamakan diri sendiri. Malah, kau sepatutnya lebih tahu bila perlunya menghargai orang lain….sebagaimana aku hargai perasaan kau sekarang,” Amar menoktahkan kata-katanya. Setelah berkata sesuatu kepada Asma, dia berlalu begitu sahaja. Sedikit pun tidak berpaling memandang Sara yang masih terkedu.

“Macam tu je nasihatnya,” bisik Sara di dalam hati. Bukan tak pernah didengarnya kata-kata itu dari mulut orang lain, tapi situasi kali ini cukup berbeza kerana penuturnya berjaya menerobos jauh ke dalam hatinya. Bahkan, dengan sekali pertemuan sahaja Amar berjaya meneka sikapnya yang sebenar. Memang dia seorang yang istimewa!

Monday, June 16, 2008

SAHABAT SMAKL

Ini kali kedua aku jumpa Muzir. Lokasinya masih lagi Dataran Maybank. Kali pertama, aku jumpa dia pun kat tempat yang sama selepas balik dari klinik kat KL Sentral..masa tu baru nak mula demam selsema. Cuma, kali ni dia datang dengan Abi....ada hal berkaitan ETIQA takaful kenderaan. Fuh, masing2... sihat-sihat belaka, termasuklah aku. :P Alhamdulillah, tak sangka masih lagi berpeluang bertemu sahabat2 SMAKL yang sememangnya dah lama terputus hubungan. Mmmm...kalau dihitung secara kasar..adala dalam...erk! hampir 15 tahun. Memang lama benar tak jumpa, sebab dorang berdua nie kluar dari SMAKL ke MRSM selepas habih SRP. Aku dan 8 orang lagi jer yang teruskan persekolahan kat SMAKL sampai selesai SPM.

Yang pasti, masing-masing dah berkerjaya. Juga punya cerita kehidupan yang tersendiri. Abi, sekarang bekerja sebagai Software Consultant..semestinya dia tu banyak 'berperang' dengan diri sendiri...sebab keje consultant nie aku rasa ada waktunya suka tak suka terpaksa ikut telunjuk klien. Muzir lak, dari seorang Engineer kepada Financial Advisor Takaful Ikhlas...dia nie bukan setakat berperang dengan diri sendiri jer...siap bertempur 'baling bom' dengan klien pun mesti ada punya. Aku? Cam besala.....curah idea 'syok sendiri' kat dalam blog nie...

Banyak gak yang kitorang bualkan, tapi jalan ceritanya banyak berkisar tentang sahabat-sahabat yang lain. Masing-masing saling men'update'kan berita terkini member-member yang pernah ketemu sebelum ni....dia tu keje nie, dia nie anak banyak tue, mamat tue buat bisnes nie, mamat nie keje kat situ....bila difikir-fikirkan, alangkah seronoknya kalau ukhwah yang terbina dulunya masih segar dan berkekalan sehingga kini. Tentunya jaringan masyarakat Islam yang lahir dari SMAKL itu sendiri dapat mewujudkan satu konsortium atau dewan perniagaan Islam yang jitu (ceh! berangan jauh nampak). Paling-paling kurang pun, tertubuhnya Alumni yang kemungkinan besar dapat menyumbang sesuatu pada pembangunan Islam.

Tetapi, kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh ditetapkan perjalanannya. Kita hanya mampu menstrukturkan sahaja......manakala hasilnya pula sudah pasti tak akan dapat mengikut spesifikasi yang telah ditentu ukurkan oleh insan. Pun begitu, mencapai 80 ke 90 peratus perencanaan itu sudah amat memadai. Sebab itulah, seerat dan semesra mana pun persahabatan yang dibina dulu, pasti tak akan dapat dikekalkan sepenuhnya. Cukup hisabnya, masing-masing tanpa sedar akan melebarkan jarak perhubungan yang kononnya tak akan putus. Mungkin awalnya dulu, masing-masing yang pernah bergelar 'teman baik/sejati' akan saling menghubungi dan berkirim khabar. Namun, bila beban dan tanggungjawab berubah, ditambah pula dengan peralihan fasa kehidupan dek faktor usia dan status kehidupan....apa yang tinggal hanyalah cebisan kenangan yang beku dalam minda bawah sedar.

Itu sesuatu yang pasti.....sebab......sejumlah mana pun mereka yang bergelar sahabat, hanya yang Allah takdirkan, samada menerusi ikhtiar sendiri atau kebetulan sahaja yang akan terus kekal sebagai sahabat. Kalau dikira sepanjang berpuluh tahun kehidupan ini, rasanya dah beribu orang yang aku berkawan, tapi yang masih berada di sisi tak sampai berapa orang pun. Itu tak 'filter' lagi antara benar dan palsu, ikhlas dan bermuka-muka, baik dan 'sengal'.....macam-macam lagi lah. Pendekata, yang sentiasa menempel kita saat ini belum tentu sahabat yang boleh menjadi cermin buat diri mengetahui keaiban sendiri.

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda:"Seorang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain. Dan seorang Mukmin adalah saudara kepada Mukmin yang lain." (HR. Abu Daud dan Al-Bukhari)

Pun begitu, aku bersyukur pada Allah sebab masih memberi peluang dalam melalui usia separa emas ni, dapat juga bertemu mereka yang pernah mewarnai kehidupan satu masa dulu. Setidak-tidaknya, ada juga penduduk dunia ini yang masih mengingati diri serta mampu bergelak ketawa atas perilaku 'nakal' dan 'sengal' yang telah terkunci rapat dalam minda aku ni sepanjang 15 tahun lepas.

Bertemu dan mengurai kembali tenunan sejarah lewat usia remaja dulu bersama Muzir dan Abi hanya mengingatkan aku pada seorang sahabat baik yang dah lama benar tak dijengah khabarnya. Rasa bersalah kerana telah melupakan insan itu yang telah mengorbankan kepentingan dirinya untuk aku semata. Aku sebenarnya amat beruntung, kerana pada saat aku merasakan sukarnya bertemu sahabat sejati, Allah kurniakan dia buat aku.

Daripada Abdullah bin Amr R.A., Nabi S.A.W bersabda:"Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya." (HR. Ahmad dan AL-Tirmizi)

Dan aku amat bersyukur, kerana sepanjang kehidupan di dunia ini.....akhirnya bertemu juga aku dengan seorang sahabat sejati bernama Rahman yang telah banyak membantu aku tatkala dunia serasa menghimpit diri ini dengan fitnahnya. Semoga Allah akan menemukan aku lagi dengan sahabat sepertinya....agar kematian aku esok tidaklah sepi dan sunyi.....dan semoga ada yang sudi mengenang 'keelokan' diri ini sejurus fana kelak. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Wednesday, June 11, 2008

WASTE OF LOVE

There was a blind girl who hated herself just because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend.

He was always there for her. She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend.


One day, someone donated a pair of eyes to her and then she could see everything, including her boyfriend. Her boyfriend asked her, "Now that you can see the world, will you marry me?" The girl was shocked when she saw that her boyfriend was also blind too and refused to marry him.

Her boyfriend walked away in tears and later wrote a letter to her saying, "JUST TAKE CARE OF MY EYES PLEASE."

This is how humans change when their status changes. Only few remember what life was before, and who has always been there in the most painful situations.

MY F.A.M.I.L.Y

F A M I L Y

I ran into a stranger as he passed by,

"Oh excuse me please" was my reply.

He said, "Please excuse me too; I wasn't watching for you."

We were very polite, this stranger and I.

We went on our way and we said goodbye.

But at home a different story is told,

How we treat our loved ones, young and old.

Later that day, cooking the evening meal, my son stood beside me very still.

When I turned, I nearly knocked him down.

"Move out of the way," I said with a frown.

He walked away, his little heart broken. I didn't realize how harshly I'd spoken.

While I lay awake in bed, God's still small voice came to me and said,

"While dealing with a stranger, common courtesy you use, but the family you love, you seem to abuse.

Go and look on the kitchen floor, You'll find some flowers there by the door. Those are the flowers he brought for you.

He picked them himself: pink, yellow and blue.

He stood very quietly not to spoil the surprise, you never saw the tears that filled his little eyes.

By this time, I felt very small, and now my tears began to fall.

I quietly went and knelt by his bed; "Wake up, little one, wake up," I said.

"Are these the flowers you picked for me?"

He smiled, "I found 'em, out by the tree. I picked 'em because they're pretty like you.

I knew you'd like 'em, especially the blue."

I said, "Son, I'm very sorry for the way I acted today; I shouldn't have yelled at you that way."

He said, "Oh, Mom, that's okay. I love you anyway."

I said, "Son, I love you too, and I do like the flowers, especially the blue."

FAMILY Are you aware that if we died tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days.

But the family we left behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than into our own family, an unwise investment indeed, don't you think?

So what is behind the story? Do you know what the word FAMILY means?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Tuesday, June 10, 2008

TOLONGLAH BERSYUKUR!


Aku memang pantang benar kalau melihat perbuatan di bawah:-

1. Bila makan, tak kisahla nasi ke bubur ke laksa ke, mesti tak habis.

2. Bila minum air mesti tinggal tak sikit....separuh.

3. Bila basuh tangan, sementara nak cari sabun mesti tak tutup pili.

4. Bila habih makan, mesti tuang air skit dalam pinggan....tak nak kering rezeki alasannya.

5. Bila amik wuduk, mesti bukak paip kuat2 macam nak cuci jamban.

6. Bila dah habih makan, mesti hisap rokok.

7. Bila kencing, pegi kencing kat tempat kencing berdiri pastu tak pam pulak.

8. Bila buang air besar, langsung takde hati perut nak bersihkan sisa-sisa basuhannya apatah lagi nak pam bahan buangan sendiri.

Aku bukannya tak suka kerana aku rasa diri aku bagus, tidak sama sekali. Mohon Allah lindung dari perasaan ujub tu. Tetapi aku jadi menyampah dan benci pada puak-puak nie sebab mereka tak ada sifat bersyukur. Dunia sebelah sini, Malaysia umpamanya telah dikurniakan kekayaan yang terlalu banyak sedangkan kalau melihat dan membaca berita-berita dunia, nun dipelusuk lainnya ada yang menjalani kehidupan dalam keadaan yang cukup memeritkan. Di Sudan, Afrika, Myanmar, China, pelbagai lagi....rakyatnya diuji Allah dengan ujian yang rasanya tidak pernah lagi dilalui oleh kita di sini.

Selalu aku lihat, malah di kalangan member2 sekerja, ada yang kalau makan tu belinya macam tak makan sehari, tapi bila mentedarah tak habih la pulak. Sama la nasib air yang menyulami makanannya.....kalau tak sikit mesti separuh tinggal macam tu jer, agaknya depa nie ingat ada kutu merempat mana nanti kut mai perabih. :P

Tak faham aku dengan sikap syaitan dorang ni! Baru-baru ni, aku dapat satu emel bersamanya gambar-gambar sisi kehidupan masyarakat dunia yang kebuluran dan ditimpa bencana alam. Nak menangis dibuatnya...eh....dah menangis pun. Sedih, cukup sedih bila melihat kanak-kanak yang minum dan mandi dari air kencing binatang, melihat mereka yang kurus 'kerangka' (ada ke perkataan ni?) terlepek tinggal kulit di sisi ibu yang tak jemu-jemu membasahkan kulit mereka dari kekeringan. Sedangkan kita kat sini, makan bermewah-mewahan, tak main la makan kat kantin, kurang-kurang Gloria's Jean. Hampeh! Dah la tak habih, entah halal ke tidak mentedarah kat situ.

Aku ingat lagi, kawan aku yang ambil jurusan psikologi ni pernah beritahu....antara kaedah mengenal seseorang itu adalah dengan melihat cara dia makan. Kalaulah dia tak berupaya menghabiskan makanan yang dia teringin sangat nak makan, yang diambil dengan tangannya sendiri dan dipilih mengikut nafsunya......maknanya dia tidak mengenali dirinya sendiri. (Tolak kemungkinan dia sakit atau tetiba hilang selera makan lepas jumpa lipas)

Itu pembaziran yang berlaku pada makanan puak-puak firaun ni (aku kelaskan dorang dalam kelompok nie sbb golongan firaun jer yang mengamalkan pembaziran dalam hidup dorang) belum lagi pembaziran yang dilakukan oleh ahli ibadah. Dari satu sudut, ketekunan dan kesungguhan menyembah Allah memang 'cantik' tapi awal-awal lagi dah kantoi.

Cuba bayangkan, masa nak ambil wuduk, buka paip punyala besar. Air mencurah-curah keluar sampaikan tempiasnya leh kena kat orang yang tengah beratur tunggu giliran. Tengah2 sedap basuh tu ada lak incoming call. Aisey, tak kisahlah kalau nak jawab call tu tapi tolonglah tutup paip tu dulu. Yang buat aku lagi angin, yang dah 'otai' pulak buat perangai budak-budak nie. Kalau sebaya memang aku dah tegur dah. Pelikla, dorang nie takde rasa sayang ke pada air yang mengalir lalu begitu sahaja. Mentang-mentang la air murah, agaknya kalau harga macam minyak baru timbul iltizam nak berpada-pada guna nikmat Allah tu.

Anas bin Malik R.A berkata,“Rasulullah S.A.W berwudhu dengan satu mud dan mandi dengan satu sha’ hingga lima mud” (HR. al Bukhari no. 201 dan Muslim no. 325)

Dorang tak tahu ke yang Rasulullah berwuduk satu mud jer? Satu mud kira sama ngan 750 ml air la dalam bahasa sekarang nie. Paling senang lagi, round off je ke 1 liter air bersamaan satu botol mineral water sederhana. Bayangkan betapa cermatnya Baginda menikmati kurniaan Allah? Bila aku cakap camnie, ada lak yang balas zaman Baginda air tak banyak, so kenala jimat cermat. Astaghfirullah! Memang Yahudi betul korang nie, bagi pendapat macam Bani Israil berhujah dengan para nabi dorang.

Yang lain-lain tue, maleh la aku nak komen lebih-lebih. Hari tue aku tegur mamat Muslim nie kencing berdiri, tak de rasa malu langsung. Alhamdulillah, dia terima teguran dengan hati terbuka. Aku pun dah tak pernah terserempak dia tunaikan hajat macam tu lagi. Yang hisap rokok tak haih-habih lak, toksahla komplen pasal minyak mahal. Berhenti dulu perabih duit beli benda haram tu, baru boleh gebang pasal isu nie. Harapan aku, semoga satu masa nanti rokok nie dapat diharamkan terus kerana ikatannya 'terlalu amat rapat' dengan pengukuhan ekonomi negara haram Yahudi dari dulu hingga kini.

Firman Allah S.W.T,
"Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur" (Surah al-Hajj:38)

NILAI KEHIDUPAN (3)


Aku tengok TV minggu lepas, rancangan Exchange... pasal perbincangan tentang kenaikan harga minyak yang ditimbal balik dengan subsidi kepada sektor-sektor lain bagi mengurangkan beban rakyat. Menteri yang berkenaan, telah berusaha sebaik mungkin untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukan. Aku punya pendapat, kalaula dia boleh melihat kekalutannya menerangkan setiap isu yang dibangkitkan, rasanya dia pun pasti malu menonton keletahnya yang tidak telus dalam memberi jawapan.

Seorang panel lagi, pakar ekonomi dan pelaburan kelihatannya seperti malas-malas jer nak memberi pandangan kerana hakikatnya jawapan yang diberi pasti menemukan dia kepada satu kesimpulan, kenaikan minyak negara dek pasaran global hanya menyusahkan rakyat. Hinggakan pada satu ketika, si menteri memberi jawapan bahawa isu tentang penderitaan yang akan menimpa segenap golongan rakyat dek perkembangan terkini dan tiba-tiba itu adalah isu yang berbeza dengan topik yang sedang dibincangkan. Berbeza? Betul ker ini jawapan dari seorang menteri yang berpandangan luas sepertinya? Aku jadi keliru yang amat sangat bila dia cuba mengasingkan isi dan kulit dalam proses kehidupan yang sedang berlangsung penuh dramatik sekarang ni.

Mana taknya, pergantungan kepada bahan api bukan kehendak tetapi lebih kepada keperluan yang mana tidak boleh tidak akan mempengaruhi taraf sosial masyarakat Malaysia. Tubuh ini telah terlalu lama dilapisi dengannya hinggakan isi badan kita secara tidak langsung akan disakiti bila lapisan kulit ini dihiris secara langsung atau tidak. Maknanya, faktor intrinsik (dalaman) dan ekstrinsik (luaran) yang melingkari kondisi 'emas hitam' itu pasti akan turut mempengaruhi kekuatan ekonomi setiap rakyat.

Jauh dalam hati, tatkala menulis ini adalah perasaan geram yang sedang bergumpal-gumpal dengan kejelekan pada pemikiran-pemikiran 'simple yet annoying' hasil lontaran beberapa orang golongan 'aristokrat' kerajaan. Amboi! Beras naik...kurang makan beras...kawal perbelanjaan. Minyak naik, korang nak suruh kurang pakai minyak gak? Suruh naik pengangkutan awam yang tak efisien langsung.....yang letak duduknya pada tahap ntah keberapa ntah dalam dunia? Dei! Mana letaknya akal bernas anda wahai bapak2 menteri, wahai pakar2 ekonomi? Anda sememangnya bukanlah pemimpin berjiwa rakyat seperti Umar Al-Khattab, yang sentiasa responsif atas segala keluh-kesah rakyat, yang jaganya lebih dari tidur dek memikirkan kemaslahatan rakyat.

Sepatutnya, kurangkan dahulu perbelanjaan anda semua wahai golongan yang diberi mandat memimpin. Kamu tak lain hanyalah 'ajir' bukannya 'amir'. Kamu adalah golongan yang diberi upah untuk memimpin dan mentadbir kami semua ke arah memakmurkan negara serta melestarikannya. Namun, kesempitan hidup dan penderitaan yang terpamer di wajah rakyat tak akan berjaya menerobos hati yang sememangnya batu kerana kelompok kamu lebih pandai dalam memikirkan cara2 memenuhi tembolok masing-masing dengan harta yang sebenarnya tak berguna satu sen pun di akhirat sana.

Tak apa, berseronoklah sekarang ini dengan membeli-belah di London, bertransit dari satu negara kenegara lainnya atas nama lawatan, mengadakan pelbagai majlis dan keraian di kediaman sendiri, silalah habiskan semua wang peruntukan untuk mengadakan program, nyanyian dan kebudayaan dan fesyen di'mahligai' anda.....silakan, silakan. Aku yakin.......Allah Maha Adil lagi Maha Mendengar. :)

Monday, June 9, 2008

NILAI KEHIDUPAN (2)

Aku keluar dengan seorang teman, pelajar jurusan psikologi. Kami memang dah lama berkenalan dan berkawan semasa belajar di universiti yang sama. Sambil makan, kami berbual pelbagai isu baik yang dah basi mahupun terkini......tak ketinggalan isu kenaikan harga minyak yang meletup-letup dibahaskan kebelakangan ini.

Kebetulan pulak, mamat sebelah tempat aku makan nie pun tengah berapi-rapi keluarkan hujahnya. Tak cukup dengan 'volume' yang boleh tahan bunyinya, dia perkuatkan lagi segala 'point' dengan bahasa badan ala-ala pendebat yang sedang bertanding. Hampir saja gelas besar 'air buah' rakannya terbalik dek ketidakpuasan hatinya dengan kepimpinan PM sedia ada. :)


Hakikatnya, ramai orang yang tengah panas sekarang ni. Tanyalah....baik dari golongan marhain hinggalah beberapa kelompok korporat, semuanya pasti akan melenting membidas tindakan kerajaan yang menaikkan harga minyak dengan kadar yang tidak waras, meskipun ia beralaskan sebab-sebab yang kononnya munasabah. Ye la....munasabah ke harga terpaksa dinaikkan sedemikian banyaknya sedangkan negara merupakan salah satu pengeluar minyak berkualiti tinggi di dunia.

Analogi mudahnya, seorang bapa merupakan peniaga durian yang berjaya. Biasanya, dia menjual 2 biji durian pada harga RM10.00 sahaja. Takdir Allah, permintaan durian terlalu tinggi dari negara luar...maklumlah, pelancong2 yang mai pakat dok mengidam nak makan durian 'sejuk' kat tempat depa. Nak jadi citer, si bapa ni pun 'up' la durian dia sebiji RM10.00. Fuh, berapa punya untung beta hari ini! Kemudian si bapa ni pun berceritalah pada anaknya tentang harga penjualan durian yang semakin meningkat sekaligus turut melipatgandakan pendapatannya. Si anak mendengar penuh gembira akan perkhabaran baik itu. "Ada masyuk", fikirnya.

"Banyakla untung abah yer?" si anak bertanya.

"Mmmmm.....banyak, kalau nak kira pakai jari mesti tak terjangkau, kena pakai kalkulator ni", si bapa membalas penuh yakin.

"Tapi, tu la Mat (nama anak dia mat :P), disebabkan harga durian nie dah naik, abah terpaksa kurangkan duit perbelanjaan kamu bulan ni dari RM2 kepada RM1", si bapa berkomentar.

Si anak terperanjat. "Eh! Kenapa macam tu pulak abah?", dia musykil dengan penerangan bapanya. Terkial-kial dia memikirkan rumus matematik apa yang bapa dia pakai untuk merasionalkan pengurangan belanjanya dengan kenaikan harga durian.

"Eh kamu ni Mat! Kan harga durian sedunia naik, sebab tula abah kena kurangkan wang saku kamu", si bapa menutup hujahnya dengan alasan paling best di dunia.

So, agak-agaknya, logik ker alasan untuk menaikkan harga minyak sedangkan negara menghasilkan minyak dari perut bumi sendiri. Aku termenung panjang bila fikirkan benda ni. Adakah negara yang aku diami sekarang ini para pemimpinnya tidak memiliki sifat adil dan belas pada kaum kerabatnya.....kita la tu sebagai rakyat.