Thursday, May 8, 2008

YA USTAZ! (3)

Alhamdulillah! Kelas habis lebih awal dari biasa dek kerjasama para pelajar. Sebaik sahaja aku arahkan mereka persiapkan diri untuk solat, semuanya bersegera kemas barang dan ambil wuduk tanpa lengah. Sementara menunggu yang lain sempurnakan wuduk, aku sempat berbual ngan beberapa orang pelajar. Macam-macam soalan dorang tanya.....dari soal ibadah hinggalah kepada masalah 'personal'. Ish..cam guru kauseling la pulak aku nie.

Apapun aku rasa seronok sangat sebab dah ramai dikalangan dorang ni yang dah mula menghayati teguran aku dulu. Aku ingat lagi, memula dulu ramai yang ntah hapa ntah ambik wuduk, main ikut suka ati jer. Bukak air punyalah kuat....walhal sunnah Rasulullah S.A.W begitu teliti bagi mengelakkan pembaziran. Pastu basuh muka, tangan semua2lah.....tak sempurna langsung. Berbuih gak mulut aku mengomel, itu tak kena...ini tak betul.....siku tak sapu, buku lali tak basah....tumit tak selisih air......tapi tula, kalau dah amik wuduk tak betul, camana solat nak diterima. Entahla, susah nak mendidik 'pucuk-pucuk muda' nie, perlukan kesabaran disebabkan suasana yang mengelilingi mereka. Aku mungkin sanggup habiskan masa ntuk menegur apa-apa yang terjadi depan mata aku sepanjang kelas berlangsung, tapi bila dah sampai ke rumah, pergi skolah, ronda kampung...teguran seharusnya datang dari ahli masyarakat lain waktu itu.

Daripada Abi Ruqayyah bin Aus al-Dariy r.a., bahawa Rasululullah S.A.W. bersabda: "Agama itu merupakan nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Sabda Baginda: Bagi Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin orang Islam dan masyarakat semuanya." (HR Imam Muslim)


Maknanya, agama itu teletak pada nasihat kerana dari sinilah mengandungi taat kepada Allah dan RasulNya, beriman serta beramal dengan kitabNya dan sunnah RasulNya. Dalam ertikata lain, nasihat itu adalah keprihatinan hati terhadap orang yang dinasihati.

Cuma, ada beberapa teguran aku mendapat feedback tak baik dari orang lain. Sorang anak murid tue bagitau pak sedara dia kata aku ajar ajaran sesat. Cis, bertuah punya pak sedara! :) Dah kalau tak tahu tue janganla ikut sedap mulut jer kata aku nie mengajar benda-benda merapu. Walhal, apa yang aku beritahu tue berdalil hadith yang sahih dan hassan. Aku cuma suruh dorang rapatkan saf....bahu bertemu bahu, buku lali bertemu buku lali. Aku suruh dorang elakkan 'korner baring' masa tahiyat akhir waktu solat jemaah supaya tak menindih kaki jemaah lain.....kira bertimbang rasa la. Aku suh dorang hidupkan sunnah2 yang matrukah....yang dah ditinggalkan pun ada gak yang tak puas hati. Tapi, tak berani la pulak nak mai jumpa aku.

Memang, aku sendiri pun banyak lagi yang tak betul. Cuma, bila aku dah tahu, terasa kuat nak kongsi ilmu nie dengan orang2 yang aku sayang; pelajar2 aku nie antaranya. Dan aku pun bukannya akan hidup selama-lamanya......so, sekaranglah masanya untuk meninggalkan ingatan dan kenangan buat yang tercinta di dunia sekaligus mengumpul bekalan ke sana.

No comments: