Tuesday, February 12, 2008

CINTA PANDANG PERTAMA KE-2

Semalam, Bro. Man telefon, ajak 'hanging' kat tempat biasa. Mulanya, malas juga sebab baru je sampai + banyak keje nak dibuat. Tetapi....dia berkeras juga nak jumpa; hidup mati punya kes katanya. Mmmmmm......takpela, kalau dah melibatkan nyawa ni, memang tak patut aku biarkan. Lagipun, aku dah tahu dah apa benda yang dia nak bincangkan sesangat nie.... memang boleh bawa 'mati' kalau tak ditangani sebaik mungkin :P

Daripada Nu'man bin Basyir R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: "Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling mencintai samalah seperti anggota tubuh tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam." (HR. Al-Bukhari & Ahmad)

"Camana.......apa pendapat mie?" Soalnya sebaik sahaja kami selesai pesan makanan + minuman.

"Apa pendapat abang?" Soalku semula.

"Macam yang abang sebutkan sebelum ni, abang memang sukakan dia. Apa orang cakap...cinta pandang pertama ke-2, ke... cinta pandang kedua....tak kisahla mana satu. Abang tak main-main, memang itulah harapan abang masa mula-mula jumpa dia dulu. Mungkin dulu...dia tak berminat, tapi...yelah, mungkin sebab dia melihat kesungguhan abang....kasih sayang abang."

Aku senyum je bila dengar bab ni. Nak tergelak sebenarnya bila seorang yang sebaya arwah abah aku bercerita tentang 'kasih sayang'nya pada seorang gadis perawan 20an. Entahlah....aku memang tahu dari dulu lagi dia sukakan gadis ni. Dia +++ yang kebetulan bekerja di syarikat milik Bro. Man nie merupakan graduan universiti...sekarang nie tengah sambung belajar Master sambil bekerja. Bro. Man ni pulak bukan calang-calang orang, ahli perniagaan yang ada firma guaman sendiri, kilang makanan, restoran dan mcm2 lagi. Pendekata, dia ada empayar sendiri yang boleh dibanggakan. Selain daripada itu, Bro. Man ni juga rajin kluar tabligh. Dari usia mudanya hinggalah sekarang, kerap benar dia terlibat dalam kegiatan dakwah nie.....

Dari satu sudut, aku kagum melihat kesungguhannya memartabatkan Islam. Buktinya, isteri dan anak-anaknya benar-benar terdidik dalam mensyiarkan tuntutan Islam....yang perempuan semuanya bertudung labuh malah ada yang berpurdah...yang lelakinya, rajin turut serta program-program dakwah yang dianjurkan. Alhamdulillahillazi arsala rasulahu bilhuda wadinilhak. Memang aku kagum....

Tetapi....kekaguman aku sedikit tergugat bilamana mengetahui keinginannya untuk berkahwin seorang lagi. Opsss! Untuk pengetahuan, aku bukannya anti-poligami ok......aku tak akan sama sekali menolak poligami kerana ia sememangnya dibenarkan oleh Allah. Bahkan, jika ada mana-mana Muslim Mukmin yang berani menafikannya, dia sebenarnya telah mengisytiharkan perang dengan Allah.

"Saya tak rasa ia satu kesalahan pada sesiapa untuk berpoligami, termasuklah abang. Kalau tengok dari segi zahir, abang lebih dari mampu. Tetapi, abang kena ingat....mencari isteri kedua jauh lebih susah dari mengenali isteri pertama." Dia mengangguk perlahan. Dari gerakan kepalanya, aku tahu dia kurang bersetuju dengan kata-kata aku.

No comments: