Tuesday, December 11, 2007

BELAIAN JIWA MUKMIN

Pagi itu, mentari membias cahayanya seusai rintik hujan membasahi bumi. Kicauan burung rancak berirama memuji Yang Maha Esa atas rahmatNya yang masih memberi kesempatan buat mereka berterbangan mencari rezeki. Shahida, gadis manis lewat 20-an masih terpaku menatap langit dunia yang pegun dilayari biru laut tak bertepi.

Dari celahan hangat nafasnya yang terhela, dia merenung jauh ke ruang masa yang telah berlalu, mengimbau kenangan yang membuat dirinya sentiasa bermandi kesedihan dan kekecewaan. "Lelaki semuanya sama!", getus jiwa laranya. Tiba-tiba, kedengaran telefon bimbitnya berirama rancak. Dia faham benar, ada SMS yang diterima. Dia merenung penuh geram pada alat yang dahulunya penuh madah-madah berbunga cinta. Namun, dalam langkah penuh longlai, dia berusaha juga membaca mesej yang diterimanya itu:-


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda: "Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya."(HR al-Bukhari)

Shahida tersentak. Serasa dingin nafas yang menerjah masuk kerongga paru-parunya waktu itu. Dibirai matanya, tergenang air mata yang seharusnya sejak dulu dihamburkan padaNya. Betapa selama ini dia tersilap dalam menilai ujian yang datang bertamu. Dia sepatutnya berusaha memikirkan hikmah disebalik dugaan yang diterimanya daripada mendendami manusia bernama LELAKI.

"Mungkin dia bukan yang terbaik buatku", Shahida menelan nafas paling dalam seraya menolak cermin tingkap ke sisi. Renungannya jauh melampaui Bukit Permai dihadapannya. Kali ini dia tersenyum, senyuman yang penuh dengan keinsafan. Keinsafan bahawa Allah amat menyayanginya; dan sungguh-sungguh dia bermunajat dalam hati sambil merenung langit yang telah dihiasi pelangi entah sejak bila.

Itulah kehidupan manusia, sentiasa terduga dan diduga. Namun demikian, manusia yang mengakui dirinya Muslim Mukmin tidak sepatutnya melarikan diri dari berdepan dengan masalah tersebut.

Seperti Shahida, meski terhimpit dengan masalah cinta, dia beruntung kerana dikurniakan sahabat-sahabat baik yang tak lelah mengiriminya kata-kata perangsang dan motivasi seperti di atas. Percayakah anda, sebaris kata-kata yang lahir dari hati yang ikhlas bisa merubah perspektif dan halatuju kehidupan manusia lain?

Menyedari hakikat itu,
"BELAIAN JIWA MUKMIN" ditubuhkan bertujuan memberi harapan, semangat dan motivasi kepada setiap umat Islam. Ia merupakan satu perkhidmatan SMS yang baru dilancarkan pada 12 Disember 2007 dan sesuai dengan frasa yang telah diberikan, kata-kata motivasi dan perangsang ini keseluruhannya bersumberkan Firman Allah Subhanahu Wata'ala, Hadith Rasulullah S.A.W, Nasihat Para Sahabat Nabi Radiallahu'anhum, Pesanan Para Ulama Muktabar serta Tokoh-Tokoh yang dihormati.

Menerusinya, umat Islam boleh melanggan perkhidmatan ini atas pelbagai sebab yang baik seperti:-

1) Ingin mengisi kehidupan harian dengan membaca mesej-mesej yang memperkasa jiwa.

2) Ingin menambah ilmu pengetahuan bersumberkan Al-Quran dan Hadith.

3) Ingin memberi sokongan dan bimbingan kepada mereka yang tersayang.

4) Ingin membina kekuatan rohani agar segala dugaan hidup diterima seadanya.

Mulanya, sukar juga untuk meletakkan harga langganan yang sesuai untuk perkhidmatan yang bakal ditawarkan ini. Apatah lagi, mengiringi perkhidmatan ini adalah tanggungjawab dan amanah dalam memastikan ia sama nilai dengan harga yang telah dibayar. Namun, dengan perbincangan berterusan bersama teman-teman, sebagai permulaan kami menawarkan harga langganan seperti berikut serta nilai penjimatan yang bersesuaian untuk setiap pakej:-

JENIS LANGGANAN

Pakej 1. Bulanan : Harga - RM 10.00 Diskaun - RM0.00

Pakej 2. Setengah Tahun : Harga - RM 55.00 Diskaun - RM 5.00

Pakej 3. Setahun : Harga - RM 110.00 Diskaun RM 10.00

KAEDAH LANGGANAN PERKHIDMATAN

Sahabat-sahabat sekalian boleh melanggan perkhidmatan ini untuk manfaat diri atau mereka yang tersayang. Caranya adalah:-

1. Debitkan bayaran keakaun RHB : 1-14062-00189798

2. Lekatkan slip bayaran pada kertas dan tuliskan butiran seperti nama, no. telefon dan pakej yang dipilih.

3. Emelkan ke skizoid143@yahoo.com atau Fakskan ke 03-42966364 atau SMS ke 013-2819990 maklumkan nama, masa dan tarikh tranksaksi yang tercatat pada resit.

Seorang sahabat bertanya, sejauh mana perkhidmatan ini memberi manfaat pada dirinya. Fuh! Persoalannya memang subjektif tetapi ia segera mengingatkan saya pada satu (1) Hadith dari Rasulullah S.A.W yang amat saya rindui dan saya amat yakin kita semua turut menyimpan getaran cinta yang sama pada Baginda:-

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda: "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa." (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Justeru itulah, bagi maksud memperkayakan jiwa dengan amalan yang berkekalan meski dunia telah ditinggalkan, pihak kami telah menetapkan 20% dari nilai keuntungan untuk dipanjangkan manfaatnya kepada pihak-pihak yang memerlukan untuk tujuan penubuhan madrasah, sekolah agama, masjid dan sebagainya. Pihak kami juga berharap lebihan keuntungan yang berikutnya dapat dijadikan modal untuk mewujudkan Pusat Produk Halal (Halal Products Center) pada masa akan datang, InsyaAllah. Doakan semoga ia dapat direalisasikan. :)

No comments: