Thursday, July 3, 2008

YA USRATUNA FIL ISLAM!



Udara yang menderu masuk dari rongga nasal ke alveolus jadi tawar petang itu walaupun Domino's Pizza tersusun di atas meja panjang yang terletak di tengah pejabat. Awan mendung jelas kelihatan menabiri kelopak mata si dia dan rakan-rakan wanita yang lain. Masing-masing termasuklah para jejaka saling menjeling antara satu sama lain dengan pandangan yang sedikit 'lembap'.....kecuali seorang dua sahaja yang.....errr....berhati kering (salah sorangnya aku :P)

Senang citer, selain dari 2 orang tue, semuanya sedang berada dalam mood sedih yang sebenarnya 'dipaksa-paksa' ke atas diri sendiri (heheheheh). Ada yang cuba menyembunyikan rasa duka lara itu dengan bermain komputer game. Ada juga yang cuba menutup kesedihan itu dengan membaca suratkhabar lama yang kebetulan ada kat bawah meja (walhal sebelum ni tak pernah peduli pun kertas sehelai tue). Tak kurang pula yang cuba melindungi hati yang rawan berkelana dengan pura-pura sibuk menyusun kotak pizza....sampai lembik la benda alah tue. Hampeh betul dorang nie!

Apapun, jangan betulkan komputer anda kerana ini memang kisah benar. Semuanya berlaku kerana seorang rakan sekerja kitorang akan mengakhiri perjuangannya di Dataran Maybank. Kalau tak salah, dengar citer...dia nak berpencak silat kat Dataran 'Melaka' lak. Alhamdulillah...bumi Hang Tuah tu memang perlu sesangat srikandi yang boleh diharap untuk mencurahkan keringat dalam memacu ekonominya.

Sebelum nie, dia pernah bertanya pendapat aku tentang keputusannya untuk berhenti. Pada aku, apapun keputusan biarlah datang dari akal yang sihat lagi waras. Jangan sesekali ia didasari kecelaruan emosi dek beberapa konflik dengan warga kerja sebelum ni. Sebabnya mudah, diri tak akan pernah sepi dari konflik dengan alam. Dan alam pula, pasti tak akan membiarkan diri larut dalam konflik yang berpanjangan. Syaratnya, kuasai suasana sekeliling kita. Itulah pesanan Guru Fizik aku masa belajar kat SMAKL masa kitorang semua rasa 'down' sangat bila tengok ramai rakan-rakan berpindah ke sekolah lain selepas SRP. Katanya "Hangpa pi la blajaq kat mana pun, kalau tak boleh nak control suasana, gerenti tak boleh score punya. Sapa tau, hangpa 14 orang first batch nie dapat keputusan SPM jauh lagi baik dari depa yang pi belajaq kat tempat lain nu." Hehehehehehe.

Tambah pula, tawaran yang diterima memberinya lebih ketenangan; dekat dengan ibubapa dan bakal suami, kos sara hidup yang rendah, jawatan dengan gaji yang lebih lumayan. Walaupun jauh di sudut hati perasaan sayang pada kehidupan sekarang masih terasa, namun hakikatnya tak akan ada yang kekal statik macam tu jer. Lambat laun, apa sahaja yang berada dalam genggaman pasti akan terlepas jua. Apa yang penting, dunia ini tidak perlu digenggami seeratnya....ia hanya akan menyusahkan malah mungkin menyakiti diri sendiri. Biarkan saja ia diposisinya dan bila perlu, pegang dan usaplah ia seadanya.

Aku sendiri pun, masa mula-mula nak tinggalkan kerjaya pertama, rasa sayu + syahdu gitu. Masa tula kenangan dan kemesraan selama ini berputar-putar dalam minda. Masing-masing nampak seronok tapi dalam sanubari berkaca-kaca dek titisan air 'hati'. Tetapi, kehidupan semestinya berjalan seperti yang telah ditakdirkan. Selepas insiden pertama itu dan sehingga kini, perasaan itu sudah tak wujud dalam diri bila aku berhenti buat kali ke 2, ke 3 dan seterusnya untuk bekerja ditempat lain. Alah bisa ular....bisa lebah tu celah gigi jer.

2 comments:

Anonymous said...

touching sungguh.... ;) keep in touch

Amir Syahrom bin Aris said...

sekali-sekala layan blues pun gerek gak....