Friday, March 28, 2008

MUST READ FOR YOUR OWN SAFETY!

FORWARDED BY MY FRIEND - Air purifier in Malaysia taxis

No matter the taxi driver is chinese, malay or indian, PLEASE BE AWARE!
If you notice that there is a sound of spray of perfume or air purifier inside the taxi, PLEASE GET DOWN from the TAXI IMMEDIATELY!!

It just happened to me just now. It was about 12.45 am . I got into a taxi driven by a malay man. I was in the taxi for a few minutes, I suddenly heard of a sound of spray and there was a smell like air purifier. I felt weird as to why the driver put two types of air purifiers in his taxi.
The smell immediately reminded me about this forwarded email that I read. I started to be aware of my surroundings. But the puff of the purifier kept appearing every few minutes. I was very worried and scared.

Gradually, I sensed that my body started to feel weaker and weaker. The purifier kept puffing from the back seat, just right behind me. As I really felt my whole body is weaken, I asked the driver to let me get down at the side road. But he kept trying to talk to me and ask me why not dropping me off at my destination. I think he was trying to drag the time. To my horror, I felt both of my hands and legs got numbed and no energy, almost could not move.

When I talked to the driver, I could not even speak properly, not to say to shout for help, 'cos I was really too weak... Immediately, at a traffic light I opened the door, jumped out and ran to a passer-by for help.

I really thank God for saving me. If not, I really can't imagine what would have happened to me. I am traumatized by this incident.

This is TRUE case. Please do keep in mind! IT IS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY!
I feel the need to share with you guys, no matter you are men or women 'cos it is NOT a LIE , not a made-up story. It really happened. Do let your friends, family members and relatives know about this case. I believe you are just like me, don't wish anybody to be the victim of this case.

'Please be aware when aboard to a taxi, especially the ladies.'

I received an email some months ago about a lady getting into a cab and felt uneasy and become faint when she smelt something like incense being burnt. She was smart enough to order the taxi to stop immediately and after throwing some money at the taxi man quickly get out of the taxi. She later got to know that if she had not stopped the taxi and gotten out, she would have fainted and raped by the taxi man (or a gang of rapists)!

After reading this, I thought maybe this was one of those emails that you would read and just forget about it, but I was wrong!

Few weeks ago, a visitor to our Chinese church who stayed in Puchong got into a taxi driven by an Indian man. When she sat into the taxi, there was a little burner and she could smell incense burning in the taxi. After awhile, she felt weak and unable to speak or shout. The Indian taxi man drove to a lonely road where there was hardly anyone and raped her. Before she was completely knocked out, she was told by the taxi guy that she was his number six victim. She was not only raped but also robbed!

When she was conscious again, she quickly went to see a doctor. The sad thing is, the doctor knew she was raped but did not advise her what to do. The doctor just let her make the decision to make or not to make a police report. Since she does not know the rapist name and also the taxi number and in great fear after this trauma, she told the doctor that she would not dare to report to the police. The doctor said since she dare not make the report, he would just have to destroy the medical report!

Because the rapist took her whole bag with her IC in it, he got her address and even has the guts to come straight to her house and try to be funny with her.

Please remember not to get into a taxi that smells funny and if possible don't get into a taxi alone, and if you have to do so, give a call or sms back to your friends or relatives and let them know the taxi registration number and if possible, the name of the taxi man.

AND OPEN THE WINDOW!

Gals... please take note and...
Guys... please forward to your female friends...

Sunday, March 23, 2008

KITA TIDAK SEKUFU?

"Perkara yang paling sukar adalah memulakan sesuatu", itu yang diberitahu oleh seorang 'bakal' sahabat aku masa kitorang mula2 berkenalan.

Cadangnya, aku ingin melanjutkan hubungan kami ketahap yang lebih serius, akan tetapi dia telah mematahkan hasrat itu dengan memberi alasan tadi yang 'kelihatan' munasabah. Awalnya, bibir kelu nak membidas 'statement' yang dilontarkannya. Memang, dia berhak mengatakan sedemikian kerana dia memiliki pelbagai sebab yang mendokong hujahnya.


Salah satu daripada alasannya adalah ketidaksekufuan kami :) Tidak sekufu....tidak setaraf? Emmm....jenuh gak fikir apa yang tidak sekufunya kami berdua; harta? keturunan? pendidikan? pergaulan? rupa paras? kematangan? Ish..kalau nak senaraikan satu-satu rasanya ada banyak ciri2 yang menunjukkan ketidaksekufuan kami. Abih kalau camtu, sampai bila2 pun susah nak cari titik persamaan. Bukan ke perhatian utama wajib diberi pada sudut agama dulu...sebelum analisa 'keserasian' itu dilanjutkan ke cabang pergaulan yang lain? Atau mungkin, dia tidak berminat untuk meneruskan hubungan kami kerana desas-desus kedengaran dia telah bertemu seseorang yang jauh lebih baik dan berketerampilan? Kalau itulah ceriternya....tahniah diucapkan seikhlas hati. :P

Apepun, perkara sedemikian tidak langsung mempengaruhi kehidupan aku yang 'mungkin' masih jauh berliku dan penuh ketidaktentuan. Kenapa? Kerana pada aku, yang paling sukar bukanlah memulakan sesuatu perkara sebaliknya permulaan adalah salah satu di antara perkara yang paling mudah dalam hidup ini. Mana tidaknya, memulakan apa sahaja termasuklah yang dinamakan "cinta" tersangat mudah. Manusia, hari2 bisa jatuh hati....jatuh cinta. Kalau mcm tu, apa yang susah? Setakat nak 'bermula'.....mmmmm......pada aku di antara perkara yang susah di dalam hidup ini adalah mengekalkan momentum apa yang telah pun bermula. Bahasa mudahnya, memastikan kelangsungan sesuatu perkara yang telah dilaksanakan sentiasa berjalan lancar adalah perkara yang lebih susah berbanding memulakannya.

Ada orang yang tidak bersetuju...termasuklah sidia 'bakal' teman aku tue. Well, terpulang....pada aku kalaupun korang rasa permulaan paling susah..yela...macam nak bina bangunan, kalau tak betul kiraan dan rekaannya tentu susah nak membangunkan premis tersebut TETAPI kalian harus ingat, membinanya lagi susah kerana implementasi memerlukan lebih banyak tumpuan, tenaga dan kepakaran. 'Contingency approach' boleh saja berlaku sepanjang tempoh pembinaan malah pengawasan 24 jam sehari amat dituntut bagi memastikan ia terlaksana mengikut jadual. So, yang mana lebih susah?

Begitu juga dalam sesuatu perhubungan. Tidak sekufu boleh sahaja jadi alasan, malah agama juga menyuruh mencari yang sekufu untuk dijadikan pasangan. Soalnya, dari sudut mana kita melihat 'kesekufuan' itu? Nah, kalau kita semua meletakkan agama sebagai 'standard' sekufu....aku memang sokong 100%. Tapi, kalau pasangan yang korang dambakan selama ini 'compang-camping' agamanya, lebih baik korang fikir banyak kali sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga kerana kelestarian binaannya selama '40' ke '50' tahun nanti memerlukan 'kejituan iman' pasangan yang bakal mendiaminya.

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya."

Surah Ali 'Imran : 159

Saturday, March 22, 2008

MEMBINA PERIBADI

Peribadi sebenar seseorang dapat diketahui menerusi kegemarannya. Emmmm…… camana nak kupas kata-kata bistari nie ek. Bukannya apa, seorang kawan baru saja melontarkan ‘statement’ yang sememangnya tepat.

Seperti aku, melukis adalah minat dan kegemaranku sejak dulu. Aku ingat lagi, sekitar tahun 1997 – 2000, kegemaran itulah mendorongku untuk menjejakkan kaki ke pejabat Ujang sambil membawa hasil lukisanku, kononnya nak menjadi seorang artis. Malangnya, bintangku tak bersinar di sana kerana lukisanku lebih ke arah komik yang dulunya tidak popular.


Berlainan dengan situasi sekarang, pelukis komik mendapat tempat yang istimewa. Lihat sahaja Gempak, Starz dan pelbagai lagi komik yang terdapat di pasaran. Kadang-kadang, terbayang juga diri menjadi seorang kartunis. Kalaula dulunya jiwa ini sedikit tabah dari putus asa, tak mustahil aku juga mungkin berdiri dan duduk sebaris dengan mereka. Pun begitu, memikirkan ‘kalau’ itu sememangnya tidak baik, malah ia merupakan warisan masyarakat jahiliah yang tidak akan pupus selagi adanya manusia di dunia ini. Na’uzubillahi min zalik.

Aku tergerak untuk memikirkan, apakah menerusi kegemaranku itu, ada rahsia tentang peribadiku yang boleh dikenal pasti? Seseorang yang suka melukis, akan cenderung untuk memilih sesuatu sebagai tema lukisannya. Sering memilih subjek yang berupaya menghidupkan tema lukisannya. Macam aku, tema yang sering aku pilih adalah manusia. Subjeknya pelbagai, di antaranya raut wajah seseorang. Kadang-kadang, rasa seronok melakar raut wajah gadis dan pemuda yang membangunkan kerajaan Islam dalam dirinya.

Seorang gadis yang bertudung melabuhinya ke bawah paras dada, dengan mekap ala kadar, berjubah atau kurung longgar bercorak alam atau geometri atau simbol, namun wajahnya memancarkan senyuman meyakinkan; seolah-olah puas dengan penampilannya sedemikian.

Seorang pemuda yang sederhana, tidak mempedulikan jenama apa yang terjahit dipakaiannya, tidak berminat mengenakan seluar jeans ketat yang mempamerkan lekuk punggungnya, tiada rantai atau gelang dipakai yang jelas haram hukumnya, cuma cincin dijari manis dan kelingking bagi mendapat pahala Sunnah Rasulullah S.A.W. namun wajahnya cukup segar dengan iltizam, untuk memimpin generasi Mukmin demi mengulangi ketamadunan Islam.

Pun begitu, aku lebih percaya bahawa peribadi seseorang itu bisa saja ditelah dengan menilik siapa sahabatnya. :P. Tak setuju? Terpulang...yang penting apa yang terzahir dari lidah Rasulullah S.A.W ada hikmahnya yang tak terjangkau dek akal biasa.

Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W bersabda: "Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat." (HR Al-Tirmidzi dan Al-Hakim)

Ini realiti.....akan tetapi ramai yang tidak mempedulikannya dalam membina peribadi kendiri.

Thursday, March 13, 2008

CAKAP TAK SERUPA BIKIN!


Rata-rata panas, bahangnya mencengkam meski 'hujan' turun hampir setiap petang. Di kafetaria, Gloria Jean's, Danny's cafe, Fathima dll lagi tempat tak habih-habih duk borak pasal politik....aku? alhamdulillah, ada citer gembira dan rasa duka gak dengan senario pilihanraya yang telah berlalu hampir seminggu...bukannya aper, dulu kalau ada arwah abah lagi ligat, dia punya kisah perjuangan politik fuh...jauh lebih lecak dari tanah. Maklumlah, orang lama...lebih dulu makan nasi dari kita.

Pun begitu, adat pertandingan ada yang menang pasti ada yang tewas. Yang berjaya, tolonglah pastikan anda mengotakan apa sahaja janji2 yang rasional. Buat yang merasai kehilangan jatidiri, jgn musnahkan hidup anda...apa kata 'join' parti yang menang dengan meraikan setiap program yang telah direncanakan mereka. Yang penting, kerjasama dan agenda untuk berbakti sekaligus membantu pembangunan rakyat dan negara sentiasa dilaksanakan, malah diperkasakan setiap masa.

:P Sekali-sekala nak gak citer pasal politik nie...maklumlah, rakyat Malaysiakan. Didunia nie, politik teramat penting....kesilapan dalam mengenderai cabang pentadbiran ini bukan sahaja memberi kesan pada pembentukan negara akan tetapi yang lebih besar lagi adalah pembangunan agama Islam itu sendiri. Yela, kalau dah negara diperintah golongan kuffar, jgn harapla dorang nak 'tolerance' dengan gaya hidup Islam.

Aku memang kagum dengan sesiapa sahaja yang bergelar 'fundamentalist' Islam. Memang, kita umat Islam kena bangga dengan gelaran ini. Sebabnya, menghidupkan Islam dalam diri bukan perkara main-main, bukan hanya bual kosong waktu pekena kopi harga RM10.00 kat Gloria Jeans'...ia lebih dari itu. Bukan juga borak berdegar-degar kat open area tingkat 2 sambil hisap rokok Yahudi.

Bab sembang-sembang tentang Islam, siap dengan pembangunan ummah dan pembentukan negara Islam pastu diselangi dengan aktiviti 'makan asap' nie memang aku cukup tak berkenan. Menyampah??Takdela, benci kut. Yela, cakap siap dengan gaya persis pemimpin politik tapi dok menyumbang duit kat Yahudi pi bunuh sedara Islam korang kat Palestin, Iraq, Afghansitan dll. Bukannya tak tahu, korang kan slalu pi dengar ceramah, tazkirah...ha, kat sini pun ada tiap2 hari sebelum Zohor. Tapi, memang korang ni jenis keturunan Yahudi kut.....ada jer jawapan nak membenarkan perbuatan jahat dan zalim tu. Hakikatnya, dan terang lagi bersuluh hisap rokok nie haram, tapi menyalahkan kerajaan kerana tak mengharamkan rokok tak akan melepaskan korang dari dosa besar....dosa kerana membantu puak2 yang Allah murkai tu membunuh umat Islam sedunia. Korang memang hampeh la senang cakap!

*Gambar anak-anak gadis Israel sedang menulis ucapan pada peluru berpandu yang dihantar untuk membunuh warga Lebanon (gambar atas). Yang bagi modal nak buat peluru berpandu nie antaranya penghisap rokok. Memang sengal!

Monday, March 10, 2008

DO YOU MIND? (2)


Jam sudah menunjukkan pukul 6.10 minit. Michelle kembali meneguk 100 Plus yang dibelinya di 7-11 tadi. Cadangnya, kami hanya ingin berbual sekitar 20 ke 25 minit...tapi nampaknya sudah melebihi 50 minit "perdebatan" ini berlangsung. Nak kata perdebatan rasanya tak tepat...mmmmm.....diskusi intelektual lebih sesuai kut.

"Ok, tell me...what do u mean by ur statement just now?"

"Which one?"

"The last statement, the one that u say the same thing happened to us, Christian believers...."

Ish....susah jugak nak terangkan dalam BI nie :P bukannya aper, aku ni lidah tebal, bila speaking jer slalu terkorner lebih, kekadang nak 'parking' ayat2 tertentu pun leh tersasul. Tapi, aku rasa seronok berbual ngan Michelle nie sebab dia tak terkesan dengan kesilapan pertuturan aku. Cuma, ada gak sekali dua dia bantai gelak pasal aku tersalah sebut... :) Cis, buat malu org Islam jer aku nie!

"Emmm......camniela......boleh tak saya tanya satu soalan?"

"Of course", dia tersenyum.

"Do you eat pork?"

"Sometimes."

"Well, do you know that your religion prohibits you from eating that?"

Dia seakan terkejut lantas berpaling sambil memandang aku tajam.

"Mmmm...nop, but r u sure that?"

Aku garu kepala.

"Nah, awak kena baca Bible betul2. Satu lagi, awak tahu tak yang dalam Bible ada kata mana2 perempuan yang tidak menutup kepala, cukur kepala mereka."

Dia terkesima. Aku tahu, dia mesti tak pernah terjumpa apa yang aku cakapkan tadi dlm 'Biblos' yang sering dibacanya. Apa nak heran, umat Islam sendiri pun bukannya rajin baca Al-Quran. Kalau setakat khatam jer tapi tak cuba nak memahami tafsirannya...memang sampai mati la tak faham Al-Quran. Serupa la macam minah yang sedang termenung jauh kat depan aku nie.

"Because of that, many Muslims do not understand yet practise the beautiful of Islam in their life. Well, what u see and hear mostly does not present the Islam itself. I mean, do not explore Islam through Malay's way of life." Amboi, ntah hapa ntah aku punya cakap. Tapi aku tengok dia mengangguk seakan bersetuju dengan kata-kata aku.

"I tak pernah tahu pun apa yang u cakap tadi. Selama ni, I pun jarang baca Bible...". Dia membalas perlahan.

"Errr....saya rasakan, daripada awak baca Old & New Testament dalam awak punya Bible....lebih baik awak baca Last Testament." Aku memberi saranan. Dia keliru.

"Last Testament...what do u mean?"

"Al-Quran."

"What?"

Aduh, dia mula dah! Bila nak habih diskusi ni aku pun tak tahu. Yang pasti, aku kena stopkan perbincangan nie sebab aku kena bergegas untuk 'dating' bersama Dia yang tercinta.

MAAFKAN TEGURAN SAYA!

Saya perhatikan di bahagian beranda surau kampung saya ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Demikian juga di beberapa surau dan masjid lain di seluruh negara. Ramai orang veteran gemar duduk-duduk di tangga atau beranda surau dan masjid, menghembuskan asap penuh kenikmatan, terutama selepas solat asar dan isyak.

Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih. - lanh