Pertemuan yang tidak dirancang.....aku terserempak dengan Michelle yang sedang makan mi sup hokkien kat mall. Dia dan beberapa orang kawannya duduk mengelilingi meja bulat yang terletak di penjuru restoran. Sambil tersenyum, dia mengangkat chopstick ke atas...seolah-olah menyapa serta menjemput aku makan. :) Aku membalas dengan lambaian tangan sambil menganggukkan kepala.
Mata aku meliar memerhatikan tempat yang sesuai untuk menikmati makan tengahari. Sebetulnya pagi tadi, aku tak sempat alas perut pun sebab nak kejar masa ke tempat kerja. Takut kalau-kalau terlewat lagi. Juga nak elakkan dari sangkaan buruk orang-orang yang tak pernah cuba untuk memahami situasi aku yang agak berbeza dari mereka. Dek kerana itulah perut dah mula berkeroncong lewat pukul 10.00 pagi. Biasanya, aku pekena juga nasi lemak atau nasi goreng buat sarapan pagi, tapi hari ni....entahla....tak berselera. Puas meneliti dari satu kedai ke satu kedai, aku memilih untuk melepak di restoran utara, teringin rasanya nak makan asam pedas puak-puak sana. Ish....meleleh pulak air liur nie. :P
"Hi dear....where's ur friend?" seseorang menyapa. Terkejut gak dibuatnya. La....Michelle rupanya, ingat siapa tadi.
"Sorang jer....ada hal tadi kat sini. Awak...mana kawan-kawan yang lain?"
"They're still at the restaurant. Saya tinggalkan mereka sekejap sebab nak jumpa awak". Dia membalas mesra. Aku cuma mampu tersenyum. Sejurus mempersilakannya duduk, segera aku bertanya kalau-kalau dia ingin minum. Michelle menolak, alasannya dia dah kenyang. Pun begitu, aku tetap memesan segelas Barli Ais, minuman kegemarannya.
"Buat pemanis senyuman", kataku padanya. Dia tertawa kecil.
"Adakah senyuman saya tidak cukup manis buat awak?"
"Bukan begitu, cuma minuman tersebut akan menggantikan kilojoule tenaga yang hilang bila Michelle tersenyum pada saya. Jadi, lepas ni Michelle masih lagi boleh tersenyum manis bila jumpa rakan-rakan yang lain", aku membalas spontan.
Dia ketawa besar sambil menekup mulutnya. Benar-benar gelihati agaknya dengan jawapan aku. Aku pulak yang rasa malu bila menyedari tawanya menarik perhatian yang lain untuk menoleh kemeja kami. Dia pura-pura menarik nafas, seolah-olah tindakannya tadi telah mengurangkan bekalan oksigen dalam peparunya.
"Ok...ok.....maaf. Awak memang selalu begini ke?"
"Maksud Michelle?" Aku pula yang musykil. Rasa kelakar pun ada gak. Sebabnya, aku ingat lagi dulu masa awal perkenalan dia selalu menggunakan I dan U sepanjang perbualan. Sekarang nie, macam dipaksa-paksa pun ada bunyinya bila dia kerap menggunakan kata ganti diri saya dan awak.
"Mmmm....what I mean is.....r u always....awak, selalu bergurau dengan wanita sebegini?" Soalnya sambil menikmati Barli Ais di hadapannya. Wajahnya kelihatan sedikit kemerahan sebaik sahaja dia melontarkan soalan tadi. Dari ekor mata, aku dapati dia seakan-akan gusar dengan pertanyaannya. Beria-ria dia mengacau minuman yang sememangnya telah sebati. Agak lama aku mendiamkan diri, masih tercari-cari jawapan yang sesuai untuk mengelakkan salah faham antara kami.
"Oklah.....just forget what I've asked just now," dia memecah keheningan yang membelenggu atmosfera hati kami sedang kelilingnya hingar-bingar dengan manusia yang sibuk menjamu selera.
"Sebenarnya, saya suka....dan senang bersahabat dengan Michelle, sebab itu saya suka bergurau dengan awak....seperti kawan-kawan saya yang lain. Malah, Nabi Muhammad S.A.W pun suka bergurau dengan warga Muslimin yang lain." Segera aku memintas kata-katanya. Seboleh mungkin, aku tak mahu ada lintasan yang bukan-bukan dari 'khannas' menyelubungi minda bebasnya.
"Really? U mean ur Prophet like to play a joke....what a surprise? Selalu kalau saya lihat dalam TV, this religious person.....what they called....ulama'.....they look serious when they talk, when the reporters ask them? How come ur Prophet is different from them?"
Amboi, bersungguh-sungguh dia bertanya, sampai naik sebu telinga aku dengar dan silau mata melihat pipi gebunya bersinar dek pergerakan mulutnya yang bertali arus melontarkan soalan. Camana nak jawab pertanyaannya ek?
"Tentang sikap ulama' tu, saya rasa perilaku mereka sesuai dengan situasi. Mungkin pada waktu itu mereka sedang membincangkan isu-isu besar dan penting, jadi...perlulah serius dan tegas. Saya yakin, mereka seorang yang mudah didekati. Sebabnya, mereka adalah pewaris para Nabi kerana kelebihan dalam memahami agama. Rasul kami, Muhammad S.A.W memang biasa bergurau dengan ahli keluarga dan para Sahabatnya. Kalau Michelle nak, saya boleh pinjamkan buku-buku tentang kehidupannya. Dalam salah satu hadithnya....er....kata-katanya yang lahir dari wahyu Allah....dia telah berkata:
Aku adalah ketua atau pemimpin istana di pinggir taman syurga bagi sesiapa yang meninggalkan sifat riyak (menunjuk-nunjuk) walaupun hakikatnya dia begitu. Aku adalah ketua istana di dalam syurga yang berada di pertengahan bagi sesiapa yang meninggalkan pembohongan walaupun sebagai gurauan. Aku adalah ketua istana di dalam syurga paling tinggi bagi sesiapa yang memiliki akhlak yang paling baik."
"Maksudnya?"
"Maksudnya....Muhammad S.A.W juga biasa bergurau, tetapi dia tidak pernah berbohong dalam gurauannya," balasku puas.
"Maksudnya....awak tidak berbohong bila mengatakan senyuman saya manis?" dia membalas sambil tersenyum. Sejurus kemudian dia tertawa kecil lantas melarikan pandangan ke arah rakan-rakannya yang sedang menuju kemeja kami. Sudah.....boleh tahan juga dia kenakan aku. :)
No comments:
Post a Comment