Thursday, July 24, 2008

SUBHANALLAH!

Subhanallah! This is amazing...the perseverance of this dog and I believed above all is the love and trust of the owner (for Muslim, of course by Allah's will) that had helped the dog to believe that HE CAN DO IT! Indeed faith lesson for us to embrace!



This is called 'Faith'. His name is Faith! This dog was born on Christmas Eve in the year 2002. He was born with 3 legs - 2 healthy hind legs and 1 abnormal front leg which need to be amputated. He of course could not walk when he was born. Even his mother did not want him.

His first owner also did not think that he can survive. Therefore, he was thinking of 'putting him to sleep'. By this time, his present owner Stringfellow met him and wanted to take care of him. She is determined to teach and train this dog to walk by himself. Therefore she named him 'Faith'.



In the beginning, she put Faith on a surfing board to let him feel the movements. Later she used peanut butter on a spoon as a lure and reward for him to stand up and jump around. Even the other dog at home also helped to encourage him to walk. Amazingly, only after 6 months, like a miracle, Faith learned to balance on his 2 behind legs and jumped to move forward.

After further training in the snow, he now can walk like a human being. Faith loves to walk around now. No matter where he goes, he just attracts all the people around him. He is now becoming famous on the international scene. He has appeared on various newspapers and TV shows. There is even one book entitled 'With A Little Faith' being published about him. He was even considered to appear in one of Harry Potter movies.


His present owner Jude Stringfellew has given up her teaching post and plans to take him around the world to preach that 'even without a perfect body, one can have a perfect soul'. In life there are always undesirable things. Perhaps one will feel better if one changes the point of view from another direction.

I hope this message will bring fresh new ways of thinking to everyone and that everyone can appreciate and be thankful for each beautiful day that follows. Life is the continual demonstration of the Strength of Life! May Allah bless you and be strong in every challenges you faced..........

SEMANGATNYA KUSERU!


Jam menunjukkan pukul 6.10 petang. Aku lak tengah tutup pc sewaktu Am masuk ke pejabat. Dengan langkah yang 'pantas' dari biasa, dia terus menerpa kemeja aku. Muka dia macam cemas-cemas gitu...ala, muka orang ada masalah. Tapi, bukan muka 20 sen ek...sebab Am nie 'cute' orangnya :P. Aku cuba-cuba meneka apa yang dia nak sampaikan. Hmmm.....selalunya, pasal masalah keter dia yang dah melalui proses modifikasi yang 'melampau'. Hari tu dia citer keter dia ada masalah kat sistem injeksi lepas dia lawan 'drag' ngan mamat mana ntah. Hei....budak2 bujang sekarang nie, takde keje pi dukung biawak, apa kejadahnya! (Ele...hang pun macam la tak pernah lalui benda nie :P)

"Bang.....ada masalah skit la."

Kan dah cakap dah...mesti ada benda yang tak kena punya sebab dia nie jenis 'happy go lucky'. Kalau ada yang tak kena mesti jelas terpampang kat muka..lebih-lebih lagi masalah dengan 'awek'.

"Masalah apa Am? Keter rosak lagi? Ker...pasal 'budak' tue?"

"Bukan bang....ni lagi berat nie...." Dia membalas sambil dok pusing kepala tengok kiri kanan depan belakang.

"Cuba citer...apa yang berat sangat....kalau leh pikul abang tolong pikulkan sekali. Kalau tak, ko campak jer biawak hidup tue."

Dia pun mengeluarkan sesuatu dari koceknya.

"Ni ha....saya jumpa kat dalam bakul motor. Ada orang letak...."

Aku ambil buku tu dari tangannya. Tajuknya Akhirat, kecik jer saiznya...gambar depannya macam sebuah menara tapi dari masjid mana tak pasti la pulak. Aku pun belek helaian muka suratnya satu persatu. Menarik, pandai benar penulis buku nie jalinkan antara Al-Quran, Hadith Rasulullah S.A.W dan Bible. Aku pun dah dapat agak buku nie jenis apa lepas aku tebuk-tebuk baca penutupnya. Hampeh betulla pendakyah Kristian nie....boleh lak dia lapik hujah-hujah dorang ngan menggunakan Al-Quran dan Hadith.

Memang si laknat nie tak peduli pun pasal benda yang berlaku kat sekeliling....citer DSAI meliwat ker, kerajaan nak tukar kerusi meja ker, Mercedes jimat dari Perdana ker, muqabalah PAS UMNO ker....saman fitnah RM5 juta ker....apa-apa je la yang sensasi mutakhir ni, apa kena-mengena ngan dia. Lagi kalut negara nie, lagi kondusif suasana buat dorang bermaharajalela mempromosikan Jesus sebagai penyelamat kehidupan di zaman fitnah ini.

"Berat ke masalah nie?" Saja jer aku tanya kat Am pasal kes ni. Sekadar nak tahu kenapa dia rasa macam tu.

"Berat bang.....walaupun saya ni jahil, tapi benda-benda nie bahaya. Kalau dapat kat orang yang tak tentu hala, nanti dia ingat betul la apa yang tertulis kat dalam tu."

"Habih...kenapa bagi kat abang buku nie?"

"Nak suruh abang masuk dalam blog....suruh dorang berhati-hati dengan benda-benda camni."

Hmmmm........memang betul pun cakap dia. Kalaulah yang membaca nie puak-puak jahiliyyah, yang Islamnya persis embun pagi, habisla tersejat iman dek terbitnya matahari. Tapi, aku kagum dengan Am....dari satu sudut dia memang cawan yang kosong tersusun kat rak, tapi dari sisi yang lain....dia telaga azam yang tak kering malah beri manfaat pada yang memerlukan. Aku teringat arwah Ahmed Deedat. Terkenang keberaniaannya menempelak pendakyah Kristian yang dulu, kini dan selamanya tak pernah putus asa dalam memburukkan Islam. Kagum dengan semangatnya 'to reason with the most learneth people among the Christian community'. Ketokohannya telah memotong lidah-lidah bercabang dan tangan ketiga itu dari terus mengotori papan putih serta memadam contengan 'permanent marker' mereka....hanya dengan menggunakan 'whiteboard marker' milik mereka sendiri.

Patutla beria benar nak pakai nama Allah dalam produk bacaan dan makalah terbitan dorang. Buktinya, dalam buku kecil nie, bukan setakat nama Allah, nama Rasulullah....firman dan hadith semuanya diadun sebati supaya kita yang membacanya sepintas lalu tak akan perasan niat jahat yang tersembunyi di sebalik puji-pujian mereka pada Allah dan Rasulullah S.A.W. Sebabnya, umat Islam akhir zaman nie ramai yang jenis Islam baka. Merasa cukup dengan seciput ilmu yang ada. Walhal, "he that nothing questioneth, nothing learneth".

Akhirnya, jadilah kita seperti daun yang dimakan ulat. Walaupun tak rosak keseluruhannya, namun permukaannya berlubang di sana-sini dengan perimeter sisinya yang semakin hari semakin mengecil dimamahnya. Dan sebahagian besar dari kita kat Malaysia masih lagi berbangga dengan rupa yang cacat itu.

Agaknya, bila la kita nak cantas daun yang rosak nie ek?

Monday, July 21, 2008

MAAFKAN TEGURAN SAYA! (2)

Mungkin sekarang ni kita sedang disibukkan dengan kes liwat antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari. Namun, janganlah kita lupakan isu lain yang jauh lebih besar dan sedang melanda masyarakat kita. Justeru itu, jom kita kaji statistik ni dan ambil pengajaran serta langkah-langkah yang perlu dalam memelihara maruah insan yang kita sayang.

1. Statistik rogol dari Malaysian Crime Prevention Foundation.

1993: 869
1994: 965
1995: 1029
1996: 1098
1997: 1429
1998: 1539
1999: 1457
2000: 1210
2001: 1354
2002: 1418

2. Statistik rogol menurut laporan Berita Minggu, seperti apa yang Dr Rais bentang pada kabinet:

2000: 1217
2001: 1386
2002: 1431
2003: 1479

3. Statistik rogol di Arab Saudi, yang mengamalkan hudud pada tahun 2000 (NationMaster.com)

2000: 87 kes.

4. Statistik rogol di UK, yang mengamalkan common law, undang-undang yang ditiru oleh Malaysia pada tahun 2000. (NationMaster.com)

2000: 8,593 kes.

Ini bermaksud di Malaysia pada tahun 2003, lebih kurang 4 kes rogol berlaku setiap hari. Sebab tu apabila media melaporkan ada kes rogol setiap hari, ia bukan bermaksud sekarang musim rogol tetapi sebenarnya memang setiap hari ada berlaku kes rogol. Sama ada ia dilaporkan atau tidak sahaja oleh akhbar. Ingat,ini kes yang dilaporkan dan kita tidak tahu berapa banyak lagi kes yang tidak difailkan, disenyapkan oleh mangsa. 'Entry' kali ini tidak berkisar kepada hukuman apa yang wajar, akan tetapi apa yang Islam sarankan sebagai langkah pencegahan awal pada semua, baik wanita, lelaki, keluarga dan keseluruhan anggota masyarakat.

1.Wanita seharusnya keluar berteman.

Peringatan ini sudah jelas disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan keluar melainkan dengan mahram. Ini bermaksud, mak bapak perlu main peranan penting. Apa kejadahnya kalau mak bapak buat tak kisah anak dara keluar seorang diri. Mahu cari nahas? Yang pelik, bila kita bangkitkan hal ini, maka bertalu-talulah disebut Islam mengongkong kebebasan wanita. Kenapa pada zaman moden ini masih perlu begitu? Kononnya, wanita moden sudah pandai berdikari dan menjaga keselamatan diri. Barangkali sudah lihat anak dirogol baru mahu menyesal kut?

2.Jangan keluar 'dating' walaupun dengan 'boyfriend' dan tunang.

Ini juga sudah disebut dalam hadis. Kalau 'dating', orang ketiga adalah syaitan. Tapi kadang-kadang mak bapak buat tak kisah jer, lagi-lagi kalau yang ajak keluar tu...tunang anak dia. Anak-anak memanglah suka. Apa kejadahnya kalau baru bertunang sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan ditinggalkan baru menangis tidak berlagu. Laporan All Women Society (AWAM) dalam satu buku bertajuk The Rape Report: An Overview of Rape in Malaysia (2002) menyebut daripada 6 jenis kes rogol, 2 daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan lelaki-perempuan (kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk berbuat seks ataupun ditipu. Kalau tak keluar 'dating' dari awal, sudah tentu perogolan tidak berlaku.

3. Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah mencapai umur mumaiyyiz.

Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang terbaik dalam Islam paling kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang berlaku juga melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang meletakkan otak dan akal mereka di kepala lutut. Pemisahan tempat tidur ini juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang mahram.

4. Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan.

Orang yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak dirogol. Tetapi pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk melakukan rogol. Bayangkan, kalau keluar ke Kuala Lumpur sahaja seorang lelaki akan lihat puluhan malah ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu dan ini sudah tentu merangsang nafsu kalau tidak dibendung. Natijahnya, mangsa-mangsa yang lemah akan menjadi sasaran. Bukankah lebih baik kalau wanita-wanita ini berpakaian menutup aurat serta melabuhkan pakaian mereka. Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat dibantu secara tidak langsung. Walaupun para ulama mengatakan di hadapan mahram batasan auratnya longgar, tetapi para ibubapa seharusnya janganlah membenarkan anak-anak perempuan mereka ini memakai seluar pendek ketat dan baju 'fit' di hadapan datuk, bapa, pakcik dan abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya adalah terhadap perempuan. Bila nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau cucu sendiri pun dikerjakan sampai mati.

5. Isteri jangan tolak permintaan suami untuk 'bersama'.

Di barat, ada undang-undang karut disebut 'marital rape'. Suami merogol isteri. Apa kejadahnya undang-undang ini. Benar, wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu suami sahaja. Tetapi pada masa yang sama kena ingat, kalau bukan pada isteri si suami mahu melepaskan hajat, pada siapa lagi? Dari satu sudut, lelaki memang perlu bertolak ansur. Kalau isteri penat, datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam, memanglah tak patut sangat bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Itu memang kejahilan suami dalam mengetuai bahtera. Tetapi kalau isteri tidak ada sebarang sebab untuk menolak, maka apabila diminta oleh suami, janganlah ditolak. Ini juga disebut dalam hadis-hadis dalam bab perkahwinan. Permasalahan ada 'mood' atau tidak, perlulah dirujuk kepada yang pakar bagaimana mahu mendapatkan 'mood' itu kembali, tetapi janganlah sampai mengabaikan kehendak suami.

6. Menutup pintu-pintu maksiat

Segala benda yang mengundang berahi manusia janganlah dibenarkan sama sekali. Video lucah, majalah lucah, majalah separa lucah yang memaparkan artis terkangkang, artis tunjuk buah dada (macam dia jer yang ada), artis tayang seluar dalam (macam dia sorang je pakai sluar) dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat wajiblah dihapuskan. Kadang-kadang bila mahu mencapai majalah di kedai-kedai mamak, kelihatan majalah-majalah 'blue' ini berlonggokan dan boleh didapati dengan begitu mudah. 'Mona Gersang'lah, 'Jeritan Batinku'lah, 'Layan 3 lelaki sekaligus'lah, 'Abang Pemuas Nafsuku'lah dan 1001 tajuk lagi yang mengundang hamba abdi syaitan ini untuk berkhayal tak sudah-sudah. Itu belum dicampur lagi majalah-majalah barat yang memang menampakkan badan wanita lebih dari kain.
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama melakukan apa yang Islam telah gariskan. Memang perogol itu jahat, tetapi kalau kita sendiri sama-sama menyumbang jasa untuk membangkitkan nafsu perogol ini, apa ceritanya pula? Tindakan mahu meminda seksyen 376 Kanun Keseksaan kepada hukuman mandatori adalah baik. Tetapi kalau kita terus kembali kepada apa yang syariah mahukan, itu adalah jauh lebih baik lagi.

Perhatikan fakta berikut:-

2000: 1210(MY) - 87(SA) - 8593(UK) (Statistik rogol> NationMaster.com, tahun 2000).

Bukankah sudah terbukti hukuman hudud itu mampu mengurangkan jenayah rogol ketahap paling minima? Kenapa masih degil dan sombong? Daripada Allah kita diciptakan, dengan sistem Allah kita hidup, dan kepada Allah kita kembali.

Wallahua'lam.

(Makluman : Artikel ini bukan aku yang tulis, cuma aku salin untuk dikongsikan bersama rakan pembaca semua)

SUDAHKAH ANDA MELANTIK PEGUAMBELA?

Jika anda membaca Utusan Malaysia semalam, pasti anda sedia maklum bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah pun memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan polis yang mendakwa beliau dan peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadapnya semasa menjadi tahanan polis pada tahun 1998. Saman tersebut difailkan melalui firma peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dalam kes ini, tiada jumlah ganti rugi dinyatakan dalam writ saman tersebut. Pun begitu, cakap-cakap mengatakan nilainya mungkin RM 5 juta.

Tak kisahlah berapa pun jumlahnya, pada aku kalau rasa diri berada di pihak yang benar....teruskan berjuang memelihara maruah. Aku pun tak nak jadi hakim dalam menentukan siapa yang benar, siapa yang salah. Sebab 'i have no proof to boost the truth'. Cuma, dalam setiap perseteruan, yang baik boleh jatuh tersungkur kalau tersilap langkah manakala yang jahat pun adakalanya bisa menang hasil kelicikan berhujah juga berpencak. Adakah ini menunjukkan tiadanya keadilan dalam bidang perundangan dunia? Emmm....tak la sampai ke tahap tu...cuma...lebih kurangla. :) Tapi, jangan risau, buat mereka yang beriman kepada qada' dan qadar, yakinlah keadilan itu ada di sisiNya walaupun diri lebur di dunia fana ini.

Kita pun telah banyak kali menyaksikan ketidakadilan hukum dunia baik di dalam mahu pun luar negara. Perhatikan sahaja contoh terbaik yang sedang berlangsung sekarang ini......tak payah melalui proses bicara pun masing-masing dah punya keputusan sendiri. Dan mereka ini kuat berpegang dengannya biar pun ia sesuatu yang tidak pasti. Lumrah dunia memang begitu, malah semasa Ummul Mukminin A'ishah r.a difitnah pun, ada di kalangan Muslim yang mempercayai tuduhan itu lantas menjatuhkan hukuman secara senyap. Mujur Allah membelanya secara terus. Jadi, apa sangatla nak dibandingkan dengan situasi semasa yang sedang berlangsung.

Untuk menyaksikan pembelaan sebegini...pada zaman ini...boleh dikatakan sesuatu yang mustahil walaupun tiada yang mustahil pada Allah. Buat masa ini, usah fikir langsung tentang keajaiban seumpamanya kerana Allah tetap akan menolong mereka yang teraniaya. Lebih baik kita bersedia dan berusaha dengan segala macam kudrat yang ada. Kita boleh saja melantik berpuluh peguam membela diri di dunia.....buat melepaskan diri dari segala macam pertuduhan tetapi ingat, kalau benar kita adalah pelaku jenayah, lambat laun kejahatan itu pasti akan terbongkar juga. Kita juga boleh mendakwa sesiapa sahaja sepanjang kehidupan ini perihal diri yang 'berak darah' tetapi yakinlah, balasan Allah tak mengenal 'ufti' dan 'jersi' politik jika segalanya dusta.

Masalahnya, kita yang disibukkan dengan isu ini....yang menyibukkan diri dengan menyelak kain orang hari-hari ni....dah lantik peguam ke belum? Ye...lantik peguam. Nun, kat akhirat esok....dah ada ker peguamnya yang nak membela kita? Hari dimana sesiapa pun tak memberi manfaat, siapa yang korang nak lantik untuk berhujah bagi pihak diri sendiri tatkala mahkamah paling adil bersidang? Apa, korang ingat kat sini jer nak pakai peguam? Ish...tula sebabnya jangan sibuk hal orang sampai lupa kat diri sendiri. Ini tidaklah bermaksud kita dilarang ambil tahu perkembangan semasa, tapi cukuplah setakat baca dan faham apa yang tersirat sahaja. Yang kita nak jadi hakim, peguam, polis, wartawan, ahli politik, pengawal keselamatan, mangsa liwat, doktor dan lain-lain lagi watak sampingan...pastu siap keluarkan pendapat dan pandangan tak berdalil, sape suruh?

Hakikatnya, beruntung sangat orang yang dah memulakan langkah untuk melantik peguam di sana. Jangan main-main, kat sana esok...tiada siapa pun tahu kesudahan dirinya. Jadi, mulai sekarang, banyakkanlah membaca Al-Quran. Tak reti? Belajarla. Kesuntukan masa? Eleh, yang dok mengadap komputer, baca suratkhabar, majalah hari-hari boleh pulak. Tengok TV, dengar radio yang melalaikankan tu ada lak kesempatannya.

Al-Quran itu nanti akan menjadi salah satu dari dua perkara bagi kita di Hari Akhirat kelak. Sebagaimana yang terdapat dalam hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:

"Al-Quran itu boleh menjadi hujah untuk membela kamu, atau untuk menentang kamu” (HR. Muslim)

Nak jadikan Al-Quran sebagai pembela diri kita...syaratnya, kita mesra-mesrakanlah diri dengan sering membacanya, memahami isi kandungannya dan menterjemahkan ia dalam kehidupan kita. Barulah dia akan menjadi peguambela yang berkaliber dan dijamin menang, insyaAllah. Tapi, jangan seronok dulu, sebabnya Al-Quran juga boleh menentang kita dengan menjadi pendakwaraya di sana. Yela, kita tak pernah cuba untuk mendekatinya, kalau baca pun main hentam keromo jer. Jauh sekali nak jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kat dunia ni. Itu yang sampai sanggup mengenepikan hukum Allah yang terkandung di dalamnya. Kalau Allah kata, mangsa rogol dan liwat kena kemukakan empat saksi untuk menguatkan pertuduhannya, dikatanya undang-undang Islam zalim dan tak masuk akal. Walhal, suruh belajar sampai habis tak nak la pulak.

Ingatlah, hujah dari Al-Quran adalah hujah yang putus yang tidak ada keraguan tentang keputusan yang diberikan. So, tak payah susahkan diri jadi peguam orang yang dah ada peguam. Lebih baik lantik peguam anda saat ini juga!

BILA HATI BERBICARA (4)

Sarah baru selesai menikmati makan malam bersama Mak Tam, pembantu rumahnya. Ibu dan dua orang kakaknya telah keluar menemani ayahnya seawal pukul 7.00 malam untuk menghadiri majlis makan malam bersama rakan perniagaan dari Brunei di Mandarin Oriental Hotel berhampiran KLCC. Tadi, ibu ada juga mengajaknya untuk turut serta, cuma dia sahaja yang menolak kerana ingin menyelesaikan kerja sekolah. Abangnya pula baru sahaja pulang dari kerja. Semasa Sarah menjemputnya untuk makan bersama, dia cuma tersenyum sambil menunjukkan reaksi kekenyangan. Barangkali dah makan di luar dengan kawan-kawan sepejabatnya. Jadinya, Sarah dan Mak Tam berdua sahajalah yang menghabiskan lauk Siakap Tiga Rasa dan Telur Bungkus yang telah dimasak. Kenyang Sarah dek ‘air tangan’ Mak Tam yang sememangnya pandai memasak.

Selepas membantu Mak Tam membersihkan meja makan, Sarah bergerak menuju ke ruang rehat di tingkat 1. Dia mengambil ‘remote control’ lalu menghidupkan televisyen. Berkali-kali dia menekan alat itu untuk menukar rangkaian tv. Tujuannya untuk mencari saluran TV3 bagi menonton rancangan Bersamamu. Sejak pertama kali ia ditayangkan di slot perdana saluran televisyen nombor satu negara, Sarah tak pernah ketinggalan menyaksikan program berbentuk kemasyarakatan ini. Padanya, program tv itu jujur dalam membicarakan tentang nilai-nilai kemanusiaan. Di samping itu, program tersebut juga berupaya mengajak khalayak penonton sepertinya untuk sama-sama memahami erti sebenar kesyukuran, keprihatinan, kasih sayang dan juga mendorong diri agar tidak berputus asa malah sentiasa berusaha memperbaiki diri demi meneruskan usia kehidupan masing-masing.

Sarah suka sangat menonton rancangan itu meskipun tahu dirinya sering gagal membendung ‘hujan gerimis’ yang menitis dari mata. Jauh dilubuk hati, dia mengakui betapa indah dunia ini bila manusia saling berkongsi rasa suka dan duka. Berbeza dengan drama airmata yang dilakonkan, para pelakon mungkin berjaya menjiwai watak si miskin atau insan yang bernasib malang, namun hakikatnya kebanyakan dari kelompok seni itu sekadar mengejar populariti malah tidak peduli pun apa yang sedang dilalui oleh golongan ini. Tak kurang juga yang meletakkan harga bila diminta menyumbang tenaga dan masa secara sukarela demi membantu meringankan penderitaan mereka yang kurang bernasib baik. “Hipokrit!” Ngomel Sarah sendirian.

Trit…trit! Trit...trit! Trit…trit! Bunyi telefon memenuhi ruang rumah semi-D itu. Sarah pura-pura tidak mendengarnya…dengan harapan abangnya akan turun dari tingkat atas dan menjawab panggilan itu. Bukannya apa, setiap kali panggilan diangkat, si pemanggil adalah dari kalangan ‘wanita’ yang ingin berbual dengan abangnya. Muak Sarah menjawab telefon buat si ‘playboy’ perasan itu. Akan tetapi, sudah 3 minit berlalu namun telefon masih berdering tanda panggilan tidak berjawab. Sarah malas-malas bangkit dari sofa dan berjalan menuju ke arah telefon yang terletak di atas meja bulat kecil berhampiran tangga utama. Perlahan dia mengangkat telefon yang berdering sambil duduk di atas kerusi kayu getah berwarna ‘wallnut’ berhampirannya.

“Hello!” Sarah memulakan perbualan.

“Hai Sarah!”

Sarah diam. Dia kenal benar pemilik suara itu. Seorang insan yang satu masa dahulu sangat akrab dengannya. Insan itulah yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan padanya ketika dia dirajut kesedihan atas pemergian arwah neneknya dahulu, ketika dia tenggelam punca dalam pelajaran, dan dalam banyak keadaan lagi, individu itu memainkan peranannya yang tersendiri demi memastikan kebahagiannya. Namun, harga yang perlu dibayar atas segala kebaikan itu amat besar sehingga melibatkan masa depannya. Mulanya, Sarah buntu mencari jalan penyelesaian, akan tetapi segala-galanya telah pun berakhir dua hari yang lalu. Sarah telah menoktahkan episod hidupnya bersama lelaki itu….selepas meminta nasihat dari Amar, rakan sahabat baiknya.

“Ya….kenapa cikgu….telefon Sarah malam-malam nie?” Sarah membalas lemah.

“Rindu. Kenapa tak angkat handphone….macam dah tak sukakan Abang jer?

Sarah bungkam. Dia sedang memikirkan kata-kata yang sesuai untuk membalas pertanyaan itu.

“Maaf cikgu, Sarah dah pun jelaskan segalanya hari tu. Sarah harap cikgu faham dan dapat terima segala keputusan Sarah. Terima kasih atas budi baik cikgu selama ini,” Sarah menyusun kata dengan berhati-hati, tidak mahu mengguris perasaan insan yang masih lagi dihormatinya.

“Sarah, bagaimana abang boleh berhenti bernafas sedangkan Sarah adalah wangian yang mengharumkan udara di sekelilingnya? Mustahil Sarah! Abang sanggup menunggu sampai bila-bila…sampai Sarah bersedia. Please!” Suara itu sekali lagi merayunya. Sarah bosan mendengar pujukan itu. Dia ingin segera menamatkan perbualan yang sia-sia ini.

“Maafkan Sarah cikgu. Sarah memang suka pada cikgu, tetapi….sebagai guru dan pembimbing sahaja, tak lebih dari itu. Maafkan Sarah, cikgu!” Sarah terus meletakkan gagang telefon di atas meja. Biarlah ‘cikgu’ terus bercakap seorang diri. Dia tidak mahu lagi mengusutkan kepala melayan permintaan yang tidak mungkin dipenuhinya.

Sarah kembali ke ruang rehat rumahnya lalu merebahkan badannya ke atas sofa. Sambil berbaring dia menekup mukanya dengan sebiji bantal pengalas sofa. Niatnya untuk menonton rancangan kegemarannya itu mati serta-merta. Pandangannya gelap. Dia ingin bebas dari memikirkan masalah terbarunya itu. Namun, semakin dicuba, semakin kuat pula godaan datang untuk mengingati ‘cikgu’ yang tinggi lampai berkulit cerah itu.

Sarah bingung. Dia mencapai telefon bimbitnya lantas mendail nombor Asma.

Dia ingin berkongsi cerita tentang apa yang telah berlaku tadi. Sesuatu yang disangkanya akan selesai dengan mudah sebaik sahaja dia membuat keputusan, akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Si jejaka telah mula mengganggu dengan menelefonnya ke rumah!

“Asma, tolong aku!” pinta Sarah dalam hati.

Tuesday, July 15, 2008

SEGI TIGA "LEMAS"


Suasana malam minggu di Bandaraya Kuala Lumpur memang mengujakan. Jalan rayanya jauh lebih sibuk berbanding siang hari yang sememangnya agak lengang dari kenderaan. Seolah-olah, penghuni kota ini memang menantikan larutnya mentari di penjuru barat untuk melakukan pelbagai aktiviti demi menghiburkan diri dengan segala macam keseronokan duniawi. Pelik? Tiada yang anehnya kehidupan semacam ini. Barangkali gelap malam itu tidak berjaya disukat oleh retina mata segelintir 'penunggunya' yang senantiasa kehausan. Kebanyakan dari kelompok ini sanggup melemparkan jasadnya ke dalam sangkar ayam berbulu itik, malah tak kurang juga yang memilih untuk berenang di perairan Pulau Batu Hitam.

Najmi memandu perlahan menyusuri Jalan Ampang. Dia memandang cermin sisi dan belakang kereta untuk membaca suasana trafik di sekitarnya. Jelas, jalan kelihatan sesak dengan pelbagai jenis kenderaan dikedua-dua hala. Kenderaan di belakang pula mengekori rapat. Menyedari itu, Najmi memandu dengan lebih berhati-hati. Sesekali, pandangan matanya terganggu dek silauan lampu halogen putih pada kenderaan dari arah bertentangan.

Dia musykil, kenapa masih ramai yang menggunakan lampu bergas xenon ini sedangkan pihak JPJ telah melarang pemasangannya kerana membahayakan para pemandu yang lain? Malah, kebanyakan pemilik kedai aksesori kereta yang menawarkan produk ini tidak mematuhi piawaian pemasangan dengan penggunaan warna, xenon kit dan glare shield yang tidak sesuai. Juga terdapat kesalahan pada ketinggian dan sudut lampu yang dipasang. Masalahnya, kebanyakan pemilik kenderaan dari kelompok ini terpengaruh dengan kecanggihan aksesori yang terdapat pada kereta mewah seperti Audi dan BMW. Natijahnya, ubahsuai tidak mengikut spesifikasi, ditambah pula suhu lampu melampaui 8000K, pemilik kenderaan itu sendiri tidak dapat melihat apa yang berlaku di hadapannya ketika hujan lebat. Entahlah...Najmi menggeleng kepala, pening memikirkan keselamatan tiada nilai bila nafsu menjadi raja.

“Dah pukul 11.30 malam rupanya,” Najmi berbicara sendirian tatkala merenung angka digital yang terpapar pada jam kereta VIVA 1.0 SXi miliknya. Kereta itu baru sahaja dibeli 2 bulan yang lalu, itu pun kerana memikirkan kelewatannya sampai ke pejabat hampir setiap hari sejak kebelakangan ini, gara-gara masalah pengangkutan awam. Kalau diikutkan hati, dia lebih suka menaiki bas sahaja. Di samping menjimatkan, dapat juga dia menambah kenalan baru. Sebelum ini, ada juga pelawaan dari rakan serumahnya untuk berkongsi kereta. Bukannya dia tak sudi, cuma dia terpaksa menolak perkongsian tidak bijak itu yang hanya akan menyusahkan sahabat baiknya. Maklumlah, kedua-duanya bekerja di lokasi yang berbeza. Seorang di segitiga emas...dia pula mencari rezeki di segitiga 'lemas'.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi mengalunkan irama instrumental To You All dendangan Aluto Michi. Segera dia memasang alat berbual bebas ditelinganya.

“Mie, awak kat mana ni?” suara seorang gadis kedengaran. Nadanya sedikit keras, barangkali tertekan dengan situasi yang menyelubungi dirinya waktu itu. Mungkin juga sedang bosan 'menikmati' masalah yang sedang dilaluinya.

“Saya dah nak sampai ni, sekejap je lagi,” Najmi membalas perlahan.

“Lamanya nak sampai, saya dah penat tunggu ni. Dah tak larat nak berdiri kat depan ni.”

Najmi tersenyum. Lama? Rasanya, cepat juga dia memandu dari Bukit Permai ke Jalan Ampang. Kalau nak diikutkan, laluan perjalanan ke Kuala Lumpur pada malam minggu sebegini pasti akan mengambil masa yang agak lama dan tersangkut-sangkut akibat kesesakan lalulintas. Cadangnya tadi, dia ingin menggunakan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 lalu membelok ke Jalan Ampang, akan tetapi hatinya tergerak untuk melencong ke Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur. Alhamdulillah, laluan dari Kampung Baru ke Jalan Sultan Ismail lengang tanpa sebarang 'road block' oleh pihak berkuasa yang sering mengadakan operasi membanteras aktiviti Mat Rempit.

“Dah dekat dah ni, awak tunggu je saya kat situ ok!”. Najmi meredakan keresahan si gadis. Dia masak benar dengan perangai Maisarah, teman wanita Ikram, sahabat baiknya.

Monday, July 14, 2008

WE WANT A CHRISTMAS TREE!

Abraham and Sarah were twins, their family had emigrated to America earlier on that year. Everything was very different from the town in which they had grown up where souks bustled with traders calling out what they had to sell, and the smell of spices filled the air, as sweet potatoes cooked over an open range. There were no longer fresh vegetable and fruit markets where villagers brought the produce they had grown into town on trucks, carts or bikes. Now, there were supermarkets with their bright lights, shopping carts and prepackaged fruit and vegetables. They looked nice, but somehow they didn't taste the same as the one's in the old country.

Back home Sarah and Abraham always knew when it was time to say their prayers, because at the corner of nearly every street was a mosque and the call to prayer would ring throughout the city like an echo when prayer time arrived. Now, it was easy to forget it was time for prayer, because there were no mosques that called the Adhan to remind them, and what was more the prayer times kept changing!

The twins, Abraham and Sarah, were surprised to find that school was also different in America. Back home, boys and girls went to separate schools, but here, they were in the same class in the same school. It was very strange and they felt shy, but at least they had each other.

After a little while they started to settle in well and made some friends, but they missed their grand parents, uncles aunts, and cousins back home.

It was the end of November, the children had just recovered from chickenpox. They had not been out of the house for two weeks or so. First Sarah had caught it and then Abraham. But now they were better and the doctor told them they could go back to school. Winter had come early, and their mother had made a nice warm fire in the living room and the logs of wood crackled away as the flames danced their way up the chimney.

The twins were tired of watching television and were looking out of the window at the cars going by -- everything looked so cold outside! Then, suddenly, little white snow-flakes started to flutter down from the gray sky above -- they had never seen snow before and called excitedly for their mother to come and see.

It wasn't long before everything outside was covered in white. The street lights flickered, magic filled the air as the snow sparkled and glistened like tiny diamonds falling from the sky. The trees and bushes all took on funny shapes -- everything looked so different.

Sarah and Abraham wanted to go outside and play in the snow, but it was getting late and their mother told them they must wait until tomorrow, after all they had only just got over chickenpox!

Abraham was the first to wake up the next morning. He rushed to the window to see if the snow was still there. It was! so he ran into Sarah's room and woke her up to tell her the good news. She was very excited and together they looked out of the window at a new world cloaked in white. The snow had stopped falling, everywhere looked so beautiful, and the winter's sun made everything sparkle -- it all looked very inviting!

Just then their mother called: "Sarah, Abraham have you said your Fajr prayer yet?" With all the excitement they had quite forgotten, so they quickly made ablution and prayed. When they came downstairs their breakfast was ready on the table, and they ate it up in record time.

They wanted to go out and play in the snow -- but they knew they had to go to school, but, there was a little time. Their mother gave them their packed lunches and told them to put them in their school bags. They were so anxious to go outside in the snow that their mother did not have to tell them to put their coats and boots on -- they were ready in no time! Their mother told them that she would drive them to school that day instead of catching the school bus.

Just then the telephone rang and their mother answered. She seemed to be talking for such a long time, and the children could not wait to go outside. Abraham opened the front door and peered out and a gust of icy wind made their noses twitch. "Come on Sarah" said Abraham, "we'll wait for Mum outside!" And as they walked down the garden path they felt the snow scrunch beneath their feet with a squeaky kind of sound.

Abraham picked up a handful of snow. He made it into a ball and threw it at Sarah -- it hit her right on top of her hat and bits of icy cold snow melted and slipped down onto her nose. This was fun, they thought as they started throwing snowballs at each other.

All too soon, the front door opened, and their mother with their school bags in hand, called to them to go to the car and wait there. They ran over to the snow-covered car and scraped the snow away from the front and back windows with their gloves. It was a good thing they had waterproof gloves, but even so their hands got very cold.

They had just finished removing the snow from the windows when their mother came, opened the car doors and told the children to knock their boots together to get rid of the snow before getting in. Then the children got into the back of the car but they hadn't had time to scrape the snow away from the side windows so it looked just as if they were in a house made of snow. Mother got out, and brushed the side windows clear and they were ready to go.

The warm breath of the children soon made crystals form on the inside of the windows -- this had never happened to them before. Not long after the car was nice and warm and the crystals melted and the children reached school on time. They kissed their mother, said: "As-Salamu alaykum" and went inside.

The school bell rang and the children settled down to work. Time just flew by and it was nearly time to go home when Mrs. Short, their teacher, told them that tomorrow they would decorate the classroom ready for Christmas. This was a new word for the children, they had never heard it before, so they asked their friends what it meant.

Jane, Sarah's friend told her that Christmas was the time she liked most; everyone made their houses look pretty with paper chains, tinsel, lights and a Christmas tree. There were parties and everyone got presents. Jane was surprised that Sarah had never heard of Christmas, but Sarah told her that although she had never heard of Christmas they had something like it back home called Eid, which is the time they celebrated the end of the fast of Ramadan and that there was another Eid to celebrate the end of the pilgrimage to Mecca.

In the meantime, Abraham went to Mrs. Short and told her that he did not understand what Christmas was, so Mrs. Short told him that it was the day they celebrated Jesus' birthday. It sounded good Abraham and he wondered why they had not heard of it back home, after all everyone there knew about Prophet Jesus.

The next day, Mrs. Short arrived at school carrying two large boxes. Abraham rushed to open the door for her, she thanked him and went into the classroom and put the boxes on her desk.

The school bell rang and the children settled down in their places. Mrs. Short opened the first box and took out lots of pretty things and the children set about pinning the decorations around the classroom, yes, it looked just like Eid back home.

Now that they had finished decorating the classroom Mrs. Short told the children she had a surprise for them, but she had to go out to her car to fetch it. She told the children that they had to be good and left Abraham in charge of the class.

A few minutes later, Mrs. Short returned with a tree. That's funny thought Sarah, I thought Mrs. Short was going to get a nice surprise, why had she brought a tree into the classroom? Abraham looked surprised as well while the rest of the class cried out: "Oh look, a Christmas Tree!" The twins could not understand what all the excitement was about -- it was funny to have a tree inside!

Mrs. Short placed the tree firmly on a stand. Then she went back to her desk, opened the other box and took out some tiny lights, brightly colored balls, ornaments, and more tinsel. The children decorated the tree and Mrs. Short arranged the tiny lights on its branches. Once they had finished decorating it, Mrs. Short switched on the tiny lights. The little lights, in all their colors flashed on and off and everyone clapped. Abraham and Sarah just stood and stared at the tree, it was the first time they had ever seen a tree decorated like this and it looked so beautiful.

That afternoon on the way home from school, Sarah and Abraham could not stop talking about the Christmas tree and decided they were going to ask their parents if they could have one.

The school bus slowed down outside their house, and the children got off and turned to wave to their friends on the bus as they ran up the path, kicking the snow up into the air as they went.

Mother was waiting for them at the door, but the children forgot to say "As-Salamu alaykum", all they could think about was the Christmas tree. "Mummy, mummy," they cried, "can we have a Christmas Tree. We've got one in our classroom at school, it looks so pretty, please Mummy, please?" "Calm down, calm down!" said mother, "come in and take off your coats, have your tea, and we will talk about it when daddy comes home."

To be continued...................

Sunday, July 13, 2008

DEMI SAUDARA ISLAM KITA


Sudah acapkali kali aku sentuh isu ini. Sudah beberapa kali juga aku jentik lubuk hati kengkawan yang rapat perihal topik ini. Ada juga rakan-rakan yang menjauhkan diri hanya kerana aku menegur perbuatan mereka yang pada aku bukan setakat menzalimi diri sendiri tetapi juga orang lain. Isunya tak lain tak bukan adalah.....menghisap rokok.

Seorang sahabat aku beri alasan, Islam terbina atas kemampuan diri. Maksudnya, dia membina Islamnya sesuai dengan keupayaan diri, masih belum berupaya meninggalkan tabiat buruknya itu dan merasa tidak apa jika meneruskannya kerana pada pendapatnya Islam tidak pernah memaksa seseorang itu meninggalkan perkara makruh jika masih tidak mampu selama mana dia masih lagi mengamalkan sisi Islam yang lain.

Aku juga pernah berpeluang mendengar satu ceramah dari seorang tokoh agama berkaitan perkara ini. Beliau mendiskusikannya dengan sebaik mungkin.....termasuklah klasifikasi hukumnya: harus, makruh dan haram. Memang pun, hukum asal segalanya harus selama mana tidak ada dalil mengharamkannya. Dalam kes ini, harus menghisap rokok jika bermanfaat, makruh seandainya tidak mudarat dan haram jika jelas ia memberi mudarat pada manusia. Atas dasar itu, dia menyambung hujahnya dengan memberi contoh bergunanya rokok pada seorang alim dan profesor, yang mana dengan bantuan rokok ini, barulah kedua-duanya dapat menjawab maslahat yang timbul dan melakukan kajian. Baginya, dalam situasi ini, rokok telah memberi kebaikan buat individu-individu berkenaan. :)

Soalan aku, tidakkah ini sebenarnya menunjukkan bahawa besarnya mudarat benda alah itu sehingga kelompok profesional ini hilang punca ilmu dalam melaksanakan tanggungjawab mereka? Tidakkah ini juga satu contoh yang amat jelas bahawa hebatnya kesan rokok pada mereka sehinggakan kepakaran tidak dapat dimanfaatkan tanpa rokok di sisi? Adakah ini contoh yang sesuai untuk membuktikan bagusnya rokok pada manusia? Bayangkan, orang yang berilmu pun boleh jadi hamba rokok....inikan pula manusia yang lemah iman dan dangkal ilmu dari mereka.

Pada aku, hujah tokoh agama ini dalam membahaskan isu rokok terlalu lemah. Tapi, apa boleh buat, mungkin dia terlepas pandang 1001 macam keburukan dan kejahatan rokok buat manusia sepertimana yang telah dianalisis oleh pakar-pakar perubatan. Mungkin juga maklumat tentang 10 protokol Yahudi laknatullah dalam menghancurkan umat Islam tak termasuk dalam pembacaannya selama ini. Atau barangkali dia tidak tahu agaknya yang puak Yahudi ini tengah 'sedap' hentam saudara Islam kita hasil sumbangan wang dari orang Islam yang dengan bangganya hisap rokok. Yang kita ni pakatla berkokok mengutuk dan memaki hamun mereka yang memijak Islam sambil berdemonstrasi jalanan sedangkan kita yang pi huluq kos operasi mereka.

"Wahai orang-orang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" (Surah Muhammad: 7)

Allah dah janji, kalau kita bela Islam, dia akan teguhkan kedudukan umat kita dimuka bumi ini. Tapi camana nak perjuangkan Islam ye kalau sikap dan pemikiran kita sendiri yang menyumbang kepada keruntuhannya? Nak membela agama Allah konon....jangan mimpilah kalau benda nie pun takleh nak tangani. Kerana itulah, aku benci pada rokok. Aku benci kerana Yahudi berjaya mencapai matlamatnya. Aku benci kerana saudara Islam disiksa dan ditindas oleh umat Islam tanpa sedar. Aku kecewa pada orang agama yang tidak nampak keburukan rokok ini. Aku sedih kerana sahabat-sahabat aku memberikan pelbagai alasan untuk tidak berhenti merokok. Demi Allah.....tidakkah mereka sayang pada saudara Islam di Palestin, Sudan, Afghanistan, Lubnan dan lain-lain lagi? Kerasnya hati mereka dek rokok yang masih 'harus' dan 'makruh'. Haram? Mana boleh, kalau fatwakan hukum haram dan umat Islam tak mematuhinya, kan memalukan Islam itu sendiri? Alasan!

Hakikatnya, kajian oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2006 menunjukkan rakyat Malaysia sendiri membelanjakan RM8.59 juta sehari untuk 33 juta batang rokok. Kelompok besarnya dari kalangan remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun. Takpelah, hukumnya harus pada mereka sebab bebudak ni tensi belajar dari pagi ke petang. So, kalau dorang hisap sekadar sebatang berkongsi sesama dorang hanya untuk bertenang boleh beri manfaat pada otak dorang.

Selain daripada itu, kajian juga mendapati 422,710 perokok adalah lelaki manakala 45,807 pula wanita (dan semakin bertambah demi memajukan ekonomi negara) telah membelanjakan RM272,132.oo untuk rokok sehari. Dianggarkan juga, hampir 2 juta orang dewasa di Malaysia adalah perokok. Pun tak kisahlah, duit depa lantak pila nak buat apa pun.

Almaklumlah, harus sebab manfaatnya ada bagi sesetengah orang, kalau takde manfaat pun hukumnya makruh jer. Tapi kalau pening, barulah haram. Heheheheh...maknanya memula jer haram, maklumlah kapla pusing pun awal-awal jer....lepas 2, 3 minggu, hukumnya jadi makruh la pulak sebab dah tak pening. Pastu, esok-esok bila dah tak boleh buat kerja tanpa rokok, nak keluar hukum pun sangkut...dia 'transform' jadi harus kan? Pekena sebatang dulu baru la idea datang mencurah-curah. Bermanfaatkan?

Bilalah kita nak berubah ek? Demi Yang Maha Esa, demi saudara Islam kita, sepatutnya bila dah diberitahu hakikat rokok yang sebenarnya, yang tak boleh berhenti pun boleh berhenti serta-merta. Kenapa tak boleh pulak? Korang dah lupa ker sebaik sahaja ayat pengharaman arak diturunkan, umat Islam Madinah dengan perasaan jijik terus menumpahkan dan memecahkan tong-tong arak. Takdela pulak lepas tu ada yang mati sebab ketagih tak dapat minum. Setakat kesan sampingan kalau berhenti merokok ni, apala sangat..... Opss! lupa plak, rokok mana bagi mudarat pada orang yang dah biasa hisap. Silap-silap jadi sunat lak hukumnya. :P

Wednesday, July 9, 2008

SUNNAH YANG DIPINGGIRKAN!

Ada satu kesan buruk yang sedang menular dalam masyarakat dewasa ini. Sesuatu yang ramai sedar puncanya malah sudah pun merasai kesan pengurangannya, akan tetapi mungkin ramai yang tidak tahu apa peranannya dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. Jika ada yang berjaya menebak isunya....tahniah dan sila teruskan merancang perbelanjaan anda. Sambil-sambil tu, berdoalah semoga kerajaan kembali prihatin dengan kita semua.

Bagi yang kurang tahu....atau mungkin tidak tahu langsung....silakan anda membaca perihal cerita SUBSIDI yang impaknya semakin terasa sejajar dengan kadar inflasi yang terus meningkat. Sebelum tu, jangan sesekali berfikir bahawa ini adalah cerita panas yang saya bongkarkan dari fail-fail sulit kerajaan yer, kerana tujuan penulisan ini tidak lain adalah untuk memberitahu bahawa segala kecelaruan yang tercetus kala ini adalah tunas kepada kemusnahan ekonomi negara akan datang....sekiranya....ia tidak dicantas secepat mungkin.

Sebenarnya, pemberian subsidi adalah sebahagian daripada sunnah Rasulullah S.A.W di dalam mentadbir negara Islam. Ia diberi kepada rakyat atas dasar menunaikan tanggungjawab sebagai seorang khalifah; selaku amir yang bertanggungjawab membebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan sekaligus memacu pertumbuhan ekonomi negara. Semacam 'cliche' bunyinyakan? Memang pun ia satu persepsi usang, tetapi itulah corak pentadbiran Baginda S.A.W hasil terjemahan terus Kalamullah ke dalam masyarakat.

Corak pemerintahan inilah yang di 'copy paste' oleh Para Sahabat hinggakan ungkapan Khalifah Umar r.a: "Jika rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang merasainya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir yang menikmatinya", menjadi begitu masyhur lantas berjaya menundukkan hati pemimpin-pemimpin kerajaan lain untuk bernaung di bawah pemerintahannya sepanjang beliau bergelar Amirul Mukminin.

Namun begitu, benarkah pemberian subsidi kepada rakyat pada saat ini akan mengakibatkan lambakan hutang sehingga anak cucu cicit kita nanti akan mewarisinya? Sedangkan, kalau kita selusuri lembaran sejarah pemerintahan Islam lampau, apa yang berlaku adalah sebaliknya; berlawanan dengan hipotesis yang telah dibentangkan oleh Bapak-Bapak Menteri kita? Kenapa para Khalifah dulunya, seperti Umar Abdul Aziz berupaya memakmurkan negara dengan pemberian subsidi pada rakyat?

Sememangnya, banyak persoalan yang boleh diutarakan.....namun kemusykilan yang paling utama, apakah kesilapan sebenar pemerintahan negara kita? Untuk mengupasnya dengan lebih mendalam lagi, ada baiknya kita selami corak penubuhan sesebuah kerajaan. Selaku negara yang dibina atas nama demokrasi, pemerintah telah dilantik menerusi pilihanraya yang 'bersih lagi adil'. Tanpa sebarang kekecohan yang melampaui skala darurat, carta organisasinya diisi oleh barisan pemimpin yang juga 'bersih lagi adil'. Sumber kewangan kerajaan ini pula, diperolehi dari wang rakyat yang dikutip menerusi cukai dan zakat. Hasilnya, terbinalah sebuah kerajaan yang kukuh dan bersepadu menerusi kerjasama antara rakyat dan pemimpin.

BARULA IMPAK MAKSIMA!


Malam Isnin yang lalu takde kelas. Maknanya, dapatla aku rehatkan minda yang dah tepu siangnya tadi masa betulkan kiraan bil elektrik yang salah dari tahun 2006 sampai 2007. Selesai mandi dan solat Isyak berjemaah...pekena lak milo panas 'pada suhunya' yang dibuat khas oleh "odek" :P, aku pun isi masa terluang dengan menonton rancangan TV waktu perdana yang rasanya dah lama sangat tak pernah tengok.

Rancangan ape ek waktu-waktu camnie? Ooo.....Impak Maksima. Fuh...banyak betul aksi dalam citer nie. Ada aksi riang, duka, gaduh, drift.....eh, aksi peguam mengamuk pun ader. Aku ingat kat Parlimen jer peguam menunjukkan belang hitam putihnya. Kira, best betul la citer ni....sesuai dengan tajuknya "Impak Maksima".


Mana taknya...habihla penonton diimpak maksimakan dengan jalan citer yang memang...err...memang impak maksima la senang cakap. Boleh pulak yer peguam wakili adik dia sendiri? Apsal tak leh lak...kan Impak Maksima namanya. Sejak bila pulak la dalam sejarah perundangan dunia seorang peguam leh wakili ahli keluarganya sendiri. Isy....isy...isy....sian, isteri Razak Baginda yang dah lama practice jadi lawyer tu pun tak boleh nak buat benda alah nie. Amboi, mesti bestkan abang leh represent adik sendiri.....langsung takde 'conflict of interest' kan. Yang bestnya, peguam nie memang brutal......kat balai polis pun leh tunjuk belang hitam putih dia.....memangla Impak Maksima betul.

Tak habis lagi, babak dimana seorang gadis yang meniaga kat depan bengkel kereta tu pun best gak. Bagus! Bagus! Harapnya ramai lagi la remaja wanita yang sanggup berniaga halal camtu daripada dok sibuk jadi tukang urut 'batin'. Aku kagum betul dengan semangat gadis dalam citer nie...tengah dok sibuk-sibuk goreng nasi (agaknya kut), bila mai jer kawan dia yang lelaki tu jual untung nasib diri + luahkan perasaan yang terpendam dalam hati selama nie, sigadis tu rasa sedih la pulak sebab teringatkan kekasih lama yang dah pergi. Apa lagi, dalam kesedihan yang berpanjangan tu, dia blah camtu jer tinggalkan gerai dan pelanggan (tak salah aku adela sorang). Nasi goreng dia? Ala, jap lagi mamat bertopi tue sambung la goreng. Memang la citer nie, Impak Maksima betul.

Eh, ade lagi.....kesilapan dalam perhubungan antara suami dan isteri orang pun ade ek. Yela....dorang tak sengaja, kena perangkap orang lain..nak buat camanakan. Aisey, ada pulak kawan dia eksiden sebab brek tak makan. Err......odek cakap ada banyak lagi kes eksiden dalam citer nie. Tu yang si abang peguam tadi wakili adik dia, pasal eksiden jugak la tue. Mmmm.....citer drift kan, kalau tak eksiden...tak Impak Maksima la.

Entahla, rasa malas betul nak tengok citer yang memang memberikan Impak Maksima tak habih-habih nie. Otak yang tepu dah rasa macam nak pening la pulak hasil pukulan drift mamat + minah yang dok seronok pusing-pusing keter kat jalanraya (mcm jalan dia lak ek....selamba jer cantas keter org). Daripada buang masa tonton drama tak berkualiti nie, baik aku gi layan drift dengan basikal pegun kat balkoni rumah. Dapatla workout 30 minit...hilang lenguh-lenguh kat sendi yang dah berkarat. Ini barula Impak Maksima namanya. :P

Monday, July 7, 2008

SIAPA LAGI PANDAI?


Alkisahnya, ader seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan (ateis) dan die pun berfikir bagaimana nak brainwash kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan.

Die pun mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ni?
Anak-anak : Nampak cikgu!
Guru tadika : Pen ade kan?

Anak-anak : Ader cikgu!

Kemudian, guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poketnya dan bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Anak-anak : Tak nampak cikgu!
Guru tadika : Pen ade tak?
Anak-anak : Takder cikgu.

Guru tadika terus menyambung soalannya....

Guru tadika: Anak-anak nampak tuhan tak?
Anak-anak : Tak nampak cikgu!
Guru tadika : Tuhan ader tak?
Anak-anak : Takder cikgu!

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan die nak brainwash otak budak-budak tu berjaya. Tetapi dalam banyak-banyak budak tu, ader seorang budak yang pintar, die pun mengangkat tangan...

Budak pintar : Cikgu boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Budak pintar : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Kawan-kawan : Nampak!
Budak pintar : Cikgu ader kan?
Kawan-kawan : Ader!
Budak pintar : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Kawan-kawan : Tak nampak!
Budak pintar : Cikgu ader otak tak?
Kawan-kawan : Tak ader!

MENJADI TENTERA SYAITAN

Semalam, ada orang bertanya...kenapa aku terlalu jarang tulis pasal politik dalam blog nie? Aku tanya dia, kenapa mesti aku tulis bab tu? Katanya, barulah bernyawa skit blog nie..sebab sekarang nie ramai orang suka baca pasal politik. Tambah lagi, hampir tiap-tiap hari ada jer isu baru dan sensasi diperkatakan. Dia komen lagi, aku nie asyik tulis citer cinta jer....macam 'Mat Cintan' la pulak :P . Aku sengih jer la.

Nak buat camana lagi, memang dia betul pun....aku nie banyak sangat tulis kisah cinta. Kalau nak kata aku ni romantik....alahai...jauh panggang dari api (eleh..takdelah jauh sangat pun). Tapi dia pun tak betul seluruhnya. Aku cuma leh jawab, yang aku maleh nak kupas pasal isu-isu terkini pun sebab 'cinta' jugak. Dia pelik.....ai, tak tulis pasal politik pun ada kena-mengena ngan cinta gak ker? Ko ni....giler cintan ke aper?

Ish....ke situ pulak perginya. Aku sebenarnya bukan tak nak tulis pasal isu politik yang tengah panas sekarang nie. Aku akui, terlalu banyak bahan yang boleh diperbahaskan dari sudut itu...mentelah lagi dengan iklim politik sekarang ni. Semakin menghampiri penghujung tahun, semakin hebat permainannya....dengan tuduhan liwat, bunuh, konspirasi, skandal...macam-macam lagila isu yang hangat diputarkan oleh segala macam bentuk media.

Pada aku, cukuplah mereka-mereka yang lain 'perangatkan'. Sisi aku, lebih baik mendengar dan melihat sehingga selesai. Biarlah aku mainkan peranan lain, terutamanya dalam menyampaikan kisah-kisah 'cinta' yang tak ramai ingin baca. Matlamat aku, ingin mendidik mereka yang kebetulan 'tersesat' keblog aku nie supaya menghargai dan memupuk rasa cinta yang bertunjangkan cinta pada Allah. Tak kisahlah cinta pada 'siapa' atau 'apa', yang paling penting semuanya kerana mengejar rahmat dari 'Cinta Pertama' manusia.

Macam yang aku uar-uarkan awal tadi, penolakan diri dalam mengulas citer politik terkini pun kerana cinta pada saudara Muslim. Bukankah cinta pada saudara sama macam cinta pada diri sendiri? Tak tahula pulak kalau korang sanggup mensensasikan fitnah pada diri sendiri, pukul canang bawa mulut ke sana sini. Ala, kalau korang selidik betul-betul, terlalu sikit sangat statement yang berasas, yang banyaknya 'personal opinion' yang ntah dari mana sumbernya. Tu yang jadi fitnah tak habih-habih tue. Sekadar mendengar keluhan rakan-rakan, atau mungkin bacaan dari media perdana yang belum tentu sahih 'sumbernya', atau dari blog-blog pendokong parti masing-masing, pun belum boleh memberi izin pada aku untuk menukil sebarang cerita.

Dan kalaulah aku juga sanggup menghasilkan tulisan yang menarik dan penuh tanda tanya hasil kompilasi fakta-fakta (ye ke?) tadi, semata-mata nak mengundang minat pembaca....lantas turut mendorong hati kecilnya memikirkan sesuatu yang tak pasti, maknanya aku telah menjadi sebahagian dari tentera syaitan dalam menimbulkan perpecahan di kalangan saudara-saudara Muslim aku. Tentu ramai yang pernah mendengar firman Allah dalam Surah Al-Maidah, ayat 2 berikut:-

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan."

So, kenapa aku mesti menolong syaitan laknatullah dalam hal ini. Pada aku, cukup-cukuplah dengan kebejatan minda mereka yang rasa diri sedang memperjuangkan keadilan negara tatkala ini. (Opss! Penyataan ini bersifat umum yer, tak ditujukan kepada mana-mana pihak :P) Kenapa? Kerana puak-puak ini tak rasa malu dengan mendabik dada mengaku laskar kebenaran sedang dalam masa yang sama menjaja sesuatu yang haram? Melaksanakan tranksaksi dan urusniaga 'daging' saudara sendiri demi melampiaskan kepuasan yang tak akan berpenghujung? Ala, tak payah pegi jauh, kat tempat aku keje ni pun dah berlambak-lambak 'ahli politik' yang buat kerja part-time meniaga daging hangus...mana taknya, pagi rebus, tengahari nanti goreng...petang nak abis keje salai lak daging tue.....akhirnya, untung hapa pun tak dapat.

Realitnya, sekarang ini terlalu ramai yang berdiri atas jalan yang tak pasti sedangkan penyelesaiannya ada. Itupun kalau mereka masih lagi memiliki rasa cinta pada saudara Muslim Mukmin yang lain. Ala, takkanlah mereka-mereka yang dah besar panjang nie tak tahu 'fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh'? Tetapi nak buat camanakan, dunia fitnah amat mustahil dibendung selagi ada tentera-tentera syaitan dari kalangan manusia yang sanggup mengekploitasi cuka menjadi keju.

Apapun, benda telah pun berlaku dan tak siapa pun dapat meramal bagaimana kesudahannya. Pada aku, sebaiknya kita ikuti saranan Rasulullah S.A.W:-

"Sesungguhnya Allah meredhai daripadamu tiga perkara: menyembahNya tanpa mempersekutukanNya, bersama-sama memegang tali Allah dan tidak berpecah-belah, dan memberi nasihat kepada para pemimpin yang diamanahkan oleh Allah untuk mentadbir seluruh urusanmu." (HR. Ahmad, Malik & Muslim)

Yang seronoknya, pihak-pihak yang berkenaan telah pun mengikut nasihat Junjungan Besar kita ini dengan berani memberi peringatan kepada masyarakat agar tak hanyut dalam arus fitnah dunia ini. Kita dapati ada dikalangan golongan mufti, para pendakwah, ahli politik, karyawan, rakyat marhain tampil menyuarakan penyelesaian yang menepati kehendak syari'at Islam. Mufti Perlis misalnya, memberi respons yang sangat praktikal dengan menganjurkan mubahalah walaupun ada pihak lain merasakan tidak perlu. Selain itu, penerangan secara jelas dan terperinci tentang implikasi pertuduhan palsu dan tanpa bukti dari kacamata Islam oleh pihak media macam TV3 (siap dengan ayat Al-Quran lagi) juga dapat meredakan 'sok-sek sok-sek' masyarakat yang tak jelas pangkalnya.

Cuma, kita masih menunggu bilakah masanya Islam kembali bersinar buat menyelesaikan segala kemelut permasalahan manusia, terutamanya dalam menyelesaikan kes-kes sebegini. Yang pasti, si penuduh perlu membuktikan pertuduhannya. Bagi yang dituduh, anda punya pilihan dan cara terbaik untuk menangkis pertuduhan ini. Yang suka membuat andaian tersendiri pula, hentikanlah tabiat itu serta-merta, sebab anda pasti akan diminta pertanggungjawaban atas setiap perkataan yang masih tersirat jua yang telah tersurat diakhirat kelak.

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah S.A.W bersabda: "Seseorang boleh berbohong walau hanya dengan menceritakan semua perkara yang dia dengar." (HR. Al-Hakim)

Thursday, July 3, 2008

YA USRATUNA FIL ISLAM!



Udara yang menderu masuk dari rongga nasal ke alveolus jadi tawar petang itu walaupun Domino's Pizza tersusun di atas meja panjang yang terletak di tengah pejabat. Awan mendung jelas kelihatan menabiri kelopak mata si dia dan rakan-rakan wanita yang lain. Masing-masing termasuklah para jejaka saling menjeling antara satu sama lain dengan pandangan yang sedikit 'lembap'.....kecuali seorang dua sahaja yang.....errr....berhati kering (salah sorangnya aku :P)

Senang citer, selain dari 2 orang tue, semuanya sedang berada dalam mood sedih yang sebenarnya 'dipaksa-paksa' ke atas diri sendiri (heheheheh). Ada yang cuba menyembunyikan rasa duka lara itu dengan bermain komputer game. Ada juga yang cuba menutup kesedihan itu dengan membaca suratkhabar lama yang kebetulan ada kat bawah meja (walhal sebelum ni tak pernah peduli pun kertas sehelai tue). Tak kurang pula yang cuba melindungi hati yang rawan berkelana dengan pura-pura sibuk menyusun kotak pizza....sampai lembik la benda alah tue. Hampeh betul dorang nie!

Apapun, jangan betulkan komputer anda kerana ini memang kisah benar. Semuanya berlaku kerana seorang rakan sekerja kitorang akan mengakhiri perjuangannya di Dataran Maybank. Kalau tak salah, dengar citer...dia nak berpencak silat kat Dataran 'Melaka' lak. Alhamdulillah...bumi Hang Tuah tu memang perlu sesangat srikandi yang boleh diharap untuk mencurahkan keringat dalam memacu ekonominya.

Sebelum nie, dia pernah bertanya pendapat aku tentang keputusannya untuk berhenti. Pada aku, apapun keputusan biarlah datang dari akal yang sihat lagi waras. Jangan sesekali ia didasari kecelaruan emosi dek beberapa konflik dengan warga kerja sebelum ni. Sebabnya mudah, diri tak akan pernah sepi dari konflik dengan alam. Dan alam pula, pasti tak akan membiarkan diri larut dalam konflik yang berpanjangan. Syaratnya, kuasai suasana sekeliling kita. Itulah pesanan Guru Fizik aku masa belajar kat SMAKL masa kitorang semua rasa 'down' sangat bila tengok ramai rakan-rakan berpindah ke sekolah lain selepas SRP. Katanya "Hangpa pi la blajaq kat mana pun, kalau tak boleh nak control suasana, gerenti tak boleh score punya. Sapa tau, hangpa 14 orang first batch nie dapat keputusan SPM jauh lagi baik dari depa yang pi belajaq kat tempat lain nu." Hehehehehehe.

Tambah pula, tawaran yang diterima memberinya lebih ketenangan; dekat dengan ibubapa dan bakal suami, kos sara hidup yang rendah, jawatan dengan gaji yang lebih lumayan. Walaupun jauh di sudut hati perasaan sayang pada kehidupan sekarang masih terasa, namun hakikatnya tak akan ada yang kekal statik macam tu jer. Lambat laun, apa sahaja yang berada dalam genggaman pasti akan terlepas jua. Apa yang penting, dunia ini tidak perlu digenggami seeratnya....ia hanya akan menyusahkan malah mungkin menyakiti diri sendiri. Biarkan saja ia diposisinya dan bila perlu, pegang dan usaplah ia seadanya.

Aku sendiri pun, masa mula-mula nak tinggalkan kerjaya pertama, rasa sayu + syahdu gitu. Masa tula kenangan dan kemesraan selama ini berputar-putar dalam minda. Masing-masing nampak seronok tapi dalam sanubari berkaca-kaca dek titisan air 'hati'. Tetapi, kehidupan semestinya berjalan seperti yang telah ditakdirkan. Selepas insiden pertama itu dan sehingga kini, perasaan itu sudah tak wujud dalam diri bila aku berhenti buat kali ke 2, ke 3 dan seterusnya untuk bekerja ditempat lain. Alah bisa ular....bisa lebah tu celah gigi jer.